Hari Sukan

162 25 52
                                    

"Guys oo guys! Korang tau tak hari sukan nak dekat?!" jerit Seungkwan dari depan kelas. Al maklumla semua benda dia tau, semua benda dia korek. Dia memandang semua kawannya yang sibuk membuat kerja sendiri.

"TAK.........TAU!!" balas rakan sekelasnya dengan malas. Hari Sukan je pun kan? Seungkwan hanya cemberut.

"TAU KE IDOK NI?" tanya Seungkwan lagi sekali apabila tidak mendapat perhatian dan reaksi daripada kawannya. 

"Ish tak! Apahal dengan hari sukan" marah Jin lalu pergi kearah Seungkwan untuk membebel lagi. Lalu Seungkwan mendapat idea bernas.

"Bukan apa, aku dengar la kan. Untuk siapa yang masuk acara sukan dan menang acara tu, dia akan dapat surprise besar. Ha kau, siapa taknak kan" kata Seungkwan dengan yakin. Dengan itu, semua mula memberi perhatian kepada Seungkwan untuk mendengar lagi. Yoongi dan Woozi yang tidur pun bangun sekali.

"So?" balas Wonho yang macam tak ambil kisah sangat.

"La hengkorang ni, marilah kita masuk! Sesiapa yang rasa diri berbakat tu masukla, mana tau rezeki menang. Yang rasa diri tidak berbakat, silala undur diri anda sampai ke belakang kelas" kata Shownu yang tiba² menyokong Seungkwan. Dia pun membangkitkan semangat rakan sekelasnya itu yang macam biskut lemau di pagi hari.

"Yah Jun, kau nak masuk ke? Share la sikit nak masuk apa" soal Daniel dengan tangannya mendekati ke Jun menjadikan mikrofon ala ala interview. Jun pula sibuk membuat kerja Mt yang malas hendak dibuat katanya. Atau lebih tepat meniru buku orang.

"Taknak aku, kalau ada acara siapa paling hensem, baru aku masuk" jawab Jun confident tanpa memandang Daniel yang juga memberi pandangan nak muntah. Dia hanya fokus nak tiru jawapan Mt tu je.

"Eyy, perasan betul orang bernama Jun ni" Daniel pun pergi dari situ dan berjalan kearah orang lain untuk ditanya.

"Jangan pergi arah aku, Niel. Aku sepak nanti kalau kau dekat" ugut Jeonghan yang dapat rasa Daniel pergi kearahnya. Daniel yang mendengar pout lalu mengambil U-turn.

"Anak Boo! Sini jap!" panggil Taehyung. Seungkwan hanya pergi ke arah pemanggil.

"What"

"Betul ke ada hadiah?"

"Kalau aku cakap aku tipu je?"

"Betul ke tipu ni?"

"Hmm nak cakap betul macam tak, nak cakap tak macam betul"

"Jangan cakap macam khinzir boleh tak?"

"Tanya la cikgu sendiri, k la bye"

"................khinzir lu"

"Wei Jinyoung, Oi! kau nanti nak masuk apa?" tanya Daniel selepas menjumpai targetnya.

"Swimming"

"Swimming? Swimming?" soal Daniel berulang kali bagi memastikannya.

"Ye, berenang. Taktau ke berenang tu apa. Kesian betul kau ni" balas Jinyoung lalu menggeleng kepala kecilnya. Daniel hanya palmface.

"Takdela, takut kau lemas nanti sebab badan kau yang terlalu kurus tu hekhek" kutuk Daniel sambil tergelak besar.

"Kuaja, berambus lo!" Jinyoung yang geram menolak Daniel menjauhi dia.

"Aku rasa Yoongi dengan Woozi akan masuk acara siapa yang paling lama tido HAHAHA" kata seorang lelaki kepada rakannya. Dia tau yang mereka berdua tidur tak sedarkan diri.

"HAHAHAHA!"

"Aku dengar lahanat. Walaupun mata aku tertutup rapat, aku tak pekak lagi tau. And kau bakal masuk acara siapa paling pendek dekat sekolah ni" balas Yoongi lalu mengangkat kepalanya yang dialas oleh begnya. Jimin hanya memberi pandangan tajam.

[OG] ELITE HIGHSCHOOL LIFE Where stories live. Discover now