Chapter 11

150 16 5
                                    

Hyeee jangan lupa untuk vote dan comment yerr~ Thanks for reading!!!❤️


Lisa Pov

"Wahhh!" Aku berkata dengan excited. Pekan ni sangat cantik! Penuh dengan lampu-lampu dan ramai orang bergembira. Sangat berbeza dengan suasana kat istana. Aku nak menyanyi bersahaja kat istana pun rasa segan.

"Fun right? Nak pergi tengok orang berlawan pedang tak?" Pelawa Jungkook. Aku mengangguk. Aku nak tengok semua benda seronok kat sini! Aku mengikuti Jungkook dari belakang sambil melihat sekeliling. Aku menyapa sambil menunduk kepala kepada orang yang lalu lalang.

Kedengaran suara ramai orang bersorak. Mereka berkumpul dan di tengah ada orang kosong. Dua orang berlawan dengan khusyuknya. Mereka menggunakan pedang.

"Woah! Hebat!" Kataku sambil ikut bersorak. Aku takdelah hebat mana dalam pertahanan diri atau lawan pedang tapi aku pernah masuk kelab lawan pedang kat sekolah. Dan cuba kelab pertahanan diri kat sekolah. Aku bukan yang terbaik tapi aku minat so aku tak kisah sangat kalau orang lain rasa aku kurang berbakat dalam berlawan.

"Dan pemenangnya ialah The Mighty Dragon!!!" Jerit seseorang sambil masuk ke tengah. Mungkin dia host. Aku menepuk tangan kerana enjoy dengan perlawanan tadi. Tapi agak teruk juga dibelasah, lelaki yang lawan dengan The Mighty Dragon tu. Jejaka yang digelar The Mighty Dragon tu mempunyai tattoo seluruh badan dan rambut panjang yang disanggul tinggi. Badan besar dan wajah berjambang.

"Siapa lagi nak cuba berlawan dengan The Mighty Dragon??! Yang berjaya kalahkan dia, akan diberi seguni syiling emas!!!" Katanya. Ramai yang mula berbisik-bisik. Mungkin nak mencuba nasib.

"Jungkook berapa harga makanan kat sini? Aku laparlah." Tanyaku. Banyak gerai makanan yang nampak menarik.

"Taklah mahal untuk orang istana. Kau ada bawa syiling emas?" Tanyanya. Mereka kat sini guna syiling emas untuk aktiviti jual beli. Aku menggeleng kepala.

"Samalah." Kata Jungkook. Aku menepuk dahiku.

"Kau kuat tak?" Tanyaku.

"Entah. Bolehlah. Kenapa?"

"Gi ikut berlawan. Make sure menang tau!! Kalau kau menang kita dapat seguni syiling emas untuk beli makanan!!" Kataku sambil mengangkat tangannya.

"Eo?!! Adaa pencabarrrr!!! Sila ke tengah!!" Jerit Host tu. Jungkook memandangku dengan pandangan tak percaya. Aku hanya tergelak sambil menunjukkan thumbs up. Aku di barisan depan untuk melihat perlawanan Jungkook dan The Mighty Dragon.

"Aku rasa ada salah faham--" Jungkook cuba nak berunding dengan host tu tapi host tu dah mulakan perlawanan. The Mighty Dragon membaling pedang ke arah Jungkook dan Jungkook menyambutnya dengan rasa gemuruh. Nampak sangat dia gementar. Aku tergelak kecil.

"Arghhh!!!" Jerit The Mighty Dragon sambil menyerang Jungkook dengan pedangnya. Jungkook terjatuh ke belakang kerana terkejut dengan suara lawannya. Jungkook sedaya upaya mengelak semua serangan The Mighty Dragon dengan berlari seluruh gelanggang. The Mighty Dragon pula asyik menyerang dengan ganasnya.

"Aku menyerah!! Aku menyerahh!!" Jerit Jungkook sambil berlari-lari dikejar oleh The Mighty Dragon. Aww, sokaylahh. Nice try tho walaupun aku yang paksa dia huhu. Nanti aku minta maaf. Para penonton gelakkan dia.

"Tak boleh!! Kau mesti dibelasah secukupnya dulu baru boleh keluar gelanggang!" Jerit The Mighty Dragon sambil gelak. Yang lain turut bersetuju sambil bersorak. Jungkook memandangku dengan pandangan minta tolongnya.

"W-Waittt!! Dia dia menyerah! Lepaskanlah diaa!" Kataku dengan nada kuat. Mereka semua memandangku. Aduh aku tak sangka mereka akan buat macam ni. Kesianlah kat Jungkook nanti.

"Please?" Tambahku sambil tersenyum nervous.

"NO." Balas The Mighty Dragon. Well, damn it. Jungkook memandangku dengan wajah minta tolongnya. Ahh okay lantaklah!

"B-Biar aku gantii!!" Pelawaku sambil masuk ke tengah. Aku mendekati Jungkook dan bantu dia berdiri. Aku mengambil pedang di tangannya dan suruh dia pergi sebelum The Mighty Dragon ni mula tukar fikiran.

"Okay." Balas The Mighty Dragon sambil tersenyum sinis. Aku angguk dan suruh Jungkook tunggu kat tepi.

"Lisaa!" Bisik Jungkook dengan nada marah dan risau. Aku geleng kepala dan suruh dia tunggu je kat tepi. Kalau aku tak buat macam ni, silap-silap mereka akan bunuh Jungkook.

"Let the fight, BEGIN!!" Jerit host tu. Aku mula ambil posisi. Aku tak yakin dengan kebolehan aku sekarang ni sebab aku dah lama tak berlawan. Tambahan lagi, ini guna pedang asli. Kalau salah step, boleh mati aku kat sini!

Lawanku terus menyerangku dengan pantas menggunakan pedangnya. Cara berlawan pedang kat sini berbeza dengan cara lawan pedang kat kelab aku dulu. Aku perlu ikut cara mereka berlawan kalau aku nak hidup!

Aku membalas serangannya sedaya upaya. Elak jika perlu elak dan serang jika perlu serang. Kekuatan dia lebih dari aku tapi aku takleh putus asa. Aku perlu berfikir dengan bijak dalam situasi ni. Aku takut dicederakan so aku elak semua serangan dia.

Dia nampak geram bila tak dapat cederakan aku. Padan muka. Dia mula mengambil apa saja yang berada di sekitarnya dan balingnya kat aku. Woii main tipu!!! Manalah aku dapat elak bila dia baling banyak-banyak macam tu! Lepas tu dia mula berlari ke arahku bila aku leka. Dia mencekikku dan mengangkatku ke udara sambil tergelak besar.

Dasar main tipu!! Aku tak nak cederakan dia sebab ianya tak necessary tapi dia dah melebih. Aku mengangkat pedangku dan menikam lengannya. Dia melepaskan aku sambil menjerit kesakitan. Aku menarik nafas lalu menghembusnya sambil memegang leherku.

"Matii!!" Jeritku sambil acah nak serang dia dengan pedang. Dia menutup wajahnya sambil menjerit ketakutan.

"Aku menyerah aku menyerahhh!!" Jeritnya. Semua orang terdiam. Aku lalu melepaskan pedang dan mengurut leherku. Sakit gila dia cengkam leher aku!! Aku berjalan ke arah host dan meminta seguni syiling emas yang mereka janjikan. Dia memberiku seguni syiling emas tanpa berkata apa-apa. Aku pergi dari situ sambil menarik tangan Jungkook yang masih nampak terkejut dengan apa yang dia baru lihat.

"Kau boleh berlawan?!!!!" Jerit Jungkook.

"Bolehlah. Takdelah hebat sangat." Balasku sambil mengeluarkan beberapa syiling emas dari guni tersebut. Aku menziarah beberapa gerai dan membeli makanan yang nampak sangat sedap.

"Oh ya. BERANI KAU SURUH AKU BERLAWAN TADI???" Marah Jungkook.

"Sorrylahh~ Aku ingat kau boleh berlawan sebab kau nampak seperti hebat berlawan. Nah nahh ambil ni dan maafkan aku yer~" Jelasku sambil memberinya seguni syiling emas tu.

"Aku boleh berlawanlah! Cuma aku belum bersedia je tadi." Katanya sambil mengambil guni syiling yang aku beri.

"Yelah yelah~" Balasku sambil merosakkan rambutnya. Haih dia ni macam adik yang aku tak pernah ada. Sambil kami berjalan tu, langkahku terhenti seketika.

"Kenapa?" Tanya Jungkook.

"I thought...I saw someone that I know...Nevermind. Jom pergi." Balasku lalu mula berjalan semula. Aku salah lihat ke?? Mungkin sebab aku rindu dia. Aku rasa aku nampak seseorang yang berambut blonde kat hujung sana tadi. Orang tersebut nampak seperti...Rose.

xxxxxxxxxxxxxxxx

Forbidden Love ( Blackpink X BTS )Where stories live. Discover now