Semua juadah telah terhidang. Sri sibuk menyusun kuih terakhir air tangannya sendiri. Walaupun sebelah tangannya tidak boleh berfungsi dengan baik akibat kejadian itu.
Semua tetamu kehormat akan tiba tidak lama lagi.
Alhamdulillah syukur Hotel Inang Sri kini siap sepenuhnya. Ideal asal dari dia sendiri membina sebuah hotel berkonsepkan rumah melayu lama.
Cik Sri semua tetamu kehormat sudah tiba di lobi utama. Kata Amar pemuda yang dilantik sebagai pengawal peribadinya sejak kejadian yang hampir meragut nyawa.
Baik Amar. Intan dan yang lain kat mana? Soal Sri kepada Amar.
Mereka semua ada di lobi menyambut nenda cik Sri.
Baiklah. Amar tolong berikan kuih ini kepada Chef Ahmad minta dia hidangkan bersama kuih muih yang lain. Saya nak simpan apron ni sekejap.
Tik.. tikkk... Satu pesanan whatsapp masuk ke telefon bimbit Amar..
Tun Adam:
Amar korang kat mana dia ada dengan kau ke sekarang?Amar:
Saya tuan, cik Sri ada bersama saya dia sedang menukar apron dan bersiap untuk ke lobi utama.Tun Adam:
Baiklah.Amar saya dah siap mari kita ke lobi utama sekarang. Ajak Sri kepada Amar.
Hanya Amar dan Zul sahaja pengawal peribadi Sri. Sejak kejadian yang hampir meragut nyawanya itu. Sri agak berhati-hati untuk mendekati orang di sekelilingnya.
Intan adalah jururawat khas untuk Sri, Zara pulak pembantu peribadi Sri. Bibi Shu adalah orang yang menjaga hal-hal rumahnya. Manakala tukang kebun dan pengawal keselamatan dirumahnya adalah suami bibi Shu iaitu wak Zaman.
Wak Zaman adalah seorang ustaz di Kalimantan Indonesia. Dia mempunyai sebuah Madrasah oleh kekurangan sumber kewangan dia dan isterinya datang ke Malaysia untuk bekerja. Pada mulanya hanya bibi Shu sahaja yang berkerja dengan Sari tapi kerana seawal mereka bekerja dahulu bibi Shu yang kebetulan tidak tahu dia hamil hampir sahaja keguguran nasib baik Sri sempat menolongnya disitulah bermulanya keakraban mereka bertiga. Sri juga orang yang banyak membantu madrasah milik Wak Zaman.
Bibi Shu.. tolong Sri ambilkan kuih talam dan seri muka nanti ye.. Sri tak sempat nak rasa kat dapur tadi.
Baik Sri, pergilah nenda dah lama sampai tu.
Baiklah.
Assalammualaikum nenda, tegur Sri.
Waalaikumussalam.. Sri cucu nenda. Mari cu duduk sini. Disebelah nenda.
Tak apa lah nenda, biarkan datin seri dan tuan Adam duduk di situ. Sari ni tuan rumah kenalah layan tetamu.
Sebenarnya tun Adam dan Sri adalah pasangan suami isteri mereka berdua dijodohkan oleh nenda semasa diluar negara. Tun Adam ketika itu sudah memiliki teman wanita, seorang gadis peranakan anak kepada kawan baik mamanya. Kehadiran Sri didalam keluarga itu tidak diterima baik boleh kebanyakan ahli keluarga tun Adam terutamanya datin seri. Jadi tak hairanlah jika Sri membahasakan diri memanggil mereka dengan gelaran datin dan tuan.
Sri berasal dari salasilah keluarga Kemboja Sari manakala Tun Adam berasal dari keluarga Tun Lela. Oleh sebab itu nenda Tun Aminah menjodohkan mereka berdua. Sri adalah anak perempuan tunggal dalam keluarganya manakala Adam adalah cucu sulung nenda Tun Aminah.
Tak apa saya nak jumpa kawan di meja lain awak duduk di sini. Kata Tun Adam. Sebenarnya dia ingin bertemu dengan Amar pengawal peribadi Sri. Orang kepercayaannya untuk menjaga Sri.
Datin seri Julaika, menundukkan kepalanya. Langsung tidak mengambil peduli keadaan ini. Nak tak nak Sri terpaksa menurut arahan nenda Tun Aminah. Mereka berdua berbual-bual kosong bercerita tentang keadaan semasa dan bertukar-tukar pandangan.
Majlis perasmian hotel Inang Sri berlangsung dengan meriah walaupun hanya majlis perasmian yang sederhana. Tun Adam pulak duduk di sebelah kiri Sri kerana meja itu memang di khaskan untuk mereka.
Tun Adam sejak berjumpa dengan Amar tadi dia banyak mendiamkan diri. Seolah olah memikirkan sesuatu. Ada ketikanya dia melihat ke arah Datin seri Julaika yang sentiasa melihat telefon bimbitnya itu.
Tun Adam sebenarnya telah mengetahui satu rahsia daripada Amar. Rahsia ini ada kaitannya dengan Datin seri Julaika, rupanya selama ini segala pergerakan mereka dilaporkan oleh Datin seri Julaika kepada June dan Jeff. Kehadiran Datin seri Julaika hari ini juga kerana dia ingin mengintip pergerakan Sri.
Licik betul perempuan mata duitan ini.
YOU ARE READING
Cucu Tun Lela
ActionSeorang lelaki yang setia kepada negara. Namun cinta hatinya dikorbankan untuk sebuah persahabatan. Namun disebalik persahabatan itu adalah sebuah pengkhianatan. Walaupun si cinta hatinya meninggalkan dia demi sebuah persahabatan dia tidak pernah m...