BAB 3

216 18 6
                                    

Hari terakhir sebelum bermulanya cuti persekolahan bagi penggal pertama memperlihatkan gelagat pelajar sekolah Ria Kesuma yang teruja untuk bercuti. Ada antara mereka yang sudah merancang pelbagai aktiviti bagi dilakukan semasa cuti nanti. Hakikatnya ada di kalangan mereka yang terpaksa menghadiri kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah. Haziq juga tidak kurang sibuknya kerana dia juga terlibat dalam kelas tambahan tersebut. Haziq sebenarnya lebih gemar menghabiskan masa cutinya dengan mengadakan kelas tambahan kepada pelajarnya. Maklum sahaja kerana dia ditugaskan mengajar kelas-kelas yang tercorot, oleh sebab itulah dia sanggup mengadakan kelas tambahan kepada pelajarnya. Haziq ingin melihat kejayaan dalam diri anak didiknya itu.

Loceng waktu terakhir berbunyi menandakan sesi persekolahan untuk hari ini telah tamat. Berpusu-pusu pelajar keluar meninggalkan kawasan sekolah. Gelagat mereka semua menarik perhatian Haziq. Haziq sekadar tersenyum sahaja melihat keadaan ini. Situasi sebegini bukanlah kali pertama bagi Haziq kerana dia telah bergelar guru selama dua tahun.

Keadaan tengah hari itu agak mendung. Pada bila-bila masa sahaja hujan akan turun membasahi bumi. Bagi Haziq hujan yang turun itu adalah satu nikmat kurniaanNya kepada semua. Haaziq bercadang untuk tunggu sebentar di sekolah bagi menyiapkan beberapa tugasan sebelum dia pulang ke rumah.

_____

Keadaan di gerai Pak Wahab agak suram. Cuaca di langit tidak mengizinkan para pelanggan setianya untuk singgah menjamu selera. Akif juga seakan kecewa kerana tidak dapat menatap wajah tampan pujaan hatinya hari ini. Akif berkata sendiri "Nak hujan dah ni. Mesti dia balik teruih. Melepaslah aku haqi ni."

Hujan mula turun dengan lebat. Oleh kerana hujan yang lebat Pak Wahab bercadang untuk menutup gerainya lebih awal. Pak Wahab bimbang akan keadaan hujan yang semakin lebat ini akan mengakibatkan angin kencang serta ribut yang boleh melanda. Pak Wahab berkata kepada Akif "Kiff haqini kita tutup awai jalah kedai ni. Pakcik tengok hujan makin lebat. Risau jugak pakcik." Lantas Akif menjawab dengan berkata "Yalah pakcik Kiff tengok hujan pon koi lebat. Kalau kita tak tutup gerai ni satg takut angin ribut mai angkat kita sekali naya ja."

_____

Akif hanya mampu duduk di gerai Pak Wahab sementara menunggu hujan reda. Akif berkata sendiri "Baik aku jalan pelan-pelan. Dah la lorong yang aku dok tu jauh dari gerai ni." Akif melangkah penuh cermat. Baginya berjalan dalam keadaan hujan sebegini agak mencabar. Sebenarnya Akif telah memakai baju yang diperbuat daripada plastik sampah besar yang terdapat di gerai tadi. Akif sendiri yang meminta plastik itu daripada Pak Wahab.

Perjalanan Akif pada mulanya lancar sahaja. Akif yang mengenakan baju hujan yang diperbuat daripada plastik sampah melangkah dengan bacaan Basmalah. Langkah di atur penuh cermat agar Akif selamat sampai ke lorong tempat asalnya.

Akif yang sedang berjalan itu dikejutkan dengan bunyi sebuah kereta yang datang dari belakang lalu melanggarnya. Akif jatuh dan tidak sedarkan diri.

____

Haziq yang baru hendak memulakan perjalanan untuk pulang ke rumahnya setelah menyelesaikan segala tugasan di sekolah mendapati hujan masih turun dengan lebat. Haziq membuat keputusan untuk balik juga kerana hari sudah lewat petang.

Haziq yang sedang memandu kereta Proton Pesona merah miliknya untuk pulang ke rumah. Hujan lebat mengakibatkan pengelihatan Haziq agak terbatas. Tanpa Haziq sedar dia telah melanggar seorang remaja sedang berjalan di bahu jalan. Haziq segera keluar daripada keretanya dan mendapati remaja itu telah rebah menyembah bumi.

Haziq yang berasa takut terus membawa remaja itu ke hospital yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan. Setibanya Haziq di unit kecemasan dia terus membawa remaja itu untuk diperiksa. Remaja itu tidak menggerakkan badannya sedari tadi. Haziq hanya mampu berkata "Selamatkanlah budak itu Ya Allah." Haziq hanya menunggu di bahagian luar unit kecemasan.

Setelah hampir satu jam menunggu seorang doktor keluar dan memanggil Haziq lantas berkata " Encik ni abang dia kaa? Kalau encik ni abang dia kami dia selamat dan tiada apa-apa kecederaan yang sirius pada dia. Jadi dia tak perlu di tahan di wad." Haziq berasa lega dengan kenyataan yang telah diberikan oleh doktor tersebut. Lantas Haziq mengucapkan ucapan terima kasih kepada doktor tersebut.

____

Akif kini telah sedar. Lantas dia berkata pada dirinya "Aku dekat mana ni. Awat macam dekat hospital saja ni. Macam mana aku bulih ada dekat sini pulak?" Akif hanya mampu menyoal dirinya sendiri.

Kelibat Haziq mula kelihatan pada pandangan Akif. Berkerut dahi budak itu memikirkan sebabnya. Akif tersenyum melihat pujaan hatinya berada di hadapannya saat ini. Lidahnya kelu tidak mampu untuk berbicara.

____

Saya minta maaf sebab dah langgar adik tadi.............

BERSAMBUNG.....

APA YANG AKAN JADI SETERUSNYA KEPADA AKIF DAN HAZIQ.

NANTIKAN SAMBUNGANNYA...

JANGAN LUPA VOTE & KOMEN TAU....
KALAU ADA APA-APA IDEA BAGI TAHULAH AUTHOR YA...

Dia Pujaan HatikuWhere stories live. Discover now