1

18 1 0
                                    

Aku memegang leher.

   "Err maaf." Kataku tanpa memandang orang di hadapan.

Perempuan itu menunduk. "Tak mengapa. Saya cuma nak luahkan je. Saya tahu awak akan tolak."

"Ok."

"Tapi!" Perempuan itu mengangkat muka memandangku.

"Sekurang-kurangnya saya nak tahu sama ada hati awak dah ada perempuan lain atau belum." Perempuan itu nampak terdesak.

Aku tunduk. Memandang kakiku sendiri.

"Ada."

"Siap.."

"Tak perlu tahu. Lagipun, kau tak kenal sebab dia takde kat sekolah ni."

'atau mungkin.. dia takde pun kat dunia ni' aku menyambung di dalam hati.

Perempuan itu nampak sedih dan kecewa. Siapa dia? Aku tak kenal. Ramai sangat perempuan sepertinya datang jumpa aku. Hampir setiap hari.

Confess.

Baru sahaja aku ingin berlalu, kedengaran perempuan itu bersuara,

"Apa yang dia ada yang tak ada pada saya?"

Aku menghela nafas. Tak habis lagi ke.

Dengan membelakangkan perempuan itu, aku menjawab,

"dia kawan pertama aku."

Aku meneruskan langkah.

|||||||||||||||

"Hei.. aku dengar Makoto kena reject dengan kau! Betul ke?"

"Makoto? Oh nama perempuan tu eh."

"Seriuslah kau tak kenal dia? Dia 'ratu' sekolah ni kot! Dahlah kaya, cantik dan bergaya lagi. Ramai lelaki tergilakan dia tau!"

"So?" Aku tak berminat.

"Kau bertuah sebab dia suka kat kau! Tapi kau jual mahal pulak. Rugi!"

"Buat apa aku nak terima kalau aku tak suka dia? Kenal pun tak!" Aku mendengus. Geram pula rasa.

"Haih kau ni kan. Kalau tak suka orang asyik confess kat kau, cepat-cepatlah cari girlfriend. Selagi kau single, selagi tu perempuan tak berputus asa tau!"

Aku menjeling sekilas. "Kau tu pun apa kurangnya. Sibuk jaga tepi kain orang je."

"Aku ni lain cerita. Tak handsome macam kau. Siapa je yang nak?" Dia membuat muka sedih.

Ceh, yelah tu! Dia ni atlet. Ramai je peminat tapi dia sendiri tak layan juga. Cakap tak serupa bikin!

"Lagipun aku tak jumpa lagi 'taste' aku." Kou menongkat dagu. Matanya memandang ke luar tingkap.

Aku meneruskan bacaan.

|||||||||||||||

'aku dah lambat!'

Jam tangan dibelek, sambil langkahku laju diatur melepasi kelas-kelas yang lain.

Dbukk!!

Aku memegang dahi. Sakit.

"Maaf saya tak perasan!" Kedengaran suara seorang perempuan namun sekejap sahaja dia menghilang. Kelihatan seperti tergesa-gesa. Mukanya pun aku tak nampak.

Langkahku turut melalui laluan yang sama diambil perempuan itu.

Sesampainya di pintu kelas, seorang gadis sedang berdiri di hadapan sambil memperkenalkan dirinya. Pelajar baru mungkin. Dan aku dapat mengagak itu perempuan yang ku langgar tadi.

Tatkala kakiku melangkah masuk, semua mata tertumpu padaku termasuk perempuan tersebut.

Berambut coklat panjang melebihi paras bahu namun kelihatan kemas dengan klip rambut berbentuk ikan yang dipakainya.

"Maaf sensei, saya terlajak tidur." Aku menunduk sedikit menghadap Yamato-sensei yang sedang memandangku sambil bercekak pinggang.

"Haih kamu ni.. selalu sangat datang lambat. Alasan yang sama pula tu. Ha pergi duduk."

Aku berlalu melepasi sensei tanpa langsung rasa bersalah. Mujur Yamato-sensei seorang yang baik lagi pemaaf. Kerana itu juga aku tak takut buat kesalahan depan dia. Seperti tak siapkan kerja yang diberi.

"Tunggu!" Pelajar baru itu bersuara.

Dia cakap kat aku ke? Aku menoleh belakang.

Dengan muka garang, perempuan itu berkata,

"Saya tak nampak awak betul-betul ikhlas minta maaf kat sensei. Awak perlu berjanji untuk tidak datang lewat lagi!" Tegasnya.

Aku terkesima. Pelajar-pelajar lain di dalam kelas ini juga terkejut dengan tindakan gadis itu.

Dia marah aku? Dasar budak baru!

Aku mendekatinya dengan muka tidak puas hati.

Kami berdua bertentang mata. Masing-masing menunjukkan wajah garang. Ternyata perempuan itu juga tidak mahu mengalah.

"Ehem! Kamu berdua boleh duduk di tempat masing-masing. Saya nak mula mengajar ni." Yamato-sensei mencelah.

"T-tapi.." perempuan itu sedikit kecewa apabila guru yang dia pertahankan langsung tidak memihak padanya.

"Tidak mengapa." Yamato-sensei senyum.

Aku menjelir lidah tatkala gadis itu memandangku. Padan muka!

Selepas itu, sesi pembelajaran bermula seperti biasa.

Cuma aku tidak puas hati..

Kenapa perempuan annoying tu duduk sebelah aku?!

Dan nampaknya perempuan itu pun tidak suka dengan kedudukannya.

Ah lantaklah.. buat apa aku nak ambil kisah pasal dia? Anggap je dia tu tak wujud.

||||||||||

To be continued

WishWhere stories live. Discover now