13 •• Diari

25.1K 997 197
                                    

"Boleh saya tanya sesuatu?" Aku bertanya pada Raez sewaktu kami tiba di rumah ibu dan bapa mentuaku.

Ayahku telah dibenarkan pulang ke rumah setelah demamnya berkurang tetapi perlu menghabiskan ubat yang telah dibekalkan oleh doktor. Walaupun masih lemah, tetapi ayah sudah boleh bergurau senda denganku dan juga Raez. Barulah lapang dadaku dan aku boleh fokus untuk hal yang lain pula.

"Tanya la.. Nak tanya apa.." Raez melipatkan sebelah kakinya naik ke atas tilam dan duduk rapat dan mengadap aku.

"Awak tahu ke tempat study saya dulu?"

"Ermmm.. tak!" Dia menggeselkan jambang nipisnya pada bahuku.

"Betul-betul lah!" Aku menolak perutnya dengan siku aku.

"Betul la ni..." Dia ketawa kecil di tepi telingaku.

"Mama cakap dulu awak selalu pergi Canada. Jumpa siapa?"

"Jumpa sayang."

"Hah? Sayang mana?" Aku melarikan sedikit mukaku untuk melihat mukanya yang masih mencium bahuku.

"Sayang abang."

"Siapa..." Nadaku mula bergetar. Mataku berkilat memandang ke arahnya.

"Ni.. isteri yang sembunyikan diri dari suaminya." Kali ini Raez mengeratkan rangkulannya di pinggangku pula.

"Benda ni tak lawak, okey!" Aku menolak tubuhnya keras. Rasa seperti dipermainkan. Raez pula hanya ketawa-ketawa di cuping telingaku. Badan aku tetap dirangkulnya.

Melihat aku yang mengeraskan badan, Raez berhenti ketawa. Muka aku larikan ke sisi kiri.

"Abang pergi tengok Dira."

"Tapi saya tak pernah jumpa awak pun?"

"Iya.. Dira tak tahu abang ke sana. Abang curi-curi lihat Dira dari jauh."

"Kenapa pulak awak kena buat macam tu?"

"Entah.. Nak pergi dekat abang tak berani. Jadi abang tengok dari jauh saja lah."

"Tipu! Tak percaya lah." Aku terus bangun dari katil. Tapi, langkahku terhalang apabila dihalang oleh Raez.

"Nak ke mana?"

"Nak pergi kemas baju awak lah. Tadi kan awak mintak tolong saya untuk kemaskan baju awak. Esok dah nak pergi Johor."

Lambat-lambat Raez lepaskan pegangan tanganku dan aku terus berlalu ke closet. Baju-baju Raez aku lipat dengan rapi dan masukkan ke luggage. Segala kelengkapan toileteries juga aku sediakan.

"Dah siap ke?" Raez tiba-tiba muncul dengan hanya memakai seluar boxer. Tak senonoh betul.

Sengaja menduga debar hatiku yang sedang menggila ini. Sengaja aku larikan pandangan dari terus menatap makhluk tuhan yang sedang menyeksi di bingkai pintu closet.

"Cari klip tie awak. Mana awak letak?" Aku terbongkok menyelongkar laci yang ada di closet itu.

"Ada sekali dalam laci tie tu la." Dia menjawab datar tanpa ada rasa mahu menolongku untuk mencari. Aku menunduk lagi melihat ada separator di dalam laci tersebut.

Tiba-tiba mataku menuntas pada sebuah buku yang sangat aku kenali. Perlahan jari jemariku menarik keluar buku tersebut. Aku toleh pandang ke arah Raez yang kelihatan terkejut.

"Macam mana diari ni boleh ada kat sini?" Nada suaraku sudah bergetar. Tubuhku juga menggigil. Rasa cuak bercampur malu dan kecewa memenuhi ruang dada.

Raez mendekatiku dan diari itu cuba diambil dari tanganku. Tapi aku larikan diari itu dari tangannya. Riak mukanya seperti serba salah. Ya! Sudah lama aku mencari keberadaan diari tersebut. Puas aku selongkar segenap ceruk bilik di rumah ibu. Berselirat otakku memanggil kembali memori empat tahun lepas untuk mengingati semula di mana aku letakkan diari tersebut. Rupanya berada di tangan yang tak sepatutnya.

RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now