Bab 1

402 27 0
                                    

"kau biar betul Mia!? Tak nak lah aku..Macam mana kalau dia tahu tentang plan ni!? Mati aku dikerjakannya nanti??Lagipun dalam banyak-banyak plan yang kau ambil, kenapa mesti ini??" Kataku dengan nada separuh marah dan separuh terkejut dengan plan yang diberikan oleh adikku satu-satunya ni.

'Gila dah kali dengan adikku ni,? adakah patut dia bagi plan dia yang mengarut ni? tak nak lah aku ingin ikut plan dia ni' kata hatiku.

"Alah Lia, takkan lah kau tak nak tolong adik kau yang satu-satunya ni.? Dia mungkin tak perasan punyalah tentang plan ni...Cuba kau ingat,? banyak orang yang tersalah teka tentang kita, takkan dia boleh teka punyalah." Katanya dengan penuh yakin.

"Masalahnya itu hanya mungkin bukannya 100% pasti" kataku lagi.

"Alah Lia, bolehlah?? Jarang-jarang juga aku nak minta tolong kat kau ni.." dia berkata dengan nadanya yang manja tu.

"Eleh,! Jarang konon minta...padahal, setiap hari pun minta tolong.." "hehe" dia tergelak kecil.

"Lagipun, kau jumpa dia pun sehari jak, bukannya setahun. Tolonglah Lia? aku malaslah nak jumpa dengan dia tu.." Katanya lagi..

Aku berfikir seketika... 'Ish~ dia ni kan!!!... Tapi, kalau aku tak tunaikan permintaannya ni mesti dia takkan duduk diam selagi aku tak tolong dia... hrmm~~ nak buat macam mana lagi kan? ini jak pilihan yang ada..'

"OK lah, Aku akan tolong kau...Tapi kalau minta tolong yang macam ni lagi aku takkan tolong.." aku menjawab dengan jawapan yang terpaksa.

"o...k..." jawabnya.

'Dan harap-harap lah dia tak perasan' kata hatiku.

Selepas itu Mia memberitahu dimana dan bila sahaja aku akan bertemu dengannya. Siapa atau apa benda tu aku tak tahu. Dia sendiri pun tak tahu siapa yang bakal dia jumpa.

It's All About PlanWhere stories live. Discover now