Akif memulakan tugasnya di gerai Pak Wahab sebagai tukang cuci pinggan dengan ceria. Akif mudah menyesuaikan dirinya dengan pekerja-pekerja lain di gerai itu. Akif senang sekali bekerja di gerai itu. Pak Wahab juga turut senang dengan kehadiran Akif yang telah memudahkan urusannya di gerai itu.
Waktu kian berganjak dan kini tiba waktu puncak bagi mereka yang bekerja di gerai Pak Wahab. Ramai pengunjung yang datang untuk menjamu selera. Gerai Pak Wahab ini tidak begitu jauh dengan sekolah dan kawasan kilang. Justeru itu tidak hairanlah ada dalam kalangan pekerja kilang, pelajar sekolah bahkan guru-guru juga turut singgah di gerai Pak Wahab.
Akif juga tidak kurang sibuknya dengan tugas mencuci pinggan. Dia sering kali keluar masok mengambil pinggan-pinggan yang telah digunakan oleh para pelanggan untuk di cuci. Baginya kerja ini lebih mudah daripada kerjanya sebelum ini. Walaupun agak penat pada permulaannya tapi dia tetap berusaha sebaik mungkin.
Pak Wahab kagum dengan semangat Akif. Biarpun Akif tidak punya keluarga tetapi semangat dan keazaman Akif untuk meneruskan kehidupan itulah yang membuatkan Pak Wahab bangga dengannya.
_____
Hampir sebulan Akif bekerja di gerai Pak Wahab. Akif bersyukur kerana Pak Wahab masih memberinya peluang untuk terus bekerja. Dalam masa sebulan ini jugalah Akif sering kali terlihat kelibat pemuda yang berjaya menarik perhatiannya.
Pemuda itu acap kali kelihatan di gerai itu, kecuali hujung minggu.
Gayanya yang simple dan bersopan-santun amat menyenangkan hati semua. Pemuda itu sering makan bersama pelajar-pelajar sekolah Ria Kesuma yang sering datang ke gerai itu.____
Haziq sering kali singgah ke gerai Pak Wahab untuk makan tengah hari setiap hari. Baginya gerai ini menepati seleranya. Haziq berkata sendiri "Aku kan bujang, dok sorang pulak, kalau aku masak tak habih. Baik aku makan kat kedai Pak Wahab jalah".
Haziq sering terlihat kelibat seorang remaja yang pada pengamatannya berusia sekitar belasan tahun. Haziq ingin menegur remaja itu tetapi dek kesibukan kerja remaja itu Haziq membatalkan niatnya itu. Bagi Haziq remaja itu membuatkan dia tertarik untuk mengenali remaja itu. Bagi Haziq remaja itu punyai auranya tersendiri (bukan aura ke 18 atau 19 ya).
______
Satu petang ketika hujan lebat.......
BERSAMBUNG
MAAFLAH KALAU AUTHOR NI ADA SALAH KA SILAP KA....
AUTHOR BARU LAGI DALAM PENULISAN NI...
HARAP PARA PEMBACA DAPAT BERIKAN SOKONGAN KEPADA AUTHOR....THAKS SEMUA....
SAYANG KORANG... HEHEHE
YOU ARE READING
Dia Pujaan Hatiku
RandomMengisahkan tentang seorang anak lorong yang bernama Fawaaz Akif. Akif yang diambil oleh seorang pemuda bernama Amsyar Haziq untuk tinggal bersamanya. Akif mula menyimpan perasaan terhadap abang Haziq. Mampukah Akif menawan hati Haziq... nantikan...