[Thirteen]

34 6 6
                                    

Hyunsuk dari tadi asyik berjalan kehulur kehilir di sebelah kolam renang rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hyunsuk dari tadi asyik berjalan kehulur kehilir di sebelah kolam renang rumahnya.Majlis pun sudah hampir satu jam bermula namun bayangan gadis itu langsung tidak kelihatan.Jam tangan ditilik,entah buat kali ke berapa namun kali ni dia bertekad untuk pergi meninggalkan majlis tersebut untuk pergi mencari Eunhee.

Baru beberapa langkah dia berjalan,seorang gadis datang menegurnya."Hyunsuk..kenapa nampak cemas semacam je ni?"

Hyunsuk mengerling sekilas sebelum bercekak pinggang."Eo?Eunha..terima kasih sebab datang but sorry but I have to go..I'll talk to you later.."

Eunha mengangguk kecil dengan minda yang penuh persoalan.Pelik melihat tingkah Hyunsuk seperti cacing kepanasan.

Me Towards You
~•~•~•~

Beg kotak yang berisi makanan diturunkan secara berhati-hati dari motorsikalnya.Eunhee mencabut helmet di kepala sebelum matanya beralih memandang ke arah rumah agam yang besar dan luas bak istana di depan matanya.

"Haishh..aku harap tiada sesiapa yang disini yang kenal aku..haa!aku patut pakai mask..fuh,bernas sungguh idea kau."Eunhee memuji diri sendiri selepas selesai memakai mask.Beg kotak makanan diangkat dan kakinya turut melangkah segera memasuki kawasan rumah tersebut.

Sambil dia melangkah,matanya memerhati sekeliling.Takut jika dia terserempak dengan 'seseorang'.Kelihatan ramai tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut.Sebaik dia sampai di hadapan pintu rumah itu,seorang pembantu rumah menyapanya dengan ramah.

"Ya cik?ada apa-apa yang boleh saya bantu?"Eunhee tersenyum sambil mengangguk.

"Saya penghantar makanan dari restoran Happy Go Lucky..ini—"

"Jung Eunhee?"Suara garau seseorang mematikan percakapan gadis itu.Eunhee tidak menoleh.Jantungnya berdegup kencang seolah mahu terkeluar dari badannya.

'Aduh..macam mana dia boleh cam aku?patutkah aku lari?'

"Saya letak makanan disini ya,saya minta diri dulu.."Dengan sepantas kilat,Eunhee mula membuka langkah meninggalkan tempat tersebut dengan secepat mungkin.Pembantu rumah yang mahu menghulurkan duit terus membantutkan niatnya.

"Cik..duit untuk—"

Lelaki tadi terus berlari mendapatkan Eunhee yang sudah semakin jauh.Belum sempat Eunhee mahu menghidupkan enjin motornya,kunci motor ditanggalkan oleh lelaki tadi.

"Yah! Bagi semula— Beomgyu?!"

Beomgyu diam sambil tangannya ligat menyimpan kunci motor Eunhee kedalam poketnya.

"Eh..bagi semula kunci tu..saya nak.."

"Kenapa kau nak pergi macam tu je?Inikan majlis hari jadi kawan baik kau.."Gadis itu terus terdiam.Satu keluhan berat dilepaskan.

"Awak tak faham.."

"Kalau macamtu terangkan..bagitahu aku..kenapa kau nak larikan diri dari dia pula?aku yakin dia takkan bagitahu sekolah pasal kerja kau ni."

"Ya saya tahu..tapi,awak tak faham.Kalau Hyunsuk tahu,dia pasti kecewa.Dia dah banyak tolong saya..saya dah taknak susahkan dia lagi."Beomgyu diam.Matanya memandang kearah gadis itu dengan perasaan simpati.

"Beomgyu?kau ke tu?"Suara seseorang mengejutkan mereka berdua.Beomgyu menoleh kearah suara yang menegurnya.

"Eo Hyunsuk.."

"Siapa tu?"Soal Hyunsuk namun tidak dijawabnya.

Disebabkan hanya cahaya lampu jalan sahaja yang menerangi tempat tersebut,Hyunsuk tidak dapat mengecam dengan jelas siapa yang berada bersama Beomgyu.

Eunhee sudah gelabah teruk.Dia cuba sehabis baik agar tidak di cam Hyunsuk.Beomgyu mula mendekatkan diri kearah Eunhee.Dia mahu membantu gadis itu.

"Erm..dia..dia..dia.."

"Dia apa?"

"Dia..girlfriend aku ..Haa!! betul tu.."Mendengar jawapan Beomgyu,Hyunsuk ketawa kecil.

"Ah jinjjayo?maaf sebab ganggu korang berdua.Kalau macam tu aku pergi dululah ya.."Beomgyu mengangguk laju.Hyunsuk ingin melangkah,namun dia ragu-ragu.Dia cam kasut yang dipakai gadis itu.Tapi terus dia menepis fikirannya.Banyak lagi orang yang akan ada kasut sama dengan Eunhee.

"Ishh apalah sayang..ganggu je dia tu."Beomgyu masih lagi dengan lakonannya.Eunhee disebelah sudah memandang tajam kearahnya.

"Kenapa awak cakap macam tu?dah tak ada alasan lain ke nak guna?"

"Eleh..berterima kasihlah sebab aku baik hati nak tolong kau..ke kau sebenarnya malu aku cakap macamtu? Ayy,,awal lagilah untuk kau jatuh hati dekat aku."

Eunhee menggulingkan biji matanya.Walau apa pun,dia tetap bersyukur sebab Beomgyu sanggup menolongnya.

Walau apa pun,dia tetap bersyukur sebab Beomgyu sanggup menolongnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Apa?kenapa pandang saya macamtu?"Soal Eunhee.

"eo?Mana ada..aku-aku tengok benda lain..dekat belakang kau tu."Eunhee menoleh ke belakang,namun tiada sesiapa di situ.Dia menarik nafas dan lepas sebelum tapak tangan dihulurkan kearah Beomgyu.

Lelaki itu memandang tapak tangan Eunhee dengan tanda tanya.'Dia nak aku pegang tangan dia ke?'

"Bagi semula kunci saya..saya nak sambung kerja ni."Kata-kata Eunhee mematikan lamunannya.Dia mencebik kecil sebelum memberikan semula kunci motor gadis itu.

"Nah duit sekali..nanti tak pasal kena marah."

"Haahlah..terima kasih Beomgyu.."Eunhee menyambut huluran duit tersebut dengan wajah lega.

Beomgyu hanya tersenyum nipis sebelum menghantar pemergian Eunhee dengan anak matanya.

Beomgyu hanya tersenyum nipis sebelum menghantar pemergian Eunhee dengan anak matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[OG] Me Towards You || CBGWhere stories live. Discover now