[eleven]

34 8 3
                                    

G10 Entertaiment Building

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

G10 Entertaiment Building

Hyunsuk duduk di salah satu kerusi menunggu yang ada di bilik mesyuarat tersebut bersama pengurusnya di sisi.

Satu-persatu staf mulai masuk dan memenuhi ruangan bilik tersebut sehingga figura seseorang yang cukup dikenalinya muncul buatkan Hyunsuk sedikit terkejut.

"Baiklah,saya akan mulakan mesyuarat kita dengan memperkenalkan dua model remaja yang semakin popular,iaitu Hyunsuk dan juga Yoon Eunha.Sila berikan tepukan buat mereka."

Masing-masing bangun seraya menunduk hormat.Sempat mereka bertentang mata sebelum Eunha bertindak melarikan anak matanya terlebih dahulu dari Hyunsuk.

Hampir satu jam mereka berbincang mengenai konsep dan juga tempat yang sesuai untuk menjalankan sesi pengambaraan bagi sebuah syarikat majalah yang terkenal di Korea Selatan.

"Nampaknya semua dah setuju dengan konsep blue aesthatic dan menjadikan Pulau Jeju sebagai lokasi shooting  kita untuk minggu depan.Saya harap tiada masalah yang berlaku dan silakan beri kerjasama.Sekian terima kasih."

Usai pengarah Woo memberi penjelasan dan menutup mesyuarat,semuanya bertepuk tangan dan perlahan-lahan meninggalkan ruangan tersebut.

Hyunsuk menghela nafas kecil selepas dia berjaya menahan kantuknya selama satu jam tadi.Kemudian pandangannya terarah kepada Eunha yang sedang memerhatinya.

"Oraenmaneyo Hyunsuk..boleh kita bercakap sekejap?"

Me Towards You
~•~•~

Bunyi petikan gitar kedengaran dari bilik Beomgyu.Di sisinya penuh dengan gumpalan kertas yang mengandungi isi lirik yang ditulisnya.

Buku notanya pula penuh dengan kesan contengan tulisan."Fuh..akhirnya siap juga lirik dengan melodi dia ni.Uhu,uyeah!"

Lelaki itu menggeliat kecil sambil tersenyum teruja.Telefon yang berdering menarik perhatiannya."Ish siapa pula yang kacau waktu bahagia aku ni?"

Nama Taehyun yang tertera di skrin dibaca sebelum punat hijau diseret ke tepi."Aloha Taehyun.."

"Gyu hyung..tak turun gelanggang ke harini?"

"Eo? Tak kot..malaslah.."

"Yaish jinjja?hyung lupa ke kita ada perlawanan minggu depan?Kalau tak berlatih,macam mana nak menang?"

Beomgyu menepuk dahinya.Pasti dia terlupa tentang latihan bola keranjangnya kerana sibuk membuat lagu .

Dia sebenarnya bercita-cita mahu menjadi komposer yang terkenal suatu hari nanti dan dia berharap dia dapat mencapai impian tersebut walaupun ibu bapanya tidak setuju.

"Arasseo..lagi sepuluh minit hyung sampai!"

Beomgyu turun ke tingkat bawah menuju ke arah pintu utama dengan langkah yang tergesa-gesa memandangkan dia sudah terlewat.

Puan Choi yang kebetulan berdiri di tepi pintu terus menerpa kearah Beomgyu dengan senyuman lebar."Kamu nak ke mana ni?"

"Gyu ada latihan..mungkin balik lambat sikit."

"Eo? Hmm, eomma baru je nak ajak kamu pergi makan dekat rumah kawan eomma..Dia jemput kita sekeluarga pergi majlis harijadi anak dia..kira tak sempat la ni?"Beomgyu menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil berfikir.

"Hmm..Gyu tak janji..tapi,Gyu cuba balik awal..okey?"Puan Choi tersenyum mendengar jawapan anaknya.Rambut Beomgyu diusap sebelum anak lelakinya terus bangun dan membonceng motorsikal berkuasa tingginya dan keluar dari perkarangan rumah.

Me Towards You
~•~•~


Sebuah kereta hitam berhenti betul-betul di hadapan rumah Eunhee.Kebetulan pula gadis itu baru sahaja keluar dari rumahnya sambil berpakaian biasa untuk ke tempat kerja.

Gadis itu mengerut dahi seketika sebelum figura yang keluar dari kereta tersebut buatkan dia menelan liur dengan payah."Hyunsuk?"

"Yah! Jung Eunhee...kenapa aku telefon kau tak jawab?"Gadis itu menggosok pelan belakang lehernya sambil tersengih.

"Mian..telefon aku habis bateri tadi..kenapa kau datang rumah aku?"Dahi gadis itu dijentik sekilas.

"Auchh!"

"Kau ni mesti banyak makan semut kan? Takkan kau dah lupa harini hari apa?"Eunhee cuba mengingati kembali.Ada apa-apa ke yang istimewa harini?

"Pabo..birthday kawan sendiri pun lupa..nampak sangat kau tak set tarikh hari jadi aku..nak merajuklah macamni.."Eunhee terus ketawa melihat wajah cemberut Hyunsuk.

"Hahaha..aigoo,mestilah aku ingat.Happy Birthday Hyunsuk busuk kesayanganku..besar dah kawan aku sorang ni..birthday aku lambat lagi..Aku saja je buat-buat lupa.."

"Ceh..dwaesseo..harini aku nak ajak kau dengan keluarga kau datang rumah aku malam ni.Ada majlis kecil-kecilan..aku jemput keluarga dan kawan terdekat je tau."Senyuman Eunhee yang lebar terus bertukar kelat.

Aduh,macam mana dia mahu melarikan diri?Dia ada kerja yang perlu dibuat dan Hyunsuk tak tahu tentangnya.Takkan dia nak ponteng kerja sedangkan dia baru sahaja sebulan bekerja di situ.

"Datang tau.Yaksok?"

"Hmm..tengoklah macam mana.."

"Yah Eun.."

"Arasseo..aku datang..janji."Eunhee melakarkan senyuman nipis sebelum menghantar pemergian Hyunsuk dengan pandangan yang sayu.

"Aduh..apa aku nak buat ni?Kalau aku tak datang nanti,mesti dia syak aku bukan-bukan..Aishhhh..fikir Eunhee fikir.."

Bunyi deringan telefon menyentakkan lamunannya.Nombor seseorang yang tidak dikenali tertera di skrin ditatap dengan perasaan tertanya.

Lambat-lambat dia menyeret punat hijau sebelum telefon itu dilekapkan ke telinga.

"Yeobseyo.."

[OG] Me Towards You || CBGWhere stories live. Discover now