Jemput makan semua... Ajak Sri kepada semua yang berada di rumah itu. Amar pun sudah tiba dari menghantar datin seri Julaika.
Wah sedapnya kerabu mangga ni lama tak makan.. ikan terubuk masin pun ada.
Makanlah nenda penat kami berdua masak kata bibi Shu.
Semua sedap. Ada asam pedas daging cincang, kailan ikan masin, kuih muih tradisional dan air kelapa.
Selesai makan malam dan solat berjemaah mereka masing-masing masuk ke bilik ada juga terus menjalankan tugas. Malam ini giliran Zul yang bertugas memantau kawasan rumah yang didiami oleh Sri. Amar bertugas waktu siang kerana dia harus mengikut Sri ke hotel Inang Sari. Wak Zaman menjaga rumah ini diwaktu siang.
Bermula esok Sri tidak perlu lagi ke hotel. Kerana pembantu peribadi Sri si Zara akan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan hotel. Sri memiliki 2 cawangan restoran dan satu hotel. Selain itu dia memiliki satu dusun buah-buahan yang berkeluasan 2hektar dan 5hektar tanah kelapa sawit. Oleh kerana dia menggunakan semua daftar syarikat atas nama Inang Sari kebanyakan orang tidak dapat mengesan siapakah dirinya. Inang Sari adalah nama nenek Sri orang yang banyak membantu dan mendidik Sri. Mama dan papa sri memang sengaja menyembunyikan sri dari pengetahuan umum. Ini kerana sri adalah pewaris tunggal keturunan Inang diraja.
Selesai makan malam. Mereka semua berbual-bual kosong di ruangan rehat rumah argan itu.
Sri... Nenda ada sesuatu nak bincang dengan Sri.
Sri pun ada perkara penting yang perlu Sri sampaikan kepada nenda. Tunggu sekejap Sri ambil dokumen tu. Sri terus bangun nak ke bilik bacaannya.
Assalammualaikum... Kedengaran suara memberikan salam dari luar rumah.
Amar terus bangun dan membuka pintu utama.
Waalaikumussalam papa, ayah Zack dan beberapa orang ahli keluarga mereka juga berada di situ. Jemput masuk kata Tun Adam mula bersangka sesuatu.
Nenda.. tegur mama Aishah.
Aishah. Bila sampai?
Baru sahaja nenda. Tadi kami singgah di Inang Sari restoran jumpa chef Shazwan. Ini dia ada kirimkan buah tangan untuk semua.
Mama, dah sampai... Tegur Sri sambil menuruni tangga.
Bibi Shu, tolong sedia minuman. Pinta mama Aishah.
Baik puan Aishah.
Maaf mama Sri tak boleh nak jemput mama di lapangan terbang.
Tak apa sayang mama faham. Macam mana luka diperut kamu? Tanya mama Aishah.
Alhamdulillah dah beransur sembuh..
Betul ke? Mana mama nak tengok...
Mama takkan lah sri nak selak baju kat kat sini malu lah kalau orang tengok. Alasan sari.
Nak malu apa? Nenda, mama dan Adam je yang ada di sini. Adam tu bukan orang lain pun tu suami kamu.
Mama ni. Nenda tengok mama ni.
Memang betul pun kata mama kamu tu. Sokong nenda.
Intan mari sini. Panggil mama.
Ye puan. Jawab intan.
Macam mana keadaan Sri.
Alhamdulillah puan, luka di perut dah semakin baik cuma meracau dalam tidur sahaja belum pulih sepenuhnya.
Adam yang turut berada di situ mendengar setiap butir bicara intan dan mama. Nasib baik mama ada jika tidak memang dia tak dapat untuk mengetahui lebih lanjut keadaan sri.
Intan stop..
Kamu diam Sri biar intan cakap. Mama tahu kamu ni memang degil hari ni kamu masuk dapur kan memasak? Mama dah pesan jangan masak rehat. Kamu tu belum sihat sepenuhnya.
Adam malam ni mama nak kamu temankan Sri.
Mama...
Mama tak nak dengar apa-apa lagi..
***
Panglima kenapa sembunyi kan gerangan diri panglima kepada mereka semua?
Alang ada sesuatu ingin aku ceritakan kepada kalian berdua..
Silakan minum kanda, alang dan panjang.
Terima kasih Inang.
Disini aku menggunakan gelaran nama Raga dan Inang pulak Jiwa. Semasa perjalanan ke sini aku menemui tanah emas.
Jadi benarlah apa yang diberi maklum pada tuan guru?
Benar...
Inang bawakan jongkong emas itu.
Baik. Nah ambillah untuk kalian berdua. Satu uncang seorang. Selebihnya akan aku berikan kepada Aijis.
Kita harus sembunyikan tempat ini daripada sesiapa termasuk paduka raja. Jika hal ini diketahui oleh paduka baginda maka Patih raja hitam juga akan mengetahuinya. Aku bercadang untuk melantik Aijis sebagai ketua puak disini. Tapi aku risau siapa yang akan berkahwin dengan delima itu nanti akan membocorkan rahsia kita ini.
Kalau begitu panglima izinkan hamba sahaja yang menyunting delima dan menetap dengannya disini. Hamba ini anak yatim.
Kalau begitu alang tuan hamba harus mencari isteri di kalangan orang-orang berhampiran dengan pekan itu. Alang ku lantik sebagai mata dan panjang ku lantik sebagai penjaga.
Esok kita akan melamar delima untuk panjang..
Awal Raga dan jiwa datang ke rumah hamba..
Datang berhajat. Harap-harap diterima tuan yang punya badan.
Jiwa.. bawakan tepak sirih ke sini.
Jiwa katakan kepada kuntum gerangan apa niat kalian berdua ini.
Cantik tersusun pohon pinang,
Cantik sungguh bunga di taman,
Kami datang untuk meminang.
Bunga cantik kembang di taman.Jiwa...
Benar kuntum...
Gerangan siapakah yang memberi tanda?
Panjang.
Delima mari ke sini dik.
Hajatnya orang ingin merisik kamu. Panjang namanya. Setuju kah kamu..
Ia kakak.
Alhamdulillah..
Aku nikahkan dikau Ajang alam bin bujang dengan Delima binti Noh dengan senaskah Al-Quran dan satu persalinan songket.
Sah
Sah
Sah..
Ni hantaran perkahwinan mereka tiga jongkong emas.
Mahalnya semua ini. Kata kuntum.
Rasa cinta sang teruna dan dara biarlah mereka berdua sahaja yang mengetahui kuntum. Panjang anak yatim piatu. Semua ini harta milik keluarga mereka jadi sebagai tanda cinta biarlah mereka berdua yang aturkan.
YOU ARE READING
Cucu Tun Lela
AzioneSeorang lelaki yang setia kepada negara. Namun cinta hatinya dikorbankan untuk sebuah persahabatan. Namun disebalik persahabatan itu adalah sebuah pengkhianatan. Walaupun si cinta hatinya meninggalkan dia demi sebuah persahabatan dia tidak pernah m...