E05

12 1 0
                                    

Seminggu kemudian...

Aku memandu ke suatu tempat. Actually aku pun tak tahu aku nak pergi mana. Yang aku tahu, aku nak tenangkan diri lepas keluar dari hospital. Taehyung pula ada hal, jadi dia tak dapat temankan aku.

" boleh la ni.. " bisik aku perlahan. Aku memarkir kereta ditepi jalan lalu keluar daripada kereta. Phone, dompet dan sapu tangan aku bawa. Keluar sahaja dari situ, aku dapat lihat ramai orang sedang bergembira disana. Ada jual orang menjual gula-gula, belon, topi.

Aku bergerak ke suatu kedai, iaitu kedai gula-gula. Mulanya aku hanya mahu membeli gula-gula biasa, sekadar untuk mengunyah apabila duduk di tepi sungai itu. Namun, mata aku tertarik pada gula-gula kapas yang berada disitu.

" Jungkook! Tu! Saya nak tu! " Jihae menunjukkan sebuah kedai yang menjual gula-gula kapas. Jungkook yang sedang menjilat aiskrim itu menoleh.

" Ah takde-takde, awak asyik makan je. Awak kena kurus tau! " kata Jungkook sambil mencekak pinggang sebelah tangan. Jihae menjulingkan mata.

" oh, saya gemuk nanti awak dah tak sayanglah? Okay bye. " Jihae terus meninggalkan Jungkook. Jungkook tersengih melihat Jihae yang sedang merajuk itu. Dia terus berlari menuju ke arah Jihae.

" Mana ada, sayang.  Saya tak kira awak kurus ke gemuk. Saya saja ja.. " kata Jungkook sambil membuat muka comel. Aiskrim tadi yang sudah  habis dibuang ke dalam tong sampah.

Jihae menjeling Jungkook tajam. Kemudian dia memegang tangan Jungkook sambil membuat muka merajuk.

" awak, bolehlah saya nak tu! Manatahu kejap lagi saya dah mati, nanti tak dapat nak merasa. " kata Jihae. Wajah Jungkook terus menegang apabila mendengar perkataan 'mati' yang keluar dari mulut Jihae.

" Apa mati-mati ni? Awak tahu kan saya tak suka cakap pasal mati? " kata Jungkook dengan nada  sedikit menaik. Jihae tersengih.

" okay, sorry. Saya teringin nak makan gula-gula kapas tu. Dah lama tau tak makan. " kata Jihae. Jungkook menghela nafas perlahan. Tangan Jihae ditarik dan dipegang erat.

" Kajja, kita beli. "

Dan itu, merupakan hari terakhir Jungkook melihat Jihae.

" Cik? Cik? " tegur seorang wanita yang memakai mask. Dia sedang membuat gula-gula kapas itu menjadi pelik dengan Jungkook yang hanya menunduk dihadapannya.

Kau nak beli ke tak ni abang oi?

Jungkook tersedar dari lamunan yang panjang. Dia meraup mukanya, lalu dia mengangkat muka memandang gadis yang sedang menjual itu.

" saya nak satu. " kata Jungkook. Gadis itu mengangguk.

" warna apa ya? " tanya sipenjual. Jungkook terdiam seketika.

" Saya suka warna pink! Comel! Macam saya! "

" Pink. " beberapa minit Jungkook menunggu, akhirnya gula-gula kapas telah siap. Dia menghulurkan wang dan terus duduk di satu bangku yang berdekatan dengan sungai.

Matanya ralit memandang sungai, sehingga tidak sedar ada seorang gadis duduk disebelahnya. Gadis itu memakai hoodie biru dan berseluar jeans. Ditangannya ada sebuah kamera pink.

Dia menghalakan kamera itu kepada Jungkook dan...

Kecitt!! (wtf HAHA)

" eo? " Jungkook bagai tersedar dari lamunan yang panjang. Gadis itu terkejut, dia bergegas bangun dan meninggalkan Jungkook namun tangannya ditarik.

" Oi perempuan! Kau sini. Dah tangkap gambar aku nak lari. Kau tahu tak aku ini celebriti? " tanya Jungkook dengan nada tegas. Perempuan itu menggeleng.

" Kenapa kau tangkap gambar aku? " tanya Jungkook sambil mengerutkan dahi. Gadis itu mengeluh, membuatkan Jungkook ingin bertanya.

" kenapa- "

" ada orang suruh saya tangkap gambar pakcik. " dehek?! Jungkook membuat muka ayam tengah berak, pakcik dia panggil aku?! Namun hal itu diketepikan, dia memandang sekeliling.

" siapa? Mana? " Gadis itu menunjukkan seorang perempuan yang sedang duduk membelakangi mereka berdua, maksudnya dihadapan mereka.

" tu ha. " Jungkook mengangkat kening. Tubuh wanita yang memakai dress casual berwarna pink itu ditilik, macam kenal. Camera ditangan gadis berhoodie biru dirampas.

" thanks. " kata Jungkook lalu dia terus berlari ke arah perempuan itu.

" oi " tegur Jungkook. Wanita yang memakai mask pink itu menolah, matanya membuntang apabila Jungkook berada disebelahnya. Dia terus merampas camera ditangan Jungkook dan berdiri, ingin melarikan diri. Manakala, Jungkook terus menarik tangan perempuan itu.

" Kau dah tangkap gambar aku then pergi macam tu je? " Jungkook memandang mata hazel wanita itu. Wanita itu kelihatan takut, namun dia menjawab.

" S..saya.. saya- " belum sempat dia ingin memberitahu, Jungkook melepaskan tangannya. Mata gadis ini, sama dengan mata gadis yang menghulurkan sapu tangan dia. Dia yakin!

" kau, kau yang hulurkan aku sapu tangan haritu kan?! " kata Jungkook dengan nada teruja. Muka wanita itu berubah tegang.

" Tak, saya pergi dulu. " Dia menepis tangan Jungkook kasar, membuatkan Jungkook sedikit terkilan. Namun apa yang lebih mengejutkan ialah suara wanita itu. Sungguh mirip dengan Jihae! Namun suara wanita itu sedikit serak, seperti sedang demam.

Tidak tahu apa yang merasuk Jeon Jungkook Al Jeon Jebon, dia menarik mask yang dipakai wanita itu.

Dan ketika itu, masa seperti terhenti.

Kerana pada masa itu,

Dua manusia yang terpisah,

Kini berjumpa semula.

Bertentangam mata.

Mata Jungkook mula panas, wajah wanita itu ditatap dengan perasan rindu, marah, sayang.

" Ji.. jihae? "

E u p h o r i aWhere stories live. Discover now