Prolog : Meet

30 2 0
                                    

"aduh!" Aku terjelepuk jatuh.

"Awak tak apa-apa?" Seorang budak lelaki yang baru dilanggarnya tadi menghulurkan tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak tak apa-apa?" Seorang budak lelaki yang baru dilanggarnya tadi menghulurkan tangan.

Tangan itu disambut.

"Maaf." Salahku kerana tidak pandang hadapan.

Apabila aku mengangkat muka melihat budak lelaki itu, aku terpana. Nampak macam sebaya denganku.

Budak lelaki itu memandang aku atas bawah. Seketika kemudian dia ketawa kecil.

Aku hairan. "Kenapa?"

"Baju apa yang awak pakai?" Tawanya masih lagi tersisa.

Aku memandang bajuku, seterusnya memandang orang sekeliling. Berbeza sungguh!

Aik! Aku senyap-senyap curi baju ni semata-mata nak samakan dengan pakaian kebiasaan orang. Tapi kenapa tak sama pula?

"Err ni baju pemberian ibu saya." Tipuku.

Budak lelaki itu ketawa. "Perempuan pelik!"

Aku geram. Kalau dia tahu aku siapa, confirm tak berani nak gelakkan aku.

Aku perasan sesuatu. Kenapa tempat ni aku tak pernah nampak eh? Suasana pun begitu asing bagiku. Aku kat mana sebenarnya?

"Hei.." Panggilku.

Lelaki itu memandang aku. "Apa?"

"Apa nama tempat ni?"

Dahi lelaki itu berkerut. "Kyoto."

Berkelip-kelip mataku. Tak pernah dengar pun. Seingatku tempat yang ingin aku tuju adalah Seishun.

Tapi walaupun suasana agak berbeza, tempat ini juga meriah seperti sebuah perayaan yang ingin aku kunjung.

"Oii." Lelaki itu melambai tangan di hadapan mataku apabila melihat aku seperti termenung sendiri.

Aku terkejut sehingga terundur beberapa langkah ke belakang.

"Awak memang pelik." Katanya lagi.

"Err saya rasa saya salah tempat. Saya nak pergi Seishun, bukan Kyo.. Kyo apatah."

"Seishun? Tak pernah dengar pun. Awak ngantuk ke malam-malam ni? Pergi tidur kat rumah." Sempat lagi dia memerli.

Aku tersedar sesuatu. Adakah aku merentasi alam lain lagi? Aduhh

Eh tak! Ianya merupakan peluang untukku. Sekurang-kurangnya tiada siapa yang mengenaliku!

"Awak datang dengan siapa?" Tanyaku kepadanya.

Lelaki itu seperti teragak-agak hendak menjawab.

"Tiada siapa." Sayu bunyinya.

Mataku bercahaya. Bagus!

"Kalau macam tu, jom main sama-sama!" Aku menarik tangannya ceria. Aku tak boleh lepaskan peluang ini!

"H..hei!"

WishWhere stories live. Discover now