Bab 1 ✨

164 11 0
                                    

Kring !

Jam Alysya berdering tanda jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Alysya bergegas bangun pergi ke bilik air. Hari ini merupakan hari pertama sesi persokolahan tahun 2020. Alysya akan pergi awal ke sekolah kerana dia merupakan seorang pengawas yang ditugaskan untuk menjaga pelajar tingkatan 1.

Sementara menunggu Sara dan Safiya , Alysya mengajak Nurul menemaninya ke pejabat. "Weh beb jom teman aku pi pejabat jap. Aku nak ambik borang yang cikgu suruh aku ambil. Aku baru teringat. Hihihi." Kata Alysya sambil tersenyum. "Okay jom la Alysya oi. Kau memang pelupa orangnya." Nurul melihat Alysya dengan jelingan yang tajam.

Selepas keluar dari pejabat, mereka bergerak ke dewan tertutup sambil menunggu sahabat kembar mereka datang. "Haih , mana diorang ni ?" Alysya merungut sendiri . Dia mencari kelibat sahabat kembarnya itu.

"Aku rasa la kan mereka ni mesti bangun lewat lagi. Kau macam tak kenal si kembar tu memang takkan bangun awal punya." Desis Nurul. "Sorry gais kami terlajak tadi . Heheheh ." Sara dan Safiya tersenyum tanpa rasa bersalah. "Aku dah agak dah si kembar ni mesti akan buat kita tunggu mereka." Perli Nurul.

"Weh gais ! Cepat masuk dalam dewan. Mummy korang dah marah dah tu korang lambat ."kata Salah seorang rakan pengawas kami. "Korang lani kan dah kena marah ish "marah Alysya sambil memberi renungan tajam kepada si kembar.

Mereka terus bergegas masuk ke dalam dewan tertutup menuju ke cikgu Suhaila. Hanya pelajar tingkatan 1 sahaja yang ada di dalam dewan. Cikgu Suhaila merupakan guru pengawas yang sangat rapat dengan mereka.

"Assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan . Pertama sekali saya nak kenalkan diri saya dahulu. Nama cikgu ialah Suhaila binti Rahman. Cikgu merupakan guru pengawas serta guru disiplin di sekolah ni. Saya akan menguruskan sesi pendaftaran bagi pelajar tingkatan 1. Di hadapan ni juga terdapat beberapa pengawas Yang Akan membantu saya dalam sesi pendaftaran ini. Selamat datang ke Smk batu permata, saya ucapkan kepada semua. Semoga semua bahagia ya di sini." Cikgu Suhaila memberi ucapan kepada para pelajar tingkatan 1.

"Alysya , mana borang yang saya suruh kamu ambil di pejabat ?" Cikgu suhaila bertanya kepada Alysya.

"Ouh ni cikgu. Saya dah ambil dah tadi. Tapi lupa pula nak bagi dekat cikgu. Hihihi." Kata Alysya sambil menayangkan gigi putihnya itu.

"Haih la kamu dengan pelupa kamu memang tak boleh berpisah eh". Cikgu suhaila berkata sambil mengambil huluran borang di tangan Alysya.

Rakan- rakan Alysya tertawa melihat gelagat alysya yang muncungkan bibirnya bila di tegur cikgu suhaila. Ala - ala merajuk la tu .

"Ada orang merajuk la guys ." Sara membahan Alysya serta diikuti dengan safiyya dan Nurul.

Ketika mereka sakan bergurau senda. Tiba - tiba pintu dewan di buka dan ada seorang lelaki yang memasuki dewan dengan segak berpakaian seragam pengawas sekolah.

"Sorry cikgu , saya lewat sebab tadi ada perjumpaan dengan pengetua." Kata lelaki itu dengan senyuman yang sangat manis.

Alysya berpaling saat mendengar seseorang bercakap dengan cikgu suhaila.

Tbc...

Selamat membaca guys. Sorry la kalau hambar ya. Tunggu next episod okay. ❤️

A promise of loyaltyWhere stories live. Discover now