2

17 1 1
                                    

"Emm.."

Aku buat-buat tak dengar.

"Awak.. heii.."

Mataku masih fokus memandang buku teks sejarah di hadapan.

"Hello.. tak ada telinga ke?"

Erghh annoying betul perempuan ni!

Aku menjeling sekilas ke sebelah kanan. "Apa?"

"Saya kan pelajar baru, jadi saya tak ada buku teks lagi. Boleh saya tengok sekali?" Katanya berbisik.

"Asal aku? Sebelah kanan kau?"

Perempuan itu kedengaran melepaskan keluhan. "Dia pun tak bawa, jadi dia pinjam orang sebelahnya lagi."

Aku melirikkan mata ke arah sebelah kanan perempuan itu.

Dasar Kou pemalas! Peralatan sukan rajin pula bawa. Setiap hari tak pernah tinggal. Haihh

"Jadi.. takkan aku yang kena pergi kat kau?" Ceh perempuan ni, tadi cari pasal dengan aku. Sekarang ni nak minta tolong pula.

Perempuan itu senyum. "yes thank you!" Perlahan-lahan dia bergerak mendekati tempatku.

Kami berkongsi buku teks sejarah. Akan tetapi jarak antara kami masih agak jauh. Cuma buku teks sahaja didekatkan ke tepi belah kanan meja.

Walaupun cara penyampaian cikgu Yamato itu bagus, namun mata Yugi hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja. Dia mula tersengguk-sengguk.

Pakk!

Ketukan meja mengejutkannya. Yugi memandang perempuan di sebelahnya. "Apahal?"

"Takkan mengantuk kot? Bukan ke awak datang lambat sebab terlajak tidur? Patutnya awak rasa segar."

"Yang kau sibuk sangat kenapa?"

Gadis itu mendengus. Tidak menjawab.

Ceh..

Aku memejamkan mata sambil badan tegak bersama tangan disilang. Seolah-olah aku sedang khusyuk mendengar pengajaran cikgu mengenai sejarah kemunculan negara Jepun.

Gadis itu hanya mampu melihat dengan perasaan geram. Dia tahu, cakap apa pun lelaki ni takkan dengar. Keras kepala.

Sebaik sahaja subjek tersebut berakhir, gadis itu mengambil buku teks milik Yugi lalu menyalin nota.

Yugi membuka mata. "Woi perempuan, ambil tak minta izin."

"Aku ada nama lah! Hana.. Sakuragi Hanako!" Perempuan itu siap menyebut nama penuhnya.

"Ha-Hana?" Yugi sedikit tersentak.

"Aku ingat kau lena sangat tidur dalam keadaan macam tu, sebab tu aku ambil je. Nanti lepas rehat aku pulangkan semula. Jangan risau." Katanya sambil tangan sedang menulis nota.

Fikiran Yugi teringatkan seseorang yang dikenalinya dengan nama itu suatu ketika dahulu. Di mana pertemuan antara mereka itu benar-benar telah mengubah hidupnya seratus peratus.

'ahh tak mungkin. Nama perempuan ni Hanako, bukan Hana!'

"Ha-.. Sakuragi, sebelum ni kau belajar kat mana?" Soal Yugi tiba-tiba.

Hana memberhentikan kerjanya. Dia mengangkat kepala. "Tokyo, kenapa?"

Kening Yugi terangkat. "oh tak ada apa. Saja." Suaranya mengendur.

Gadis itu mengerutkan dahi. Hairan dengan Yugi yang tiba-tiba bertanya. Ditambah lagi dengan suaranya yang kedengaran sopan.

"Perhatian..!" Aoi, si ketua kelas sedang berdiri di tempat guru, menghadap semua pelajar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 14, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

WishWhere stories live. Discover now