Bab 3 ✨

67 9 5
                                    

"weyh tengok tu."

Mereka melihat kemesraan antara iz dan qis. Pasangan kekasih itu kelihatan sangat bahagia dan membuatkan Alysya berasa kecewa dengan mereka berdua.

Alysya yang tersedar akan keadaan itu terus bangun dan tinggalkan sahabatnya. Alysya berasa sangat sakit bila melihat orang yang pernah dia sayang sudah kecewakan dia.

"Alysya tunggu la Kami. Alysya kau jangan macam ni la beb. Kau tau kan kalau kau macam ni lagi la diorang Tu happy." Sara memujuk Alysya yang kelihatan sangat kecewa dengan pasangan kekasih itu.

"Aku balik dulu la. Aku penat la weyh. Korang tak faham apa yang Aku Rasa. Diorang dah khianat kepercayaan Aku. Dorang Hina Aku weyh," kata Alysya sambil menangis bila teringatkan kisah silamnya.

Di rumah alysya...

Alysya duduk di birai katil sambil melihat permandangan di luar tingkap. Alysya tiba - tiba teringat akan kenangan silamnya.

"Sayang apa yang sayang buat ni. Apa hubungan sayang dengan qis ?" Alysya terkejut bila melihat iz dan qis yang berpegangan tangan berjalan di shopping mall. " Baby ! Sorry I boleh explain semua ni." Iz yang terkejut akan adanya Alysya Di situ terus gelabah.

"Nak Explain apa lagi hah. You tahu kan yang I sayang you sangat tapi apa yang you buat hah. 4 tahun kita couple ni yang I dapat hah?" Alysya yang terasa sangat marah terus tengking iz.

"Okay fine aku nak Kita bincang dekat luar. Sini public Kan," kata qis sambil menarik tangan iz keluar dari tempat itu.

"Macam ni la pompuan Aku ni bukan perampas Yang nak sangat dekat boyfriend kau ni tapi dia Yang merayu nak dekat Aku sebab kau Tu miskin. Dah la miskin anak yatim piatu pulak Tu. Eh Aku lupa pulak. Kau Yang bunuh mak bapak kau Kan. Hahahaha dasar anak tak kenang budi. Kau ingat Aku tak tahu ka hah kenapa parents kau meninggal." Qis terus bercakap tanpa memikirkan tentang sahabatnya itu.

"Qis... Sampai hati kau kata aku pembunuh parents aku. Kau sahabat aku weyh. Takkan sebab laki ni kau lupa persahabatan Kita qis ," Alysya terkejut bila qis menghinanya sampai bergitu sekali.

"Hei pompuan ! Kau ingat Aku nak sangat Ka hah couple dengan kau. Dah la juai mahai. Nak pegang tangan pun tak boleh. Kau tu dah la miskin. Tak layak pun nak couple dengan Aku Yang Kaya ni. Ouh ya lupa pulak Aku. Kalau bukan keluarga angkat kau kutip kau dekat tepi jalan tu, Aku Rasa dah lama Kau mampos Kan. Hahaha. Dasar miskin Ada hati nak couple dengan Aku. Eh selama 4 tahun Yang kau kata tu. Tu semua sebab Aku bosan. So kau ja Yang Aku nampak boleh dipergunakan pun. Kau Jangan mimpi la nak Ada orang yang sayang kau. Sedangkan Kau tu perempuan jijik Yang Aku pernah kenai selamani. Mak bapak kau pun kau Yang bunuh. Tah nanti Aku pun Kau nak bunuh kot." Alysya terdiam bila mendengar kekasih pujaan hatinya menghina dia dengan teruk sekali.

" Bukan Aku Yang bunuh parents Aku la. Mereka selamatkan Aku bukan Aku Yang bunuh," Alysya terasa dengan apa yang diperkatakan oleh mereka berdua.

"Ada Aku Tanya Ka? Tak dak Kan so kau boleh blah Dari life Aku sebabkan kau la aku Rasa jijik sangat ," Alysya berlalu pergi Dari situ meninggalkan mereka berdua.

Alysya duduk di kerusi sambil melihat tasik dihadapannya. "Ibu ayah.. Alysya rindu ibu ayah. Alysya tahu Alysya nakal dulu. Kalau bukan sebab Alysya ni mesti ibu ayah Masih hidupkan. Maafkan Alysya."Alysya menangis bila terkenangkan punca kematian ibu bapanya.

10 tahun lalu...

"Alysya anak ibu datang sini nak. Ibu dah siapkan makanan kegemaran Alysya ni. " " Ya ibu alysya dah nak datang ni." "Alysya pergi panggil ayah boleh?" "Mesti la boleh. Jap eh ibu ". Alysya menuju ke bilik ayahnya dengan tersenyum riang.

"Ayah... Makanan dah siap. Jom turun makan. Nanti ayah mesti lapar kalau tak makan kan. " " Yala sayang.. kita makan ya," ayah Alysya lalu mendukung anak kesayanganya itu.

"Alysya Jangan nakal ya.. ayah risau bila alysya selalu main dekat luar rumah tu.. Alysya tahukan ibu ayah sayang sangat dekat Alysya." Encik mikail terasa sangat risau bila mendapat tahu bahawa musuhnya telah keluar dari penjara.

"Baik ayah ibu.. Alysya takkan nakal la. Alysya Kan anak manja ibu ayah hihi. Alysya Cory tau sebab Alysya nakal." Puan sofea terus memeluk anak kesayangannya itu. Dia merasakan itu pelukan Kali terakhir untuk anaknya.

"Ibu ayah Alysya nak main dekat depan rumah jap eh. Bosan la duduk Dalam rumah ja." "Ya la sayang. Jangan keluar rumah ." Encik mikail teruskan membaca Surat khabar.

"Ayah ibu.. tolong Alysya.. ayah... Ibu... Alysya... Sakit... Tolong ayah..." Encik mikail Dan puan sofea terus keluar rumah bila mendengar anak kesayangan mereka menjerit.

"Hai sahabat lama tak jumpakan. Kau tak melawat Aku pun eh dekat Dalam. Oh lupa kau dah bahagia dengan family kau ya." Alysya berada di dalam pelukan ahmad.

"Lepaskan anak aku. Anak Aku tak bersalah. Yang salahnya aku. Tolong la lepaskan dia. Aku sanggup gadai nyawa aku demi anak Dan Bini Aku. " Ahmad terus menembak puan sofea yang Cuba untuk menyelamatkan Alysya. "Ahmad! Apa kau dah buat ha. Bini Aku tak bersalah la. " Encik mikail berasa sangat marah bila isteri tercintanya ditembak oleh Ahmad.

"Ibu... Ibu tahan ya.. Alysya nak ibu.. ibu Jangan tinggalkan Alysya ya ibu.." Alysya menangis dengan sekuat hatinya.

Encik mikail Cuba berlawan dengan Ahmad tetapi Ahmad terlebih dahulu menikam encik mikail dengan berkali - kali. Pihak polis datang bila mendapat aduan dari jiran tertangga. Ahmad ditangkap oleh polis dan menerima hukuman gantung.

"Ibu.. ayah... Kenapa ibu ayah selamatkan Alysya... Ibu ayah sabar ya..Alysya akan tolong ibu ayah..." Alysya menangis sambil memeluk kedua ibubapanya..

Beberapa minit kemudia... Ambulans datang dan membawa encik mikail dan puan sofea ke hospital. "Alysya anak ibu.. kuat ya nak.. ibu mintak maaf tak dapat nak Jaga Alysya.. ibu Dan ayah tak dapat nak tengok Alysya membesar. Ibu ayah sayangkan Alysya dunia akhirat ya sayang. Walau apa pun jadi.. Alysya kena kuat ya sayang. Alysya Jangan susahkan orang tau. Selalu doakan ibu Dan ayah ya." Alysya memeluk ibunya dengan erat.

"Abang... Saya nak mintak maaf atas Salah silap saya dekat abang. Halalkan makan minum saya ya bang. Saya mintak maaf sebab tak sempat nak beritahu yang saya dah mengandung 2 bulan." Puan sofea menangis dan menahan sakit di perutnya.

Pihak hospital mengesahkan bahawa puan sofea dan encik mikail telah menghadap ilahi. Kedua belah pihak keluarga encik mikail dan puan sofea tidak dapat menerima Alysya dan menganggap Alysya punca kematian ibubapanya.

Alysya telah dihalau dan tidak dibenarkan melihat ibu bapanya buat kali terakhir. Alysya tidak tahu hala tuju untuk dirinya.

"Ya allah, ampunkanlah dosa ibu ayah Alysya. Alysya nak jumpa ibu dan ayah. Ibu ayah dah janji esok nak bawa Alysya pergi makan kfc. Ibu ayah janji nak sambut birthday Alysya esok." Alysya menangis dengan sekuat hatinya.

Hampir sebulan alysya bersendirian di tempat pembuangan sampah. Alysya hanya makan sisa makanan Yang telah di buang ke Dalam tong sampah.

Tok tok tok..

Alysya tersedar dari lamunannya lalu mengelap air mata jernihnya. Alysya membuka pintu bila mendapati ada seseorang di luar pintu biliknya.

"Alysya jom turun makan sayang..."

Tbc...

Thanks support ❤️ tunggu next bab ada detik ii kebahagian Alysya dan aiman ehek 😍💜

A promise of loyaltyWhere stories live. Discover now