3: Pembunuh!

21 1 0
                                    

HEESUN menanggalkan kasutnya dan masuk ke rumah. Lenguh badannya selepas pulang daripada pejabat daripada pagi hingga ke waktu malam. Sofa mahal dan megah itu menjadi sasaran untuk dia melabuhkan punggung sebelum naik ke bilik.

Seungri menuruni tangga. Dia mendekati ibunya di sofa dengan hasrat sesuatu.

"Hai mummy... Mesti mummy penat kerjakan? Meh Seungri urutkan bahu mummy." Seungri mula memicit-micit bahu Heesun yang terasa lenguh. Heesun hanya membiarkan saja Seungri bermanja bersamanya.

"Mummy.... Seungri nak minta tolong dengan mummy boleh?" Seungri rasa bersalah ingin memberitahu hal Seolhyun yang sudah mengandungkan anaknya sendiri.

"Minta tolong apa sayang?" balas Heesun sedang menikmati keselesaan bahunya di urut.

"Err.... Ada seorang perempuan ini, dia mengaku yang anak dalam perut dia tu anak Seungri." Seungri mereka cerita untuk mengelak.

Heesun mengerling tajam ke arah Seungri. Berderau darahnya mendengar kenyataan anak kesayangannya.

"Mummy dah cakap jangan ikut perangai daddy! Kenapa kamu degil sangat?!! Perempuan macam mereka tu jijik!! Kamu ni tak habis-habis menyusahkan mummy! Tengok sekarang dah apa jadi?!!!" Tengkingnya pada Seungri.

"Mummy... Seungri minta tolong sangat-sangat... Perempuan tu minta Seungri kahwin dengan dia..." rayu Seungri cuba mengelak daripada bertanggungjawab.

"Sampai mati!! Perempuan berstatuskan pelacur mummy takkan terima sebagai menantu!!!" Marahnya lagi. Sudahlah lelahnya daripada tempat kerja tidak reda lagi. Tambah anak kesayangannya pula tidak habis-habis membuat masalah.

"Habis tu apa Seungri nak buat?" Seungri buntu bagaimana ingin mengelak daripada menjadi bapa kepada bayi dalam kandungan Seolhyun.

"Sudahlah! Esok tahulah mummy apa nak buat!" Heesun bingkas bangun daripada sofa dalam keadaan marah nya belum reda. Kakinya menyusun langkah menuju ke bilik tidurnya. Seungri dalam diam tersenyum sendiri memandangkan masalahnya akan diselesaikan oleh ibunya.

DI awal pagi Jisoo terburu-buru keluar daripada rumah lalu memasuki kereta untuk pergi kerja. Enjin kereta mula dihidupkan, tak lama pedal minyak ditekan. Tidak sempat melepasi pagar rumah muncul sebuah kereta mewah menghalang Jisoo keluar membuatkan dia brek mengejut.

Disebabkan hal itu, Jisoo terpaksa keluar daripada kereta. Barulah dia sedar bahawa kereta tersebut merupakan kereta milik Seungri. Apa pula dia nak ni?

Seungri keluar daripada kereta. Senyuman manisnya terpancar hingga ke telinga. Lalu Seungri keluar daripada kereta dan menyandar pada bumper hadapan.

"Hai Jisoo, selamat pagi." Sapa Seungri.

"Ada apa awak datang sini?" tanya Jisoo hairan.

Dalam pertemuan Seungri dan Jisoo, ada sepasang mata memerhati pergerakan mereka berdua di dalam kereta. Siapa lagi kalau bukan Jimin? Matanya hanya di tumpu pada Seungri. Semua perbualan Jisoo dan Seungri dapat didengar dengan jelas.

"Kakak kau tak lama lagi nak balik kan? So aku datang sini sebenarnya nak minta tolong kau..." pinta Seungri.

“Seulgi? Hmmm... Interesting.” Monolog Jimin di dalam kereta.

"Awak nak saya tolong apa?"

"Kau kan adik dia... So aku nak belikan dia hadiah.... Tapi aku tak tahu aku nak belikan dia hadiah apa." Jelas Seungri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 16, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Heart Of Stone Where stories live. Discover now