14 •• Pecah

26.8K 985 136
                                    

"Dira!!"

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu bilik mandi dari luar buat aku kembali ke dunia nyata.

Ya. Dari tadi aku berkurung dalam bilik mandi selepas aku bertekak sakan dengan Raez. Lama aku merenung kembali kata-kataku padanya sebentar tadi. Memang kasar, tapi aku tak rasa nak tarik semula kata-kataku.

"Dira.. Buat apa lama sangat kat dalam tu? Jangan kunci pintu, nanti apa-apa susah abang nak masuk."

Aku tak endahkan panggilannya. Sejak tadi apa yang aku buat adalah menangis. Nafas ku tarik panjang sebelum aku melangkah ke bawah shower. Pancuran air aku buka dan aku mula bersihkan diri. Lama aku mencuci seluruh tubuhku sambil cuba menenangkan gelodak di hati yang menggelegak.

Selesai membersihkan diri, pintu bilik mandi aku buka dan Raez masih berdiri tegak di hadapan bilik mandi.

"Diraaa.. abang-"

"Saya minta.. jangan cakap apa-apa lagi untuk malam ni. Saya nak rehat. Esok nak kerja." Terus aku melangkah ke closet dan mengenakan baju tidur berkain satin.

Merebahkan tubuh ke katil, aku terus mematikan suis lampu meja di sisiku. Akhirnya aku terlena dalam keadaan mengiring membelakanginya.

'Dosa Dira! Tidur membelakangi suami.'

Bangun pagi itu, aku tak kejutkan Raez. Aku bersiap sepantas mungkin kerana aku mahu sampai ke pejabat cepat. Aku tak mahu berbicara apa pun dengan Raez ketika ini. Aku perlukan tempoh untuk bertenang.

Sampai ke pejabat, aku terus menyiapkan dokumen serah tugas yang perlu diserahkan pada Hud untuk dia semak.

"Dira, kita kena pergi site. Test tanah yang you buat hari tu tak sama la dengan struktur kawasan. Risau pemaju cancel nanti."

"Oh.. ye ke? Sorry. Mungkin I letak sulfat lebih kut."

"Never mind. Jom pergi sekarang. Dah sarapan ke belum ni?"

"Dah.. I dah sarapan kat rumah tadi."

"Kejap, I letak fail dulu. Pergi naik kereta I la." Hud terus berlalu meninggalkan aku yang sedang mengemaskan barang-barang dan fail yang bersepah.

"Dira.. Nak keluar dengan boss ke?" Jannah mula kepoh.

"Ye cik Jannah.. Nak ikut ke?"

"Eh, tak nak lah. By the way, both of you nampak sweet together. Kita orang suka tau. Siap doakan lagi untuk you alls."

"Hahaha. Ada-ada jer korang ni. Encik Hud dah berpunya lah.!" Aku berseloroh sambil menutup komputer riba ku.

"Jom!" Hud keluar menjengah dengan muka terpinga-pinga. Pelik melihat kami berdua sedang bergelak ketawa.

"Jom.. Jom." Aku cepat-cepat berlalu sebelum Jannah mula mendoakan yang bukan-bukan lagi.

***

Aku berkerut kening menahan terik matahari sewaktu Hud dan team kami sedang meninjau kawasan cerun landai yang akan dijadikan tapak projek pembinaan hotel.

Aku memang dari dulu tak boleh berlama-lama kalau berada di bawah terik matahari yang membahang. Bukanlah puteri lilin, tapi mataku cepat berpinar. Sama seperti sekarang, mata jadi balam-balam dan peluh mula meleleh di dahi. Sebab itu sejak sekolah aku jarang menyertai unit beruniform yang memerlukan pesertanya berkawad di tengah-tengah panas. Ayah juga akan melarang aku sertai aktiviti sebegitu. Sebab itu aku jadi manja sebegini.

"Kenapa? Pening ke?" Hud bertanya kepadaku. Entah bila dia menoleh aku pun tak tahu.

"Sorry. Tadi okey, matahari dah tinggi kut. Panas sangat."

RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now