- 1 -

162 11 59
                                    

"Princess Jiwon!!!"

Panggilan daripada pengawal kerajaan ayahnya itu langsung tidak diambil peduli oleh Jiwon. Jiwon meneruskan lariannya jauh ke dalam hutan yang gelap gelita tersebut.

Setelah memastikan suasana di sekitarnya selamat, Jiwon berhenti berlari buat seketika. Dia memandang sekeliling dengan nafas yang tidak teratur.

Jiwon bersandar lemah di salah satu pokok di sana. Dia sedaya upaya menenangkan dirinya. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan-lahan. Seketika kemudian, suara pengawal kerajaan yang sedang mencari dirinya didengarinya dari jauh. Jiwon mula resah dan panik.

Dia mula mencari-cari tempat untuk bersembunyi. Tiba-tiba, Jiwon terpandang akan salah satu pokok besar di sana. Kelihatan terdapat sebuah lubang besar di bawah pokok besar tersebut. Jiwon mula berkira-kira untuk berlari ke sana.

Sebelum sempat dia membuka langkah, tangannya tiba-tiba ditarik naik ke atas dengan pantas. Dia kini berada di atas pokok bersama-sama dengan seorang lelaki yang memakai penutup muka.

Tangan lelaki itu pantas menekup mulutnya sambil berbisik di telinganya agar mendiamkan diri terlebih dahulu. Jiwon hanya kaku di tempat duduknya. Pengawal kerajaan ayahnya itu hanya diperhatikannya dari atas dengan senyap.

Selepas beberapa minit berlalu, pengawal kerajaan tersebut mula menghilangkan diri dari sana. Jiwon menarik nafas lega. Dia perlahan-lahan menurunkan tangan lelaki itu dari wajahnya.

Jiwon: Gamsahabnida...

Jiwon menundukkan wajahnya sedikit ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya mempamerkan senyuman nipisnya. Dia menjauhkan sedikit badannya dari gadis yang berada di hadapannya ini. Bimbang kalau gadis itu tidak selesa nanti.

Jiwon memandang raut wajah lelaki itu dengan penuh rasa teruja. Rambut lelaki yang berwarna merah kemerahan itu disentuhnya perlahan. Dia mula tergelak kecil dengan perlakuannya itu.

Jiwon: Kau mesti putera yang berasal dari Kerajaan Api, kan?

Lelaki itu masih mendiamkan diri. Dia hanya memandang Jiwon dengan pandangan yang sukar ditafsirkan oleh sesiapa pun. Jiwon tersenyum sendiri.

Jiwon: Perkenalkan, aku Kim Jiwon!

Jiwon menghulurkan tangannya ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu menyambutnya sambil mengangkat-angkat keningnya.

???: The Princess Of Ice Kingdom?

Jiwon menganggukkan kepalanya berkali-kali sebagai tanda 'yes'. Pegangan tangan dilepaskan lalu lelaki itu membuka topeng mukanya. Dia memandang Jiwon dengan anak matanya yang berwarna coklat kemerahan itu.

???: I'm Kang Taehyun. As you were saying early, yes. I am the Prince of Fire Kingdom...

Jiwon: That's so cool! Wanna be friends with me?

Taehyun: Sure, why not?

Jiwon pantas bertepuk tangan dengan gembira. Akhirnya dia dapat juga buat kawan baru. Tubuh Taehyun pantas dipeluknya. Taehyun hanya kaku di tempat duduknya. Dia tidak pasti sama ada dia patut membalas pelukan Jiwon atau tidak. He's confused!

Jiwon tersedar akan tindakannya yang sedikit kurang ajar itu. Dia pantas melepaskan pelukannya lalu dia menundukkan wajahnya dengan ucapan minta maaf.

Jiwon: Joesonghabnida! Maaf sebab aku peluk kau tanpa permission kau! Maaf sangat-sangat!

Habislah dia jikalau ayahnya mengetahui hal ini, pasti dia akan dimarahi lagi. Aduh, apa aku nak buat ni?

Taehyun: Gwaenchanh-a, Jiwon. It's not a big deal anyway...

Love Story ||| Kang Taehyun TXT Where stories live. Discover now