Setelah majlis perasmian itu selesai Tun Aminah dan Tun Adam membuat keputusan untuk tinggal di kediaman Sri beberapa hari. Datin seri Julaika pulak tidak membawa pakaian untuk menetap di situ. Jadi dia terpaksa pulang.
Sebenarnya itu semua adalah rancangan Amar dan Tun Adam untuk menyembunyikan kediaman Sri daripada Jeff dan June.
Datin seri Julaika adalah orang kebanyakan berkahwin sebagai isteri kedua kepada Tun Zainal Abidin papa kepada Tun Adam. Pada awal perkahwinan mereka terlalu banyak konflik yang berlaku hingga menyebabkan mama Tun Adam Engku Aleesya meninggal dunia. Datin seri Julaika adalah kawan baik kepada Engku Aleesya bersekolah dan menetap di kolej yang sama.
Oleh kerana Datin Seri Julaika daripada keluarga miskin segala yuran pengajian di biayai oleh keluarga Engku Aleesya. Sejak mengetahui hubungan cinta diantara Tun Zainal Abidin dengan Engku Aleesya Datin Seri Julaika mula memasang niat untuk merebut Tun Zainal Abidin daripada isterinya.
Ketika Engku Aleesya keguguran anak yang ketiga datin seri Julaika telah memerangkap Tun Zainal Abidin. Bagi menutup malu nenda Tun Aminah telah menyuruh mereka berkahwin. Oleh itu kekecewaan Engku Aleesya menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan yang kuat dan meninggal dunia akibat kemalangan.
Sri bersama-sama dengan Engku Aleesya semasa kejadian kemalangan maut yang membabitkan Engku Aleesya. Sri juga melihat orang yang melanggar kereta yang dipandu oleh arwah Engku Aleesya. Oleh kerana itu Sri disembunyikan oleh kedua ibu bapanya. Amar remaja yang menolong mereka ketika kemalangan jalan raya itu. Malangnya hanya Sri sahaja yang dapat di keluarkan dari kenderaan itu. Manakala Engku Aleesya tersepit di dalam kereta.
Oleh sebab itu Amar sangat di percayai oleh Tun Adam.
Tun Adam adalah seorang giolagi di bawah salah sebuah NGO terkenal di Malaysia. Sri dan beberapa rakan mereka termasuk pelajar di bawah seliaan Tun Adam.
Mereka mengkaji beberapa muka bumi Malaysia. Ada beberapa tempat di jadikan pusat pengajian sejarah dan pelancongan kesan dari perlombongan bijih.
***
Beberapa tahun yang lalu.
Tangkas kan kaki kamu Inang..
Kalian berdua pergi ke puncak gunung meranti. Aku dan Inang akan menyusul kemudian.
Baik panglima. Mereka terus berangkat pergi.
Genggam tangan aku Inang, kita terjun ke dalam sungai itu.
Tapi tempat ini terlalu curam..
Jangan risau aku tahu apa yang aku lakukan Jalak dan Tabak tidak akan dapat mengesan kita.
Akhirnya mereka berdua terjun ke dalam air terjun itu.
Kita akan bermalam di sini. Jauh dari sungai dah kota. Baik panglima.
Sampai bila Inang akan memanggil aku panglima? Soal sang suami.
Inang malu.
Kita halal di sisi agama. Jangan di risau dengan keselamatan ayahanda dan bonda Inang mereka sudah selamat sampai ke istana.
Bagaimana panglima mengetahui mereka selama.
Sekumpulan burung merpati putih telah dilepaskan oleh kekanda mu, Alam.
Alhamdulillah.
Sudah hampir malam. Makanlah kita akan tidur di atas pokok itu. Di dalam dahan pokok besar yang tua itu ada di lubang sederhana besar yang boleh memuatkan kita berdua untuk malam ini.
YOU ARE READING
Cucu Tun Lela
ActionSeorang lelaki yang setia kepada negara. Namun cinta hatinya dikorbankan untuk sebuah persahabatan. Namun disebalik persahabatan itu adalah sebuah pengkhianatan. Walaupun si cinta hatinya meninggalkan dia demi sebuah persahabatan dia tidak pernah m...