Bangunan Empire of Golden Legacy
Itu namanya...semegah namanya sendiri, bangun tinggi melangit yang terdiri daripada kaca infrastrukturnya, adalah syarikat yang dikuasi oleh keluarga ternama yakni Bane Howard, ayah kepada Aiden Bane.
Pernah bekerjasama dengan syarikat yang sama-sama hebat statusnya iaitu HanSong Venture, yang dimiliki oleh Thomas Dyson, a.k.a ayah Dylan Thomas.
Namun kerjasama antara mereka musnah apabila Golden Legacy curi pattern asal hak milikan produk syarikat HanSong Venture. Mereka naik mahkamah tapi HanSong Venture kalah dalam perebutan hak milik itu, HanSong terpaksa membayar ganti rugi.
Setelah dua tahun berlalu, kes itu pun berlalu sama seperti masa begitu saja.
Sebuah teksi berhenti tepat di depan pintu masuk bangunan tersebut sebelum seorang penumpang berambut panjang beralun-alun dan anggun mengenakan kemeja lengan pendek dan skirt pencil ketat mengikut lekuk badan paras lutut keluar dari situ.
Dengan anggun, Sera berdiri tegak seusai keluar dari teksi dan maju gerak ke depan mendabik dada dengan yakin.
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggukan tiba juga akhirnya.
Ingatkan rancangan dia selama ni tak berjaya.
Namun membuahkan hasil juga ya.
DETAK!
DETAK!
DETAK!
Tumit tinggi itu menghentak permukaan jubin sebaik ia melangkah masuk ke dalam kawasan bangunan.
Sambil berjalan, sambil tu Sera termenung memikirkan semua perancangan yang dia buat selama ini.
Firstly!
Sera rancang untuk tinggal di luar supaya aktiviti dia tak terkekang. Bagi memudahkan urusan dia, Sera sendiri berbincang dengan ibunya iaitu Olivia untuk dapatkan kebenaran keluar dari rumah tu. Sebagai bayaran untuk keputusannya itu, Sera takkan sambung belajar.
Sebab itu, hanya Seira saja yang sambung belajar.
Dapat saja kebenaran, Sera cari tempat tinggal. Dan tempat tinggal tu bukan la sebarangan tempat tinggal. Menggunakan maklumat yang dia peroleh dari Diana, Sera dapat tahu, Savannah adalah pekerja di company milik family Dylan. Maka targetnya ialah Savannah. Dia olok-olok bertembung dengan Savannah di suatu tempat setahun lalu dan buat drama hingga dapatkan kepercayaan Savannah. Kenapa Savannah? Sebab gadis itu adalah orang Dylan sendiri. Jadi untuk buatkan kedudukan dia mudah di kesan dengan Dylan, maka tempat Savannah la Sera bakal tinggal. Dia cari Savannah dan mintak tolong untuk duduk menyewa sekali. Yang mana berjaya.
Tapi tak sangka pulak rancangan dia back fire apabila Caleb muncul di apartment tu lalu diikuti Dylan pindah ke apartment sama level dengan mereka. Namun smeua itu tidak menganggu rancangannya.
Second!
Sera war-war kan resume dia ke sistem mencari kerja di seluruh syarikat yang ada supaya tak obvious sangat yang dia aim company Aiden dan Dylan sahaja. Sera hantar dan hantar semua resume sehingga la resume dia jatuh ke dalam syarikat Aiden. Yang mana tak mudah sebab ambik masa yang lama untuk dia diterima.
Tak sangka pulak, alasan kenapa dia tak diterima kerja adalah kerana Dylan dah blacklist nama dia dalam senarai mencari pekerja.
Semua tu tak hentikan usaha dia, still Sera hantar resume ke semua syarikat termasuk la syarikat Dylan dan Aiden. Sebab itu Sera try temu duga walaupun dia dah bekerja. Dia buat semua tu bukannya dia suka kerja sebagai office staf. Tapi sebab nak pancing masuk ke company Dylan atau Aiden.
Third.
Sera gunakan Seira sebagai orang tengah sekiranya Dylan cuba hubungi dia. Sera tak pasti, dia cuma agak. Jadi dia pesan pada Seira untuk siap sedia saja. Yang mana memang betul!
Sekali lagi, plan dia berbalik pada dia, bila Siera set up perjumpaan mengejut mereka di syarikat yang Seira nak mohon untuk praktikal nanti tanpa pengetahuan dia. Sumpah terkejut sangat masa tu sebab dia tak prepare. Dia ingatkan dia sendiri jumpa Dylan. Tup-tup lelaki tu.
Last but not least.
Sera preparekan diri untuk tunjukkan lakonan terbaik dia bila tiba masanya dia berjumpa dengan mana-mana Aiden atau Dylan. Yang mana agak sukar buat Sera sebab setiap kejadian yang berlaku semuanya tak terduga dan di luar kawalannya.
DING!
Pintu lif terbuka.
Sera angkat mata dia dari termenung memandang ke lantai lif tersebut lalu pandang ke depannya dengan renungan dingin penuh muslihat.
Oleh itu berdirinya dia di syarikat Aiden ini bukan Dylan adalah untuk tunjukkan pada lelaki tu dengan siapa Aiden bakal berurusan dengan.
Lantas Sera keluar dari lif dan bergerak.menghampiri pejabat Aiden untuk laporkan diri di hari pertama bekerjanya.
KNOCK!
KNOCK!
Ketuk Sera pada pintu kayu berwarna coklat mahogany itu.
Tidak lama selepas itu pintu pejabat pun terbuka. Seorang staf wanita berdiri menyambut kehadiran Sera di situ.
Pandang saja staf itu ke Sera, dia undur ke belakang lalu buka sedikit luas untuk Sera lalu. "Silakan cik.."alunya.
Sera senyum pada staf itu lalu masuk ke dalam ruangan tersebut dengan langkah yakinnya.
"Serafina...at last..you came."sambut Aiden dengan gembira bila nampak Sera bergerak mendekatinya.
Sambil tayang senyuman plastik di bibir, Srra beri tunduk sapa pada Aiden. "Ya saya.."
"Silakan duduk. Saya akan berikan breifing pada awak secara langsung." Aiden jalan keliling meja lalu dekati Sera.
Mata Sera perhatikan langkah lelaki handsome yang sungguh menyampahkan bila mata memandang depannya.
"Terima kasih..saya berbesar hati."balas dia.
Well...well..mari kita lihat rahsia apa yang syarikat ni simpan untuk dia gunakan nanti.
Show time honey...show time.
YOU ARE READING
16.Tentang Kita
BeletrieSequel dari cerita Breaking The Rule Breaker. Serafina Katniss, 21 tahun. Lepasan akademi. Disebabkan dia tak suka belajar, dia cuba cari kerja dekat merata tempat, tapi satu pun tak terima dia bekerja. Jadi terpaksa la dia bekerja sebagai trainer...