12 •• Ayah

23.2K 887 119
                                    

"Dira, kau keluar makan dengan boss ke tadi?" Jannah staff yang satu department denganku mula mengorek cerita apabila aku duduk bertenggek di meja kak Dila.

"Kenapa? Frust ke?" Aku sengaja mengusikknya.

"Gila tak frust. Dah lama tau aku ushar dia, tup tup kau yang masuk baru sebulan dan potong line aku."

"Eh, eh.. Aku keluar makan je tau. Tak ada special apa ya. Jangan nak buat gosip murahan."

"Kau yang kata macam tu. Tapi kita orang semua tahu yang Encik Hud tu selalu curi pandang kau lain macam. Kan Kak Dila?" Kali ini Sarah pula yang bersuara.

"Pandai la korang. Dah aku nak sambung buat kerja. Nanti tak habis kerja aku." Aku terus melangkah masuk ke bilik.

Duduk mengadap komputer riba, terdengar bunyi telefon bergetar. Lalu aku menarik tas tangan dan mengambil telefon milikku.

"Hello..?"

"Hello.. Dira.. Kenapa abang call dari tadi Dira tak jawab pun. Dira kat mana?"

"Saya kat ofis. Tak sedar telefon silent tadi. Ada apa awak call?"

"Aik? Sejak bila abang tak boleh call?"

"Bukan tak boleh call, tapi mesti ada sebab kan awak call."

"Dira datang ambil abang kat resort boleh?"

"Kenapa? Kereta awak mana?"

"Kawan pinjam. Dira datang terus ya after office hour."

"Okey." Terus aku matikan talian.

Usai waktu bekerja, aku siap-siap menghantar laporan yang dikehendaki oleh Hud dan terus bergegas pulang.

Tiba di hadapan lobi resort, Raez sudah berdiri tercegat sambil tangan ligat menekan sesuatu pada telefon miliknya.

Dia melangkah ke arah pemandu dan terus membukakan pintu keretaku.

"Abang drive." Hanya itu sahaja yang dia ucap padaku dan aku melangkah turun menuju ke bahagian penumpang hadapan. Raez kelihatan sangat rushing. Entah apa yang menganggu fikirannya aku tak tahu.

"Dira okey?"

"Tanya saya kenapa? Awak tu yang tak okey. Kalut semacam jer."

"Kita balik Ipoh, ya."

"Kenapa?" Suara aku sudah bertukar panik. Mungkin aku seakan mengesan lantun bicaranya yang sedikit aneh.

"Ayah tak sihat."

"Hah? Kenapa? Ibu tak beritahu saya pun. Ayah kenapa?" Serta merta aku gagal mengawal emosi. Dadaku berdebar laju. Nafasku menjadi terburu-buru. Badan terus menggigil.

"Heyy.. Nothing serious.. Look at me. Ayah tak ada apa. Just suspect denggi. Kita balik tengok ayah, ya." Raez masih memujukku. Aku pegun mengadap ke depan dengan air mata berlumba-lumba ingin mengalir di pipiku.

Raez terus menarik aku ke dalam pelukannya. Tangannya menggosok belakangku dengan perlahan.

"Janganlah nangis macam ni.. Ayah okay. Abang Danny ada kat sana."

"Kenapa ibu tak call saya?" Aku teresak-esak di dalam pelukannya.

"Ibu takut Dira panik. Dira kan ada panic attack. Macam sekarang ni. Dah.. Dira rest dulu. Nanti sampai abang kejut." Raez menggosok kepalaku dengan lembut.

RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now