———"Saya masuk dulu. Terima kasih hantarkan saya balik, Taehyung."
Baru saja Eunyeon nak membuka pintu kereta, tetapi tangannya lantas dipegang. Dia memandang Taehyung yang berada di tempat duduk pemandu itu.
"Eo— wae?"
Taehyung tersenyum kecil.
"Eunyeon.. Aku janji tak lama lagi aku akan bawa keluarga aku jumpa keluarga angkat kau. Aku betul-betul ikhlas ni."
Eunyeon tersenyum lalu meletakkan tangannya yang sebelah lagi di atas tangan Taehyung.
Hampir dua tahun mereka kenal sejak Eunyeon berdaftar di universiti yang sama dengannya. Dan sudah tiga bulan mereka berdua ada hubungan special tanpa diketahui keluarga angkat Eunyeon.
"Saya percayakan awak, Tae. Saya selalu tunggu awak jumpa keluarga saya. Terutama sekali Abang Kook."
Taehyung menghela nafas kecil seketika. Macamlah dia tak kenal dengan Jungkook. Pernah menjadi rakan baiknya dulu tapi itulah, bila kawan makan kawan jadinya setan berlawanan.
Tetapi persetankan saja semuanya. Kerana sekarang dia dah berkenan dengan adik lelaki itu jadi mereka terpaksa juga berbaik nanti.
"Thanks, Eunyeon.."
Dagu gadis itu dicuit dan Taehyung mencium lembut dahinya.
Namun tanpa mereka sedar, ada sepasang mata sedang memerhati mereka berdua dari tingkat atas rumah agam itu. Dia menunduk lalu mengetap bibir geram.
Sedih?
Haha siapa saja yang sanggup melihat orang yang dia sayang bersama dengan yang lain? Lagi-lagi orang itu Taehyung.
"Eunyeon.. wae..?"
Dia menghela nafas berat seketika.
"3 tahun.. Eunyeon.. aku jaga kau.."
Dia mula melabuhkan punggung di atas sebuah meja kecil dengan penuh kesal. Mata dipejam rapat bagi menenangkan hati.
Pengorbanan dia untuk perempuan itu langsung tidak dihargai. Dia juga manusia biasa yang punya perasaan. Tetapi Eunyeon.. tak pernah berperasaan menganggap dia tak lebih dari seorang abang.
Eunyeon yang masih lagi di bawah itu mula membuka pintu kereta dan keluar. Bibirnya tersenyum manis sambil melambai tangan kepada Taehyung yang baru saja menggerakkan kereta pergi.
Seusai kelibat kereta Taehyung hilang, dia melangkah masuk ke dalam rumah.
Apa yang dia dapat tahu petang tadi, selama 3 hari ini dia akan tinggal bersama Jungkook saja di rumah. Tuan Jeon dan Puan Jeon pula ada perjumpaan persatuan di Busan.
YOU ARE READING
[OG] The Kisser ▫️ jjk
Fanfiction- Dear ex bestfriend, please don't be an antagonist [Jeon Jungkook fanfiction] Copyright© • kokocrush- [Start: 10▪July▪2020]