Bab 4

221 23 0
                                    

Dengan nafasku yang hampir habis, akhirnya sampai juga aku ke rumah.

Aku apa lagi, aku terus menerjah bilikku dan terus baring ke atas katilku.

'Aaah~ selama ni dia suka dekat Mia rupanya... Padanlah... Tapi, banyak-banyak orang kenapa mesti dia? Aku tahu lah yang Mia tu terkenal dekat sekolah tapi takkan dia pun kena suka kat Mia?' bisik hatiku. Perasan tak perasan aku tiba-tiba sedih bila fikir mengenainya.

Lamunanku terhenti apabila pintu bilikku dibuka oleh seseorang.

"So? apa cerita?" Soalnya. Aku memerhatikannya lama-lama. 'Ish~ muka dia dan aku sama jak lah... kenapa dia lebih banyak peminat berbanding dengan aku?' geram aku dibuatnya.

Tapi apapun aku ceritakan sahaja kepadanya dariA hingga Z dengan relaxnya seperti ianya tidak pernah berlaku kepadaku.

"Aku langsung tak tahu nak jawab apa... tulah aku lari sahaja dari situ.." kataku menamatkan ceritaku.

"Kenapa kau lari?" Soalnya. "Kau gila kah apa?? kenapa pula aku yang nak jawab?? lagipun dia nak confess kat kau bukannya aku.." Jawabku.

"Oh.." Katanya dan terus berlalu pergi dari bilikku. 'Eh?! budak ni kan... adakah patut dia keluar begitu jak...'

Malas aku memikir semua itu, dengan mudahnya aku terus masuk tidur... lagi bagus.. hilang segalanya...

*keesokan harinya*

Aku bangun dari tidurku terus mencapai tuala mandiku dan masuk ke bilik air.

Dan entah darimana mindaku memikirkan hal tersebut. 'Kenapa pula aku ingat pasal tu?? Haish~ sudah-sudah lah tu Lia... Bagus kau lupakan benda tu jak, lagipun kau tahu siapa sudahlan siapa yang dia suka?? buat apa lagi kau suka sama dia tu?' bicara hatiku.

Keluar sahaja aku dari bilik air, telefon bimbitku berbunyi. Aku mencapainya dan terdapat mesej didalamnya.

Nanti jam 2pm datang ke tempat biasa kita - Mia◀

'Apa lagi yang dia mahu ni??' Soal hatiku. Tapi apapun aku terus mencari pakaian yang sesuai untuk aku pakai.

dan akhirnya aku sudah berada di tempat yang sepatutnya. Betapa terkejutnya aku melihat apa yang berada dihadapanku.

It's All About PlanWhere stories live. Discover now