HM:18

9.6K 417 10
                                    

Hazel tawaf di sekitar rumah banglo yang kini telah menjadi rumahnya dan Adam.

Sumpah rumah ni memang cantik dan mewah.Serba lengkap.Tiada kurang.

Kata Adam rumah ni ada pembantu rumah yang akan datang kemas rumah pada hujung minggu saja.Katanya lagi sebab dia inginkan privasi.Tak nak ada orang asing dalam rumah ini.

Hazel berehat di gazebo yang terletak di tepi rumah banglo itu. Pokok-pokok bunga yang mekar itu dipandang.Wah tenangnya. Lagi-lagi bunga ros merah itu. Teringat pula yang Adam pernah memberinya bunga ros.

"Ehem."

Hazel berpaling ke arah tuan punya suara.

Adam melabuhkan punggung disebelah Hazel.

"Suka bunga ros tu?"tanya Adam sambil memandang tepat ke wajah Hazel.

"Mestilah suka.Semua perempuan suka bunga.Lagi-lagi bunga ros."jawab Hazel. Bunga ros merah itu dipandang.

Adam bangun dari duduknya. Bunga ros merah yang berada tidak jauh itu dituju lalu selambar je dia memetik sekuntum.

Hazel hanya memerhati gerak-geri Adam.

Adam kembali duduk disebelah Hazel.Rambut Hazel yang dibiarkan bebas itu diselak ke belakang telinga.Hazel hanya diam.Dia langsung tidak membantah.

Lalu diselitkan bunga ros tadi ke belakang telinga Hazel.

"Cantik."puji Adam ikhlas.

Hazel menyentuh bunga ros tersebut.

"Membazirlah.Kesian bunga ros ni."kata Hazel dengan muka cemberut.

Adam pandangan Hazel dengan dahi berkerut.

"Alah biarlah.Biy suka tengok sayang cantik macam ni."kata Adam.

"Selit bunga ros dekat telinga pun cantik?"tanya Hazel.

"Cantik.Cantik sangat."

Hazel menunduk malu.Sejak mereka sah menjadi suami isteri, Adam selalu memujinya cantik. Hampir setiap hari Adam pasti akan memujinya.

"Kenapalah kau..eh biy selalu puji sayang."

Dia masih kekok dengan panggilan manja begini. Maklumlah biasa guna kau aku je sebelum ni.

"Biy puji ikhlas tau.Tak salah puji isteri sendiri.Lagipun sayang memang cantik."hidung mancung Hazel dicuit manja.

Ya Allah,kenapalah suami aku ni sweet sangat? Tak sangka Adam sebenarnya seorang yang romantik.Bahagianya rasa hidup berumahtangga.

"Jauh mengelamun."tegur Adam.

"Mana Ada."

Adam mengenggam tangan Hazel.

"Kita pergi honeymoon nak? Tapi dalam Malaysia jelah. Kalau ada masa baru kita pergi jauh sikit."

Hazel pandang Adam dengan mata terkebil-kebil.Kepala disengetkan ke kanan.

"Buat apa pergi honeymoon. Honeymoon dekat rumah cukuplah."

"Kita pergi mansion ayahanda. Nak?"tanya Adam.

Berkerut kening Hazel.Mansion ayahanda? Maksudnya mansion yang dia pernah pergi dulu?

"Yang kita pergi dulu? Tapi kena dekat situ?"tanya Hazel ingin tahu.

"Sebab dekat situlah biy mula jatuh cinta dengan sayang."kata Adam terus terang.Dia mahu Hazel tahu segalanya.

Hazel terkedu.

"Bukan masa tu biy benci sangat ke dengan sayang?"

Masa tu layanan Adam kepadanya memang teruk. Dingin je memanjang.

HAZEL MEDINA[•C•]Where stories live. Discover now