BAB 1

263 17 11
                                    

Akif berjalan bersendirian sejak dari pagi lagi. Akif mencari tin serta botol kosong untuk dijual dan hasil jualan itu dapatlah menampung belanjanya sehari-hari. Akif ingin bersekolah tapi apakan daya dia hanyalah anak lorong di bandar Sungai Petani ini. Akif boleh membaca kerana ada pakcik yang mengajrnya membaca semasa dia berusia lapan tahun. Kini usia Akif telah menjangkau 13 tahun.

Akif tidak mengetahui daripada mana asal usulnya kerana tiada siapapun yang tahu dari mana datangnya Akif. Akif betah menjalani hidupnya di lorong-lorong ini. Biar jauh di sudut hati Akif dia inginkan suatu kehidupan yang indah dan bahagia.

______

Amsyar Haziq merupakan seorang guru di SMK Ria Kesuma (bukan betoi pon nama sekolah tu...hahah). Haziq baru sahaja bertugas di situ sekitar lima bulan yang lalu. Haziq yang telah kehilangan ahli keluarganya ketika rumah lama mereka terbakar. Ketika kejadian Haziq tinggal di asrama.

Haziq seorang guru yang amat disenangi oleh anak muridnya dan juga rakan sejawatnya. Haziq tinggal bersendiriran di sebuah rumah yang tidak jauh dengan sekolahnya. Haziq sebenarnya inginkan seorang adik yang boleh dia curahkan segala kasih dan sayangnya kepada adiknya itu nanti.

Haziq suka bersiar-siar di sekitar bandar Sungai Petani. Haziq sering kali terlihat kelibat seorang budak remaja yang sering berkeliaran di sekitar bandar. Remaja itu hanya mengutip tin dan botol kosong sahaja. Haziq berasa kagum dengan semangat remaja itu. Terdetik di hati Haziq yang dia ingin mengenali remaja itu dengan lebih dekat lagi.

_____

Satu hari ketika Akif sedang berjalan-jalan mencari tin dan botol kosong dia terlihat seorang pemuda yang baginya cukup menarik perhatiannya. Akif yang mampu melihat hanya dari kejauhan tersenyum sendiri. Wajah pemuda itu membuatkan hati Akif tenang saat memandangnya. Akif berasa hairan dengan perasaannya itu.

Akif hampir terlanggar tiang lampu jalan kerana asyik memerhatikan gerak laku pemuda itu. "Nasib baik aku tak langgaq tiang tu. Kalau dak ka mau bengkak kepala aku ni." Kata Akif sendirian. Akif meneruskan kerjanya mencari tin dan botol kosong.

Akif melangkah dari satu kawasan ke kawasan lain. Setibanya dia di sebuh gerai, dia melihat iklan yang ditampal pemilik gerai "Jawatan kosong... Tukang cuci pinggan..." Akif berkata pada dirinya "baik aku cuba mintak kerja ni. Mana tau rezeki aku. Tak payah lah aku ke sana ke sini cari tin dan botol lagi lepas ni." Akif terus bertanya kepada pemilik gerai tersebut "Assalamualaikum pakcik... Saya nak tanya ni. Pakcik nak cari tukang cuci pinggan ka?". Pak Whab menjawab "ya nak pakcik caqi tukang basuh pinggan. Dah puas pakcik cari takdak yang nak qeja basuh pinggan ni. Depa kata gaji kecik tak padan." tutur Pak Wahab kepada Akif. Akif hanya mampu tersenyum sahaja dengan penjelasan Pak Wahab.
Akif berkata kepada Pak Wahab "pakcik kalau saya nak qeja basuh pinggan kat kedai pakcik bulih dak." Pak Wahab hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju. Akif terus memeluk Pak Wahab sebagai tanda terima kasih sebab Pak Wahab telah menerimanya bekerja di gerai itu. Pak Wahab beekata "esok hang dah boleh mai qeja dah. Ni hang dah makan ka dak lagi." Akif hanya senyum sehingga menampakkan giginya kepada Pak Wahab. Pak Wahab menyuruh Akif duduk dimeja sementara Pak Wahab mengambil makanan kepada Akif.

BERSAMBUNG

Dia Pujaan HatikuWhere stories live. Discover now