Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Eunhee!"Panggilan seseorang memberhentikan langkah kaki gadis itu.Dia kemudiannya menoleh kearah Hyunsuk yang sedang berlari anak kearahnya.
"Kenapa tergesa-gesa nak balik ni?"Soal Hyunsuk buatkan Eunhee menggaru kepala yang tidak gatal.
"Aku nak kena ambil EunRi balik sekolah ni..nanti lambat,dia merajuk."Hyunsuk ketawa kecil.
"Kalau macamtu,jom aku teman kau ambil adik kau lepastu hantar kau balik rumah..okey?"Eunhee pantas menggeleng sambil menghalakan tapak tangannya.
"Eh tak apa.."
"Jomlah.."
"Tak apalah..Kau dah banyak tolong aku.."
"Ala..jom jelah.Macam tak biasa.."
"Tapi—"
Dehemen seseorang memotong percakapan Eunhee.Pantas gadis itu menunduk hormat kearah lelaki paruh baya di hadapannya.
"Eo? Sajangnim..ada apa sampai sini? Kenapa tak telefon je?"Soal Hyunsuk.Eunhee mahu melarikan diri secara senyap tetapi Hyunsuk terus menahan lengannya buatkan gadis itu mengeluh perlahan.
"Banyak kali saya call..satu pun tak berjawab."Balasnya sambil melirik Eunhee yang berdiri di sebelah Hyunsuk.
"Siapa dia?"
"Kawan Hyun..Dahlah..kalau tak ada apa,Hyun nak minta diri dulu.Lagipun,harini kan Hyun tak ada jadual.."
"Eh..Sekejap! Kamu kena ikut saya pergi meeting untuk sesi photoshoot kamu minggu depan.Kalau tak buat apa saya nak bersusah payah sampai sini.Aigoo." Hyunsuk pandang Eunhee disebelah.
Mata mereka bertembung buat beberapa saat sebelum satu keluhan keluar dari mulut Hyunsuk.
"Gwenchana..aku boleh balik sendiri..jangan risau."Eunhee cuba memujuk.Dia tahu yang Hyunsuk pasti berasa serbasalah sekarang ini.
"Haih..arasseo.Sampai rumah nanti,terus telefon aku tau.Yaksok?"Jari kelingking mereka disatukan tanda berjanji lalu Hyunsuk menepuk kepala gadis itu sekilas.
Kemudian lelaki itu terus beredar bersama pengurusnya-meninggalkan Eunhee di situ yang sedang menghantar pemergian mereka dengan anak matanya.
Dari satu sudut yang lain,ada seseorang sedang memerhati sambil berpeluk tubuh.
Usai sahaja Eunhee berjalan keluar dari kawasan sekolah,dia terus mengikutinya dari arah belakang.
Me Towards You ~•~•~
"
Eonnie!!"Jerit EunRi dengan teruja sambil berlari.Eunhee tersenyum sebelum mendepakan tangannya untuk memeluk EunRi yang semakin hampir dengannya.
"Omo..comel betul EunRi ni..macam mana sekolah hari ni?semua okey?"gadis kecil itu mengangguk sambil menunjukkan isyarat bagus.
"Semua best tapi..ada sorang kawan Eun kan..dia kata dia suka dekat Eun..Tapi,Eun cakap Eun tak suka dia..Eun suka orang lain."Membulat besar mata Eunhee mendengar kata-kata adiknya.
"Jinjja?kesian dia kena tolak dengan EunRi."Balas Eunhee sambil tergelak kecil.
"Tak payah kesian.Lagipun dia suka usik Eun.."Tiba-tiba saja dia teringatkan tentang Beomgyu apabila mendengar kata 'usikan' yang disebut oleh adik perempuannya.Lantas satu senyuman kecil terukir di bibir.
"Arasseo..dah jom balik."Tangan kecil EunRi digenggam sebelum Eunhee mahu berjalan beredar dari sekolah tersebut namun adiknya tiba-tiba sahaja membatu buatkan langkahnya juga terhenti.
"Kenapa ni Eun?"
"Eonnie..tengok tu.Dialah orang yang Eun suka.."Eunhee melihat kearah yang ditunjukkan EunRi dengan riak wajah tertanya-tanya.
Dari jauh kelihatan seseorang yang memakai pakaian seragam yang sama dengannya sedang berjalan menuju kearah mereka atau lebih tepat kearah EunRi.
"Choi Beomgyu? "
"hello Eun....Ri!" Gadis kecil itu terus melepaskan pegangan tangan Eunhee dan berlari kearah Beomgyu bersama senyuman yang lebar.
"Apa awak buat dekat sini?" soal Eunhee sambil berpeluk tubuh.
"Huh? Saja nak tengok EunRi."Jawab Beomgyu selamba sebelum mendukung tubuh kecil EunRi.
"Yeayy! Gyu oppa..boleh tak belanja Eun makan aiskrim?"
"EunRi.."Tegur Eunhee.Beomgyu menggangguk lalu membawa EunRi pergi menuju kearah kedai aiskrim bersebelahan sekolah rendah EunRi.
Gadis itu hanya mampu menghela nafas berat."Kenapa dia selalu muncul dekat mana je aku ada?"
Me Towards You ~•~•~
Masing-masing hanya berdiam diri sambil memerhati EunRi yang sedang bermain dengan riang di taman permainan.
"erm..Beomgyu..."Panggil Eunhee tanpa menoleh.
"Kenapa awak tiba-tiba je baik dengan saya?"Soalan tak terduga itu buatkan Beomgyu menjungkitkan kening sebelahnya.
"Kenapa ?aku rasa tak ada yang pelik pun.."
"Anniya..cuma saya rasa awak jadi baik macam ni lepas jumpa saya dekat restoran tempoh hari..saya rasa awak berkawan dengan saya atas dasar simpati..."
Beomgyu berdecit halus sebelum menoleh kearah Eunhee dengan pandangan yang sukar ditafsirkan."Kalau aku cakap yang aku baik dengan kau sebab aku sukakan kau..kau nak cakap apa?"
Balasan Beomgyu buatkan Eunhee terkaku di tempatnya sendiri.Tak sangka jawapan itu yang akan diberikan oleh Beomgyu.