Si kecil yang sedang tidur lena dalam dukungan ibunya itu membuatkan dirinya tersenyum kecil. Dia suka melihat dua insan di hadapannya ini. Terasa hidupnya seakan-akan lengkap.
"Awak tak nak balik ke?" Pertanyaan wanita itu mematikan senyuman lebarnya. Wajah ayu wanita itu di tatap dengan senyuman nipis.
"Kenapa? Awak tak suka ke saya ada di sini? Atau awak tak selesa?" Pertanyaan berbalas pertanyaan.
"Eh, bukan macam tu maksud saya dah lewat malam ni awak tak nak balik ke? Esok awak kerja, mesti awak penat nak berehat. Saya kesian dekat awak." Balas wanita itu dengan rasa serba salah.
Langsung tiada niat mahu menghalau lelaki itu pergi tetapi dia cuma kasihan melihat lelaki itu yang sering kali melawat dia dan anaknya di sini. Tidak sangka lelaki itu tersalah tafsir dengan kata-katanya. Atau mungkin kata-katanya agak keterlaluan hingga membuatkan lelaki itu berfikir sebegitu.
Terus bibirnya menyungging senyuman lebar. Jadi, wanita itu kasihan dengan dirinya jika dia berasa penat? Sungguh dia gembira mendengarnya. Makin bertambah rasa sayangnya terhadap wanita itu.
"Don't worry about me, Hana. Tengok awak dan Rayyan je terus hilang rasa penat saya." Tuturnya dengan jujur.
Terukir senyuman di bibir wanita itu. Kelihatan wajah wanita itu mulai kemerah-merahan. Malu mungkin.
Jam di dinding di lihat sekilas. Sudah hampir ke angka 10 malam. Dia bangun lalu melangkah menghampiri wanita itu. Bayi lelaki yang berada dalam gendongan wanita itu direnung dengan perasaan kasih.
"Rayyan, daddy balik dulu ye. Esok daddy datang lagi." Ujarnya pada si kecil lalu melabuhkan ciumannya pada dahi si kecil itu.
Bagai mengerti apa yang dikatakan olehnya, Rayyan mengukir senyuman hingga hilang matanya. Comel sungguh bayi ini. Geram! Pipi si kecil di cubit lembut. Gebu saja kulitnya.
"Terima kasih Daniel sebab selalu datang melawat saya dan Rayyan. Jasa awak terlalu besar hingga tidak tertanggung untuk saya membalasnya." Daripada dia sarat mengandung hingga lah dia telah selamat melahirkan anak lelakinya iaitu Rayyan yang sudah pun berumur satu tahun,Daniel tidak jemu melawat dirinya dan Rayyan.
Segala wang perbelanjaan, tempat tinggal dan keperluan mereka berdua semua ditanggung oleh Daniel sepenuhnya. Daniel pula tanpa penat mahu pun jemu melawatnya setiap hari dan sentiasa melayan karenah Rayyan tanpa erti penat.
"Raihana, kan saya dah cakap awak dan Rayyan bawah jagaan saya. Awak dan Rayyan tanggungjawab saya. Dah lewat ni, saya balik dulu ye. Apa-apa awak call je saya. Assalamualaikum..." Daniel beredar pergi setelah Raihana menjawab salamnya.
Terukir senyuman kelat di bibir Raihana saat bayang Daniel sudah tidak lagi kelihatan. Segera dia masuk ke dalam rumah setelah mengunci pagar pintu.
Rayyan yang berada dalam gendongannya di tatap dengan penuh kasih sayang. Dilabuhkan ciuman kasihnya pada ubun-ubun permata hatinya ini.
Tersenyum lebar si kecil apabila si ibu memberi ciuman kasih kepadanya hingga matanya hilang dek kerana matanya yang sepet itu.
"Comelnya anak mummy ni....." Di gomol-gomol wajah Rayyan dengan geram. Bunyi ketawa si kecil membuatkan dirinya tersenyum lebar. Tidak pernah sesaat pun dia jemu melihat wajah comel si kecil yang sentiasa menceriakan hidupnya.
Wajah Rayyan seiras dengan wajahnya. Cuma mata sepet si kecil dan hidung mancung itu mewarisi dari ayah kandungnya iaitu bekas suaminya.
Mengingati tentang bekas suaminya, hatinya dihurung rasa sebak. Sebak mengenangkan nasib Rayyan yang tiada seorang ayah yang berada di sisi si kecil ini yang amat memerlukan belaian kasih sayang seorang ayah.
YOU ARE READING
HIS MY HOPE √√[EBOOK]
Romance[Book 2] Daniel Akasyah seorang jejaka yang tampan menarik perhatian sesiapa sahaja. Mafia? Ya, dia mafia tetapi dia bukanlah seorang yang suka membunuh tanpa sebab. Sifatnya yang berperikemanusiaan dan lembut membuatkan dirinya mempunyai sifat bela...