& merajuk

32.6K 202 3
                                    

Esoknya, aku bangun awal dan turun ke bawah untuk menolong Mak Long di dapur untuk lauk raya.

"Mak nak masak apa?" tanyaku kepada wanita berusia di hadapan.

"Masak simple je. Nasi ayam," ujar Mak Long kepadaku dan menghulurkan pisau dan bawang kepadaku.

"Ini untuk sambal. Kamu kopek lepastu bagi kat mak," suruh Mak Long sambil membasuh ayam di sink.

Sambil memotong bawang, fikiranku melayang jauh tentang kejadian semalam. Betul ke apa yang aku buat? Merajuk macam ni?

Mahu ke dia nak pujuk aku? Mungkin apa yang dia buat semalam tak salah. Tapi dia boleh kan bagitau aku, lama aku tunggu dia kat bawah. Tapi aku pun satu tak pergi panggil dia.

Dia tak terfikir ke kenapa aku kat bawah lama-lama?

"Assalamualaikum," sayup-sayup suara Aliq dari belakang. Tangannya terus merangkul pinggangku.

"Waalaikumsalam," ucapku kembali.

"Eh kamu tak payah la nak mengacau bini kamu tu. Pergi la mandi cepat, banyak kerja nak buat harini," tengking Mak Long kepada anak bongsu nya itu. Aku tergelak kecil melihat gelagat Aliq yang baru dimarahi mak.

"Abang mandi dulu ye sayang?" ujar Aliq. Aku tidak memberi respon. Hanya mampu tersenyum kepada Mak Long.

"Ni mak dah siap," aku melepaskan diri dari pelukan Aliq dan mengambil tugas seterusnya. Aku tidak memandang Aliq langsung sehingga suaranya tidak lagi kedengaran di dapur.

Setelah siap semua lauk, Mak Long mengarahkan agar lauk diletakkan di meja makan. Aku mengangkat periuk ke meja hadapan kemudian ternampak Aliq yang hanya berbaju t-shirt dan seluar slack.

Aku tidak mengendahkan riak wajahnya yang seperti sedang melihatku. Namun, dia memberhentikan aku.

"Sayang, abang tolong ye?" tawar Aliq.

"Takpe," jawabku ringkas lalu bergegas ingin melarikan diri.

"Sayang..." panggil Aliq membuatkan aku luluh. Tangannya cuba aku tepis.

"Ni dah kenapa? Ha Ina tolong hidang makanan untuk suami kamu ye. Mak tengok semalam pun dia tak makan," kata-kata Mak Long seperti ingin menyindir aku kerana tidak menjaga makan Aliq.

"Baik mak," jawabku tersenyum kepada Mak Long. Aku ke dapur ingin mengambil pinggan dan sudu. Terasa seperti aku diikuti. Aku hanya tertunduk dengan teguran Mak Long sebentar tadi.

"Meh abang angkatkan," aku hanya menghulurkannya kepada Aliq kerana air mata hampir gugur. Gelas aku bawa ke meja makan dan nasi dihidangkan untuk Aliq.

"Abang nak pakai baju apa lepas korban nanti? Orang nak iron," soalku sambil menuang air ke dalam gelas.

"Sayang ambik je mana-mana. Asalkan sama dengan sayang," kata Aliq. Aku tidak mampu memandang Aliq lalu bergegas naik ke dalam bilik.

Terduduk aku di atas katil memikirkan kata-kata Mak Long. Betul la, ini semua salah aku kerana tidak mengambil berst tentang Aliq.

Aku kuatkan diri untuk bangun dan membuka almari untuk mencari baju untuk Aliq. Baju dibawa keluar bilik untuk digosok. Tiba-tiba, kelibat Aliq muncul di sisi aku.

"Sayang..." panggil Aliq. Aku hanya menyahut ringkas panggilannya. Mataku difokuskan kepada seterika di tangan.

"Sayang marah abang?" tanya Aliq lembut mendekatiku. Entah kenapa hati aku seperti remuk mendengar kata-kata Aliq. Mungkin ini tidak sepatutnya menjadi isu dalam rumah tangga, tetapi aku masih terasa dengan tindakan Aliq. Air mata tidak dapat ditahan lagi dari jatuh ke baju Aliq.

"Sayang?" panggil Aliq lagi apabila aku hanya menggeleng kepala. Tangannya meletakkan seterika di tanganku kembali dan memusingkan tubuhku berpaling kepadanya.

Jarinya mengusap air mata yang gugur sebentar tadi lalu dia memeluk aku.

"Abang minta maaf. Sayang jangan buat abang macam ni," kata Aliq berbisik di telingaku. Tangisku semakin susah untuk dikawal.

"Orang patut mintak maaf dengan awak. Orang gagal jaga awak sampaikan mak pun perasan makan minum awak tak terjaga. Maafkan Qarina bang," aku berkata sambil teresak menahan tangisan.

"Awak belum gagal sayang, buktinya awak masih kat sini, by my side," kata Aliq lagi memberhentikan air mata dari gugur. Dahiku dikucupnya.

"Dah jangan nangis lagi. Abang janji takkan buat sayang macam semalam. Semalam abang ada kerja urgent dari office," kata Aliq. Air mataku gugur lagi mengenangkan Aliq yang bertungkus-lumus mencari rezeki untuk kami berdua. Kedua belaj tanganku di letakkan di pipi Aliq dan diusap lalu aku tersenyum.

"Mati-mati orang ingat abang message dengan awek mana entah," gurauku kepada Aliq yang tampak risau. Aku berpaling ke arah iron board dan menyambung lagi gosokan tadi,

"Awek? Oh, sayang jugak ye Qarina kat Aliq ni. Cemburu pulak dia elelele,"

"Oi, sudah lah penat aku tengok dari tadi lagi berdrama," jerit Helmi dari pintu biliknya tidak jauh daripada tempat menggosok baju. Aku tergelak mendengar teguran Helmi, adik kepada Aliq.

"Kau lagi. Dah mandi belum? Cepatla korban nak mula dah," balas Aliq pula kepada adiknya itu.

"Abang pergi la turun. Sayang nak siapkan baju awak," kataku kepada Aliq yang kembali tersenyum.

"Lepasni abang taknak tengok dah awak nangis. Kalau tak, abang taknak bawak awak," kata Aliq tergantung.

"Pergi mana pulak ni?" soalku terhibur dengan elemen surprise Aliq.

"Ada la," seloroh Aliq sambil mengucup bibirku lalu menuruni tangga.

Tidak sangka Aliq sebenarnya mengambil berat tentang tindakan aku kepadanya. Aku ingatkan dia tidak perasan dengan silent treatment yang diberi. Mungkin aku yang terlalu ketara dengan tidur membelakanginya semalam. Ya Allah, berdosakah aku?

Selesai Zohor, aku menyalami Aliq dan tersenyum kepadanya.

"Abang marah kat orang?" tanyaku kepada Aliq yang memandangku pelik.

"Eh mana boleh marah? Buang masa je. Baik abang peluk awak lagi dapat pahala," kata Aliq teruja menarikku rapat dengannya.

"Tak, orang nak minta maaf sebab belakangkan abang semalam," ucapku kepada Aliq yang sepertinya terkesima.

"Abang tahu sayang merajuk. Tapi abang tak pandai pujuk. Jadi abang biar je lah walaupun semalam takde bantal peluk," gurau Aliq memecahkan suasana yang sedih.

"Abang ni macam-macam," kataku bangun untuk mengambil baju Aliq yang digantung di almari.

"Ini baju abang," kataku menghulurkan baju kepada Aliq.

"Terima kasih. Eh, harini hitam pulak ye," kata Aliq melihat baju kurungku yang berwarna hitam batik. Aku hanya mengangguk dan tersenyum kepadanya. Aku menyarung kain kurung dan baju.

"Abang tolong zipkan," kataku tidak dapat mencapai zip di pinggul. Aku dapat merasakan mukaku merah apabila Aliq menghampiri. Bra warna apa yang aku pakai harini ye?

"Kalau boleh abang taknak zipkan. Abang nak cabutkan," bisik Aliq di telingaku sambil tangannya mengusik tali bra dan menariknya sehingga terkena kulitku.

"Luar je hitam. Kat dalam putih," kata Aliq melihat warna bra aku. Aku tertunduk malu dengan tangan Aliq yang sengaja dilambatkan untuk menarik zip ke atas.

marriage.Where stories live. Discover now