"Harry bangun!"
Harry tersedar daripada mimpinya.Dia terdengar bunyi bising yang memanggil namanya dari dapur. Dia segera mengambil kaca matanya lalu terus menuju ke arah dapur sambil mengusap-usap parut yang berbentuk petir di dahi belah kanannya.
"Selamat pagi Harry! mari duduk. Kita sarapan bersama"
kata seorang lelaki yang bertubuh besar
"Hari ini merupakan hari jadi Dudley. Jadi kami ingat mahu bawa dia ke Zoo. Jadi cepat makan dan bersiap"
kata seorang perempuan tinggi pula
"Baik mak cik"
balas Harry
beberapa minit kemudian seorang budak lelaki pergi ke dapur
"Selamat pagi mak,ayah!"
kata budak itu
"Dudley kamu terlupa untuk mengucapakan selamat pagi kepada Harry"
kata lelaki tadi
"Saya tak suka dia!"
kata Dudley dan berlalu pergi
.....
Harry Potter tinggal bersama dengan mak cik dan pak cik nya, Dursley dan Petunia. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang anak lelaki yang tidak suka akan Harry yang bernama Dudley.Harry Potter telah kehilangan ibu dan bapanya sejak bayi lagi. Mak cik dan pak cik nya beritahu bahawa ibu dan bapanya meninggal dlm suatu kemalangan jalan raya yang dahsyat dan Harry mendapat parut di dahinya sewaktu kemalangan itu.
tiba-tiba dari ruang tamu terdengar suara Dudley menjerit
"MAK!!! AYAH!!"
Petunia yang terkejut terus berlari ke arah ruang tamu
"Kenapa sayang?"
"Tahun lepas hadiah hari lahir saya berapa??"
"37 sayang"
"hari ini ada berapa?"
"36 ..."
"KENAPA 36 SAYA NAK 37!!!!! SAYA TAK KIRA SAYA NAK 37!!!!"
Dudley menjerit kemudian menangis menjerit-jerit
Dursley terus menyampuk
"Kita akan beli satu lagi hadiah kamu apabila kita keluar nanti ok??"
mendengar saja ayat tu Dudley terus berhenti menangis dan berkata
"Mari cepat bersiap!!!"
lalu dia naik ke atas
"Harry leih baik kamu naik ke atas dan bersiap"
Kata Petunia
"Baik mak cik"
Jawab Harry
.......................................................
Di Zoo
"Kenapa ia tak bergerak ayah??"
tanya Dudley sambil merenung ke arah kaca yang terletak ular di dalamnya
"Ia sedang tidur agaknya"
"Jadi buatkan ia bergerak!!!!"
Dursley segera mengetuk-ngetuk kaca ular itu tetapi ular itu tidak berganjak
"IA SUNGGUH MEMBOSANKAN!!!"
Jerit DudleyDudley beralih ke haiwan seterusnya tetapi Harry masih tidak berganjak
entah bagaimana Harry dapat bercakap debgan ular itu dan ular itu seakan faham akan apa yang Harry
Dudley ternampak ular itu bergerak lalu menolak Harry
"Pergilah! awak tak sepatutnya ikut!"
kata Dudley
"Mak! Ayah ular ini bergerak!!"
tiba-tiba kaca untuk menghalang ular itu daripada keluar telah ghaib dan Dudley terjatuh ke dalam balang ular itu. Ular itu kemudian keluar dari balang dan mengucapkan terima kasih kepada Harry. Harry terkejut dan bingung. Bagaimana kaca boleh ghaib dengan tiba-tiba? dan bagaimana ular boleh bercakap?
selepas kejadian di Zoo mereka pulang ke rumah
"Harry kamu naik atas dulu ye"
kata Dursley
Harry hanya mengangguk
Harry baring di atas katilnya dan terfikir bagaimana kejadian pelik itu berlaku
kemudian dia tertidur.....