Alamak Exam!

217 26 13
                                    

"Ok pelajar² hanat sekalian, jangan lupa ESOK EXAM! Study buku mt tu, kalau boleh kunyah dan telan supaya ingat formula ok? Buat terbaik untuk subjek MT tau! Tak dapat A cikgu sebat bontot sorang². Hmm patutnya cikgu ingatkan awal². Tapi cikgu Baek ni kan baik, so ingatkan last² minute" kata cikgu Baek panjang lebar sambil berjalan keluar kelas.

"Baik cikguuuuuu Baek!"

"Cikgu Baek panggil kita hanat? Omg" cakap Hoshi sambil berdiri di depan. Dia tidak menyangka yang cikgu panggil diri mereka hanat.

"Kau je. Kitorang tak" jawab Woojin lalu menyambung prank kepada kawannya. Jawapan itu memberi Hoshi speechless. Yang lain bertepuk tangan kerana kesavage an Woojin.

"Weh bapak ah! Murung ah kejap" Hoshi pergi ke sebelah meja Woozi lalu menolak I.M ketepi sebab dia nak mengadu dekat Woozi yang sedang tidur.

"Aku pelik la kenapa esok start exam Mt dulu? Erghh stressss gue" Seongwoo mengusutkan kepalanya.

"Ye do! Aku tak belajar ape² lagi ni" sokong Jimin lalu terus membuka buku mt dan merenungnya.

"Halah kan cikgu Baek kata telan buku tu. Ha senang. Atau pun kau ikut cara aku. Kau masuk buku mt kau dalam rebusan air. Pastu minum! Ha gitu. Baru ilmu masuk" cakap Daniel lalu mencadangkan cara yang dibuatnya setiap kali exam.

"Eww kau buat ke?" soal Jin untuk kepastian. Mane tau dia boleh buat jugak.

"Tak" jawab Daniel sepatah. Selepas itu, Jin terus memberi Daniel penampar nikmat.

Keesokan harinya~

"Weh tak sabar nak exam! Takde homework yeay!" suka Scoups lalu merangkul bahu Jeonghan dan Joshua semasa hendak ke kelas.

"Hish nanti exam jangan meminta jawapan ye. Aku palau je nanti" kata Joshua.

"Alaaaa Josh kalau aku taktau camne? Soalan susah camne? Sebab tu la orang macam kau ade, untuk bagi jawapan dekat aku" kata Scoups dan mendapat hadiah dari Jeonghan iaitu satu penampar terbaik.

"Wei Jooheon, kau selak buku laju² ni, masuk otak ke?" tanya Sungwoon yang pelik dengan situasi Jooheon. Jooheon yang asyik selak buku mt tanpa henti tu menjawab.

"Wei sumpah wei aku tertido semalam! Aku tak sempat nak ulangkaji mt huwaaaaaa macam mana ni! Nanti dapat markah kosong camne" kabut Jooheon.

"Meh aku tolong ajar sikit². Tapi bila exam nanti kalau kau punya markah lagi tinggi dari aku, aku bunuh kau esoknya" Sungwoon memberi tawaran sekaligus amaran kalau markah mt Jooheon lagi tinggi darinya. Yelaa orang dah ajar, lepastu dia pulak lagi tinggi dari kita. Eh peningla.

"Eh kau tak guna cara aku tu ke? Laaaa kalau tak boleh masuk ilmu" Daniel menyampuk lalu mempromosikan caranya.

"KAU BUAT KE HAH?!" jerit Sungwoon dan Jooheon serentak sambil memandang Daniel tajam.

"Tak. K sorry ganggu hehehe" Daniel terus memecut lari sebab takut. K dia nak kacau orang lain pulak.

Tiba² pintu kelas dibuka kuat! Semua orang terkejut sampai Dino tercampak pennya keluar tingkap. Laa rupa rupanya cikgu Baek je.

"ANNYEONG! K GUYS GUYS GUYS DENGAR NI DAHLA CIKGU DATANG LAST MINUTE. PENGETUA EUNWOO TU LA BAGI KERTAS MACAM SIPUT. DAH NAK START DAH NI. SEMUA BOLEH BERGERAK TEMPAT MASING² SATU MEJA SORANG OK BUKAN SATU MEJA DUA KERUSI, WOOJIN! OK SEMUA BOLEH BERKEMAS SEKARANG, CIKGU BAEK NAK EDARKAN KERTAS MATEMATIK. YEAY!" kata cikgu Baek laju sambil mengaturkan pernafasannya. Punya la dia lari laju nak sampai kelas ni yang macam 5km jauhnya.

Semua murid bergerak untuk menyimpan buku masing². Ada yang berjalan sambil merenung buku, ada yang jalan terlalu lambat sebab nak baca lagi dan ade yang laju je nak jawab exam sebab habis exam dia nak tidur.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 05, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] ELITE HIGHSCHOOL LIFE Where stories live. Discover now