Jiwon sedaya upaya cuba memanjat dinding istana miliknya. Sudah pelbagai cara yang dia dah lakukan. Namun, semuanya sia-sia sahaja.
Jiwon: Aishh, macam mana aku nak naik atas ni? Huh...
Jiwon mula menyepak batu-batu kecil yang berada di atas rumput yang berwarna keputihan itu. Dia mula duduk bercangkung di hadapan dinding istananya itu.
Jiwon: Ugh, aku dah takde pilihan lain! Nampaknya terpaksalah aku gunakan mabeob (magic) aku untuk naik ke atas sana. Here's go nothing!
Jiwon terus menghasilkan sebuah tangga yang diperbuat daripada ribuan salji sejuk di hadapan dinding istananya itu. Dia mula menaiki tangga tersebut dengan senyap. Setiap anak tangga yang dipijaknya perlahan-lahan bertukar menjadi ais yang sejuk beku.
Sebaik sahaja tiba di balkoni kamarnya, Jiwon terus meruntuhkan tangga itu agar tiada siapa tahu akan kewujudan tangga tersebut. Setelah itu, dia pun mula berjalan masuk ke dalam kamarnya dengan senang hati.
Namun segala rasa senang hati itu hilang sebaik sahaja dia melihat ayahnya dan bapa saudaranya yang lain ada di dalam kamar tersebut. Dari sudut bilik tersebut, dia dapat melihat dengan jelas muka tidak bersalah Yeonjun yang sememangnya minta penampar dari dulu lagi.
"Ni mesti Yeonjun mengadu dekat appa dengan samchon aku pasal Mint chocolate tu lagi. Apalah nasib aku dapat sepupu yang macam ni?", Hati Jiwon mengeluh perlahan
Namjoon: Baru balik? Kenapa tak balik esok je terus?
Jiwon mengerutkan dahinya. Jam di pergelangan tangannya dipandang. Baru pukul 10:30 malam. Heh, Abah Joon nak sindir akulah tu!
Jiwon: Kalau macam tu, Jiwon balik esok jelah! Adios~
Jiwon mula berjalan keluar dari kamarnya. Tapi belum sempat dia memegang tombol pintu, telinganya ditarik kuat oleh samchon keduanya, Taehyung.
Taehyung: Sempat lagi Jiwon buat loyar buruk dengan samchon Jiwon eh? Ni kalau Papa bagi penampar memang tak berdosa tahu?
Jiwon: Alah, Papa Taetae ni! Jiwon bergurau jelah! Ouch, lepaskanlah cuping telinga Jiwon ni! Sakitlah! Appa, tengok Papa Taetae ni!
Jin: Tae, lepaskan telinga Jiwon tu...
Taehyung: Ne, hyeong
Taehyung terus melepaskan tarikannya. Jiwon pantas menjauhkan diri dari bapa saudaranya itu. Fuh, kalau dia tarik sekali lagi telinga aku, boleh tercabut dibuatnya...
Jin: Jiwon, can you explain this?
Jin mengeluarkan sesuatu daripada bawah bantal Jiwon. Kelihatan terdapat beberapa keping plastik Mint Chocolate kepunyaan Yeonjun di bawahnya. Aishh, lupa pulak aku nak 'hilangkan' bukti !
Jiwon: Hehehe, about that...
Jiwon mula bermain-main dengan jejari runcing miliknya. Muka cute mula ditayangkan di hadapan muka ayahnya itu.
Jin yang melihat semua itu mengelengkan kepalanya berkali-kali. Dia kena banyak bersabar dalam mendidik puterinya yang satu itu.
Jin: Jangan kata yang kamu curi coklat mint Yeonjun lagi, Jiwon...
Jiwon mula memuncungkan bibirnya. Alah, appa ni kan! Pandai betul buat aku rasa serba salah. Cehhh-
Jiwon: Look. I'm sorry, okay? I didn't mean to steal it. I just took a few of them because the chocolate mint is too delicious!
Jiwon mula membayangkan kembali rasa coklat mint yang pernah cair di dalam mulutnya itu. Yum yum!
Yeonjun: Jiwon tipu! Mana ada dia ambik sikit! Dia ambik banyaklah, appa!
YOU ARE READING
Love Story ||| Kang Taehyun TXT
Romance"Cause we were both young when i first saw you..."