Chapter 7

95 12 2
                                    

Thank you for reading!! Do vote and comment if u dont mind!❤️

Lisa Pov

Dah beberapa hari aku kat Istana ni. Langsung tak dibenarkan keluar. Yang mereka benarkan aku buat hanyalah belajar. Belajar tentang perananku sebagai puteri kat istana ni. Aku masih tak biasa lagi dengan cara istana ni di mana aku perlu bertindak sopan sepanjang masa. Tak selesa langsung tapi apakan daya, aku perlu paksa diri untuk terima keadaan aku sekarang ni.

"Princess Lisa. Ini pakaian princess untuk majlis pertunangan tu nanti." Kata Ms.Kim sambil membawa masuk sepasang dress cantik. Ianya cantik tapi nampak tak selesa untuk dipakai. Tak boleh salahkan aku sebab sepanjang hidup aku, aku tak pernah pakai dress sepanjang dan semewah ni.

"Baiklah Tuan Puteri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Baiklah Tuan Puteri. Hari pun dah nak malam. Berehatlah." Kata Ms.Kim.

"Okay. Oh Ms.Kim, kalau boleh jangan ganggu atau masuk bilik saya malam ni ya? Saya nak berehat dengan selesa. Ini arahan." Kataku. Ms.Kim tersenyum sambil mengangguk. Dia lalu keluar dari bilik. Suka lah tu bila aku dah mula bercakap formal. Apa-apa jelah, yang penting aku nak meneroka kawasan luar malam ni.

Tch, mereka kata aku dilarang sama sekali untuk keluar dari istana sebab takut aku cuba untuk bunuh diri lagi. Dan takut aku larikan diri. Aku dah cuba sedaya upaya untuk cari bukti kenapa aku nak bunuh diri tapi setakat ni aku tak jumpa lagi. Dah puas aku cari satu bilik tapi takde nota atau diari langsung.

Aku mengganti pakaianku dengan pakaian yang lebih selesa untuk bergerak. Salah satu cara untuk sembunyikan diri juga bila aku keluar nanti. Aku dapat pakaian dan kasut ni dari stor tadi. Setelah aku mengganti pakaianku, aku membawa beg dan pisau kecil yang aku ambil dari stor tu juga.

Aku membuka pintu almari dan masuk ke dalam pintu rahsia yang Jungkook kata menuju ke taman belakang. Haih kan lebih senang kerja aku nak cari maklumat kalau ada Jungkook. Pasti dia boleh beri aku tour sambil beri maklumat tentang semua benda yang aku nak tahu nanti.

Aku teruskan perjalananku sambil memegang lampu minyak. Dapat dari bawah katilku. Mungkin Lisa asal pun selalu guna jalan ni untuk curi curi keluar dari Istana. Aku menuruni tangga sehinggalah tiba di satu pintu. Aku membuka pintu tersebut dan keluar. Aku memandang sekeliling untuk pastikan takde guard. Setelah tu, aku menutup pintu. Patutlah takde siapa dapat jumpa pintu ni, ianya tertutup dengan tumbuh-tumbuhan. Nampak macam dinding biasa yang diliputi tumbuh-tumbuhan.

Aku ada jumpa map tadi di dalam sebuah peti di bawah katilku. Aku tertanya-tanya apa yang Lisa asal ni nak buat dengan semua benda yang dia simpan dalam peti. Ada lampu minyaklah, ada maplah, dan ada juga benda lain yang aku rasa tak diperlukan oleh seorang princess.

Aku berjalan dengan langkah besar sambil memegang lampu minyakku untuk menyuluh jalan. Menakutkan juga kawasan luar istana ni pada waktu malam. Bila aku tengok dari tingkap waktu pagi, nampak okay je. Walau bagaimanapun, aku perlu teruskan aktiviti menerokaku. Aku tak boleh sia-siakan peluang ni. Manalah tahu lambat laun nanti mereka akan terjumpa pintu rahsia tu.

"Hmm terangnya jauh kat hujung sana tu." Gumamku sendirian sambil mengecilkan mataku untuk fokus memandang ke kawasan terang tu. Aku melihat map dan tak silap aku, ada pekan tak jauh dari istana ni. Kalau nak ke pekan, perlu lalu pintu gerbang utama istana tapi manalah aku boleh buat macam tu. Nanti mereka pasti tangkap aku.

Eo? Ada satu laluan lagi yang tertulis di dalam map. Wah bagus betul Lisa asal ni! Semua benda baik dia dah tulis kat map. Even shortcut atau kawasan merbahaya dia dah tuliskan. Mudahlah kerja aku nak meneroka. Ianya tertulis bahawa laluan lain nak ke pekan ialah melalui hutan belakang taman.

Tak tertulis ianya merbahaya tapi....hutan kot tu! Pastilah ada haiwan buas kan? Aish! Aku mula mengeluarkan pisauku. Manalah tahu kalau ada benda nak serang aku kan? Sambil aku berjalan nak masuk ke dalam hutan, aku ternampak sebuah tasik. Ianya cantik. Tambah-tambah lagi bila ada pancaran bulan di permukaan tasik. Memang terbaik. Nak je aku gambar tapi takde phone.

Ini pasti tasik di mana Lisa asal cuba nak bunuh diri. Haih. Kat mana-mana pun pasti ada je orang cuba bunuh diri. Tak boleh komen banyak sebab aku takde di tempat mereka. Dahlah! Aku nak fokus masuk hutan ni.

"Siapa tuu?!!" Jerit seseorang. Shit!!! Guard ke tu?!! Aku ingat takde guard mengawal tadi! Aku tak pandang belakang dan teruskan masuk dalam hutan. Aku dengar tapak kaki dia tengah berlari untuk mengejarku. Andwae!! Aku takleh benarkan dia tangkap aku! Sia-sia usaha aku nanti!

"Berhenti!! Aku takkan apa-apakan kau!! Aku janjii!! Nanti makhluk tu terjaga!!" Jeritnya. Langkahku terhenti bila dia kata "MAKHLUK" . Ah....Aku memang tahu tempat ni pasti ada benda bahaya. Well dia janji takkan apa-apakan aku-

"Got you!!" Jeritnya sambil memelukku dari belakang. Pelukan nak bawa gusti. Ketat nak mampus!! Kami berdua lalu jatuh kat tanah dengan ganas. Aku rasa tanganku dah nak patah akibat hentakan badan kat tanah. Dia lalu memutarkan badanku untuk melihat wajahku. Dia mendekatkan lampu minyak diwajahku.

" Princess Lisa?!!" Jeritnya.

"Jungkook?!!" Jeritku pula. Lahhh dia ke yang kejar aku?? Haih buang tenaga aku je! Aku lalu menolaknya dan bangun. Dia turut bangun sama.

"Apa princess buat kat hutan ni?!! Princess nak pergi mana?! " Tanyanya.

"Aku nak ke pekan ni. Kebetulan betul terjumpa kau kat sini. Boleh lah bawa aku pergi sini ye tak?" Cadangku sambil menunjuk ke kawasan pekan kat map yang aku pegang dari tadi.

"Nak buat apa ke pekan princess? Baik princess balik ke istana je. Bahayalah kawasan luar ni! Lagipun, kalau ke pekan nanti ada orang kenal princess macam mana? Dahlah rakyat tak berapa suka dengan Tuanku Leo." Jelas Jungkook. Hm macam tu ya. So rakyat tak berapa suka raja kingdom ni dan seluruh saudara mara terdekatnya lah?

"Good to know. Tapi tak payah risau. Aku boleh uruskan diri aku. Lagipun aku kan dah menyamar sekarang ni. Pakaian aku macam rakyat biasa dan rakyat pun tak kenal wajah aku kan? Aku ada tanya Ms.Kim tentangku serba sedikit." Jelasku.

"Haih tak sangka aku tengah lihat sifat memberontak tuan puteri sekarang ni. " Katanya. Aku tersenyum kambing.

"Kau guna 'AKU' tadi. Mesti kau tak sedarkan ohoho." Kataku. Dia lalu menutup mulutnya dengan satu tangan.

"Kita bukan dalam istana pun dan aku tengah menyamar sekarang ni. So, aku rasa tak salah kau berkata casual dengan aku. Kalau terlalu sopan, nanti KANTOI pula. Jangan kata aku tak bagi warning yer." Aku memancingnya untuk berkata casual denganku.

"Betul ke ni tuan puteri? Baiklah. Saya akan guna aku tapi hanya sebab kita di luar istana." Katanya sambil memegang belakang lehernya. Mungkin dia rasa awkward bila pertama kali berkata casual kepadaku.

"Yelahh. Dah sekarang tunjukkan aku kat mana jalan nak ke pekan." Arahku.

"Apa tuan pu- kau nak buat kat pekan?" Tanyanya.

"Saja nak meneroka. Aku tak biasa terkurung dalam suatu tempat. Oh ya, kau buat apa tengah malam kat area tadi?" Tanyaku. Kami kini dah mula berjalan.

"Aku on the way nak balik. Aku tinggal kat pekan." Jelasnya.

"Yeke? Baguslah tu sekali jalan. Boleh lah kau balik lepas hantar aku ke pekan." Kataku.

"Ey ingat aku ni tak berhati perut ke? Don't worry, aku akan teman kau balik lepas kau dah selesai meneroka pekan tu." Jelas Jungkook sambil tersenyum.

"Tapi nanti dua kali jalan pula-"

"It's okay. Takkan aku nak biarkan kau jalan seorang di tengah hutan nanti kan? Aku pun gentleman juga." Katanya lagi sambil tersenyum bangga. Aku memandangnya sambil tergelak kecil.

xxxxxxxxxxx

Forbidden Love ( Blackpink X BTS )Where stories live. Discover now