Thank you for reading!! Jangan lupa vote and comment yer~
Rose Pov
"Rose kau okay?" Tanya Chanwoo. Aku mengangguk sambil tercunggap-cunggap. Aku terduduk di atas rumput di laman belakang rumah kerana terlalu penat.
"Berdiri." Kata Jimin sambil mengacuhkan pedang kayu di depan mukaku. Terkejut aku. Chanwoo memandang Jimin dengan wajah tak senang.
"Dahlah tu Jimin. Tak nampak ke Rose dah penat?" Kata Chanwoo.
"Tak nampak ke cara berlawan dia dah tak macam dulu? Even budak pun boleh kalahkan dia sekarang ni. Macam mana nak jaga tuan puteri nanti? Jangan nak manjakan dia sangat Chanwoo. Kalau tak dengan kau sekali aku belasah." Kata Jimin dengan nada dingin. Chanwoo dah nampak seperti nak meletup bila Jimin berkata dengannya sebegitu.
"I-It's okay Chanwoo! Aku boleh teruskan lagi." Kataku sambil berdiri dan tergelak kecil. Padahal aku dah nak pengsan sekarang ni. Penat nak mampus! Tak pernah lagi aku belajar lawan pedang sebelum ni. Dahlah Jimin seperti nak belasah aku betul-betul.
Aku berdiri di posisi seperti yang Jimin ajar dari tadi. Kami mula berlawan pedang. At least okay sikit daripada tadi. Jimin macam nak terkam aku je tadi semasa aku berlawan pedang dengannya pertama kali. Dia baru nak maju, aku dah terundur dan jatuh ke belakang. Memalukan betul! Lepas tu, nak swing pedang pun susah! Nasib baik aku dah okay sikit sekarang ni.
"Stop." Kata Jimin. Aku pun berhenti dan bersedia nak dimarah lagi. Dia ni tak habis-habis nak marah aku. Entah apa lagi yang dia tak puas hati sekarang ni.
"Sekarang belajar martial arts pula." Dia berkata sambil buang pedangnya ke tepi. Haih...Martial art lah pula. Aku tak tahulah macam mana cara nak bertaekwando semua ni!!
"Biar aku ajar dia martial arts." Cadang Chanwoo. Yaa setuju!
"Kenapa pula?" Balas Jimin.
"Kau pun nampak cara di berlawan. Dia dah lupa segalanya. Kalau kau yang ajar dia, silap-silap pengsan dia nanti. Dia takkan dapat pertahankan diri dari serangan kau. Dahlah kau main serang level macam nak bunuh musuh." Jelas Chanwoo. Betulll! Aku rasa Jimin memang nak bunuh aku dalam diam.
Jimin mengeluh dan mula pergi. Mungkin nak pergi rehat. Aku memandang Chanwoo sambil tersenyum.
"Thank you Chanwoo ah~ Kau dah selamatkan aku dari Jimin huhu. Penat betul aku berlatih dari tadi! Dah nak 5 jam mungkin." Jelasku. Chanwoo tergelak.
"Baru sejam Rose ah." Balasnya. Baru sejam?? Kenapa rasa lama betul tadi?
"It's okay. Kita rehat kejap. Lepas tu aku akan ajar basic dulu."
xxxxxxxxxxxxxx
"Hello, Jimin ada tak?" Tanya seseorang yang baru sahaja muncul depan pintu. Ianya seorang gadis. Dia membawa bakul yang dipenuhi buah buahan.
"Oh, kejap." Kata Chanwoo lalu pergi memanggil Jimin yang berada dalam biliknya. Tak lama kemudian, Jimin keluar dan bawa gadis tu entah ke mana. Girlfriend kot.
"Chanwoo, siapa tu?" Tanyaku sambil makan buah epal yang baru saja Chanwoo potongkan untukku.
"Itu kakak kepada Yerin. Dia memang selalu datang bagi buah-buahan kalau kita ada kat rumah." Jelasnya.
"Yerin?" Tanyaku.
"Dia pun kau dah lupa? Aigoo. Yerin kekasih Jimin. Yerin selalu datang rumah ni. Tuu Yerin." Jelas Chanwoo sambil menunjuk gambar di dinding. Oh, gadis yang ada dalam gambar bersama aku, Jimin dan Chanwoo tu ialah Yerin ? Ah maksud dia Yerin pun kira kawan akulah.
YOU ARE READING
Forbidden Love ( Blackpink X BTS )
FanfictionKisah ini tentang empat gadis yang termasuk ke dalam dunia lain setelah berlakunya benda tragis kepada mereka di pesta malam di pekan mereka. Di dalam misi mereka untuk balik ke dunia asal, mereka terjumpa kenalan baru yang mengubah persepsi mereka...