Bab 39😁THANKS

3.9K 278 18
                                    

"KIRAH... "Terhenti langkah Syakirah ketika mahu berjalan keluar setelah majlis selesai.

Termengah-mengah Asyraf mengejar langkah kesayangannya.

"Kenapa awak kejar saya? "Soal Syakirah pelik. Janganlah.. Asyraf luah perasaan dia lagi buat kali kedua.

Asyraf senyum manis sehingga menampakkan lesung pipinya yang sedia ada.

"Saya just... Nak ucap thanks dekat awak sebab sudi pakai dress yang saya bagi, "Tangan Asyraf tunjuk ke arah dress yang Syakirah pakai. Nampak comel sangat dress yang dia beli untuk Syakirah. Mujur dia pandai agak. Rasa bangga sikit!

"Saya pakai sebab nak hargai pemberian awak untuk saya. Kang saya tak pakai awak kecil hati pula. Thank you juga sebab awak bagi hadiah ni untuk saya, "takkan Syakirah nak tengking Asyraf pula semata-mata sebab lelaki itu berterima kasih kepadanya. Syakirah belum kejam lagi.

"Saya harap... After this.. Kita jumpa lagi and at that time saya harap kita berjodoh, "ujar Asyraf. Memang orang cakap kalau keluar ke universiti atau ke mana ke akan jumpa orang yang lebih lagi dari yang kita jumpa sekarang. Tapi bagi Asyraf... Hati dia sudah benar-benar terpaut pada Syakirah. Biarlah orang nak cakap apa sekali pun.

"In shaa Allah.. Tapi, untuk saya kalau awak jumpa orang yang lebih baik dari saya, jangan sia-siakan peluang. In shaa Allah, kalau ada jodoh kita jumpa lagi, "terang Syakirah. Dia tak nak Asyraf tunggu dia semata-mata janji ini. Syakirah serahkan ini semua kepada takdir.

"Dan, saya harap awaklah orang yang terbaik yang pernah saya jumpa tu, Kirah, "kata-kata Asyraf buat Syakirah tergamam. Asyraf betul-betul serius ke sukakan dia? Dia tak suka couple.

Lebih baik Syakirah diam. Langsung dia tidak jawab apa-apa. Hanya senyuman manis dilorekkan kepada Asyraf.

"Saya minta diri dulu, "ujar Syakirah meninggalkan Asyraf sendirian di situ.

Asyraf rasa hampa apabila langsung tiada kata persetujuan daripada Syakirah untuk beri peluang kepada dia. Hanya diharapkan kepada takdir dan Asyraf harap Syakirahlah takdir untuk dia one fine day.

"KENAPA kau tak lawan je Melia tu? "Marah Firash di atas motor. Disebabkan kelajuan motor Firash yang bertambah tinggi buat Iman terpaksa memeluk tubuh lelaki itu.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni? "Tanya Firash lagi namun tiada apa-apa balasan daripada Iman. Firash berdecit kecil sebelum motosikalnya melencong ke arah lain.

"Mana awak nak bawa saya ni? "

"Mana pun aku nak bawa kau tak salahkan? "Bidas Firash. Dia rasa geram tengok Iman kalah dalam tangan Amelia. Kenapa tiba-tiba Iman jadi lembik? Sampai bibir lebam macam tu..

Iman terdiam. T-shirt putih tanpa kolar Firash digenggam kemas. Nak peluk lebih-lebih pun nanti Ash cakap dia mengada pula.

Masuk sahaja kawasan taman permainan tahulah Iman bahawa Firash bawa dia ke taman. Motor Firash hentikan sebaik sahaja sampai di hadapan bangku di taman.

Iman turun dari motor Firash. Kedinginan malam mula terasa. Iman tarik jaket yang Firash beri kepada dia tadi dengan kemas.

"Kenapa kau lembik? "Tanya Firash tanpa dalih lagi.

"Bila masa saya lembik? "Pelik Iman. Berkerut dahi dia fikir bila masa dia lembik. Bangku di hadapan Iman labuhkan punggung untuk duduk.

Pipi Iman, Firash sentuh. "Ni kau kata kau tak lembik? "Iman tepis lembut tangan Firash. Nak buat macam mana tak sempat dia nak elak ketika Amelia menyerang.

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now