lie again

21 4 12
                                    


Purple Blossom

.

.

.

.

Dushh!!




" Aahhhh! "





"CIK MUDA!! "





" Cik muda!! bertahanlah!! saya akan panggil Puan Kim sekarang!! "


.

.

.

" Dengarkan mama..kita akan ke hospital hari ni. Ini sudah kali ke 3 kamu tidak berjumpa doktor Kang sayang. Kamu semakin pucat, dengarkan kata mama.. " pinta Puan Kim pada anaknya yang kini bersandar pada kepala katil dengan wajah yang pucat.

" Tidak mama. Aku tidak mahu ponteng pelajaran. Aku tidak mahu mereka risau kenapa aku tidak datang. Mama jeball benarkan aku ke sekolah nae.. " pintanya dengan menautkan kedua tangannya sambil matanya merayu pada wanita yang dipanggilnya ' mama '.

" Huh..dari manalah sifat degil kamu ni Yan.  Tapi balik dari sekolah kamu kena ikut mama berjumpa doktor Kang faham.. " kata Puan Kim membuatkan senyuman penuh kelegaan pada wajah anaknya itu mula mengembang.

" Tapi sampai bila kamu ingin berbohong pada mereka? Sudah 7 tahun kamu berbohong. Mama risau mereka akan kecewa bila mereka tahu bukan dari kamu sayang.. "

" Yan tahu mama..tapi Yan takut. Dan Yan tak nak buat mereka sentiasa risau mama. Yan nak kan kehidupan seperti sekarang ni untuk sementara waktu. Berkemungkinan masa Yan tidak akan lama. Biarkan Yan nikmatinya sebisa mungkin mama.. " kata Yan dengan senyuman yang dipaksakan.

" Mama yakin kamu akan sembuh sayang.  Kita kena cuba sedaya upaya dan kamu kena percaya. Lagi satu kamu kena percaya yang mereka juga akan memahami dan sentiasa memberi sokongan pada kamu sayang. Mama harap kamu cepat bagitahu mereka. Jangan biarkan mereka dengar dari mulut orang lain.. " pesan Puan Kim lalu mengusap lembut surai rambut panjang anaknya sebelum berlalu keluar menuju ruang tamu.








" Mama, aku takut tetapi aku berharap mereka tidak akan kecewa denganku.. "




(-@$@-)



" Setelah pulang dari sekolah jumpa abeoji di tempat biasa faham. Hari ni kita ada penceroboh yang ingin memusnahkan markas kita lagi.. " kata lelaki yang sudah mencampai umur lingkungan 50-an itu.

" Mereka lagi atau yang lain abeoji? " tanya namja yang berumur sekitar 20-an sambil tangannya menyelak sehelai demi sehelai kertas di atas meja tersebut sesekali menghirup teh yang disediakan oleh pembantunya.

" Mereka lagi. Tidak serik serik mereka ini. Kali ni kita tak akan bermain dengan lembut faham. Dan Joo cepatlah pulang kami memerlukan otakmu untuk serangan nak.. " kata seorang lelakk paruh baya yang duduk dengan megah di atas kerusinya yang mewah.

Purple BlossomWhere stories live. Discover now