Bab 22

140 11 2
                                    

Malam melabuhkan tirai. Sesi majlis perkahwinan sudah selesai dari tadi.

Intan merehatkan badan dengan duduk diatas katil sambil bersandarkan pada kepala katil sedang enak membaca novel di atas katil.

Habis-habisan Intan menentang sang suami nak duduk di rumah papanya. Tak nak duduk rumah lelaki itu. Masakan Intan mahu tinggal di rumah miskin lelaki itu. Memang cari nahaslah jawabnya. Agaknya rumah sang suaminya itu seperti reban ayam. Heh!

" Aku tak fahamlah dengan si Umar tu, aku dah tolak banyak kali cinta dia tapi lelaki tu buat derk je. Macam apa yang aku buat selama ni tak berbuahkan hasil." rungut Intan sendiri.

Bunyi kuakan pintu membuatkan mata Intan mengerling seketika ke arah muka pintu.

" Panjang pulak Umur suami aku ni. Ingatkan dah mati dah." gumam Intan perlahan.

Mata tunak membaca novel yang dia baca. Tak hiraukan sang suami yang kelihatan penat itu. Walaupun penat tetapi Intan akui lelaki itu tetap tampan dalam gaya dia tersendiri.

Dari ekor mata sudah handsome kalau tengok sepenuhnya memang usah dikata. Lelaki itu kacak cuma Intan lebih suka menafikan kekacakan lelaki itu agar hatinya tidak terpaut pada lelaki itu.

" Sayang..." seru Umar manja.

Kaki menapak longlai ke arah sang isteri yang sedang leka membaca novel itu. Dengan selamba, dibaringkan tubuhnya dekat dengan Intan.

" Awak turun katil sekarang! Jangan dekat dengan saya. Saya dah mandi. Awak busuk!" larang Intan keras.

Umar buat tak endah dengan larangan sang isteri. Umar dengan manja memeluk sang isteri lalu dilentok kepalanya pada paha sang isteri. Tak hiraukan penolakan Intan padanya.

" Rimas betullah awak ni. Pergilah jauh sana. Awak busuk tau." halau Intan tanpa balas kasihan.

Umar menggeleng.

" Tak nak... Nak sayang." rengek Umar mengada.

Intan buat muka. Mata dibawa ke atas. Geramnya pada suaminya yang degil ini. Novel yang dibaca tadi diangkat dan dipukul pada badan sang suami. Ingatkan lelaki itu akan lari menjauh tetapi lain pula jadinya, bunyi gelak tawa dari Umar buat Intan mendengus geram.

' Umar ni...' monolog Intan geram.

" Pukullah lagi. Best pulak kena pukulan dari cinta Intan." sakat Umar pada sang isteri.

Intan berdecit geram.

Novel dibuka luas dan dibaca. Biarlah Umar nak buat apa pun dekat dia. Malas serasa nak ambil tahu kerana lelaki itu bukan nak dengar kalau dia marah. Agaknya tiada perasaan si lelaki ini. Huh!

" Sayang." panggil Umar lebih kepada mengada.

Intan memekakkan telinganya. Bacaannya diteruskan walaupun dia sendiri sudah naik rimas bila tangan lelaki itu meliar pada tepi pinggangnya.

" Jangan main dekat tepi pinggang. Gelilah!" marah Intan geram.

" Mana ada abang main dekat pinggang sayang." nafi Umar penuh makna.

Umar tertawa kecil. Seronok juga apabila dapat kenakan sang isteri. Tangan itu menggeletek tepi pinggang sang isteri. Gelak tawa dari Intan buat Umar tersenyum senang.

Intan mengenggam erat tangan sang suami yang menggeleteknya tadi. Mata pandang tajam akan raut wajah handsome itu.

" Nak lagi ke?" tanya Umar dengan senyuman misteri.

Intan menggeleng lemah. Rasa tak ada tenaga selepas ketawa tadi. Banyak sangat ketawa sampai hati sendiri pun dah hitam. Eh? Mengaku diri sendiri hati hitam ke?

'Adalah sikit.' akui Intan selamba.

" Tak nak. Penatlah." rengek Intan lemah.

Badan dibaringkan tetapi yang buat Intan geram apabila lelaki itu turut berbaring disebelahnya dengan senyuman gatal. Ada saja benda yang buat Intan nak marah dekat suaminya ini.

" Pergi mandi sana Umar. Tak rimas ke pakai baju melayu macam ni dari tadi?" tanya Intan pelik.

Umar menggeleng.

" Tak rimas pun, lagipun baju ni ada nama sayang. Sayang nak tanggalkan."

Umar menunding jari pada poket atas yang terukir nama penuh Intan pada baju itu. Siap ada bentuk love lagi terukir di situ.

Intan terdiam. Lidah bagai kelu untuk meneruskan pertanyaan. Makin membuatkan lidah Inara terkelu apabila sang suami dengan selamba merapati jarak antara mereka berdua dan dengan selamba kepala itu dilentok pada dadanya. Manja perlakuan lelaki itu benar-benar buat Intan berdebar.

" Abang sayang Intan..." gumam Umar disebalik dada sang isteri.

Mata lelaki itu terkerdip-kerdip bagai menahan kantuk yang menjelang tiba. Sesekali mulut itu terbuka kerana menguap. Ditutup dengan belakang telapak tangan apabila lelaki itu menguap.

" A-awak d-duduklah bawah sana." halau Intan dengan suara yang kedengaran sedikit gagap.

Gagap kerana Intan sedang menahan rasa gugup dan berdebar yang tumbuh dalam hatinya.

Perbuatan sang suami ketika ini benar-benar buat Intan tak tentu arah. Perasaannya menjadi campur baur. Perasaan indah yang dari dulu Intan tepis untuk lelaki itu kini hadir kembali singgah dalam hatinya tanpa Intan pinta.

" Tak nak... Abang nak duduk dekat dengan sayang. Kalau abang duduk jauh, hati abang akan merindui sayang." suara mengantuk lelaki itu kedengaran dekat dengan halwa telinga Intan.

Keras kejung badan Intan saat ini. Otak bagai sudah tepu untuk memproses akan apa yang berlaku. Hati bagai sudah cair dengan kata dan perbuatan lelaki itu.

Berdegup laju jantung Intan akan perbuatan sang suami yang sudah pandangnya tak berkelip saat ini. Umar menghadiahkan senyuman manis pada sang isteri sebelum kucupan penuh kasih sayang diberi pada dahi licin isterinya itu. Lama!

Tidak berkelip Intan apabila dahinya dikucup sang suami. Ada rasa asing yang menjengah masuk ke dalam hatinya tetapi pantas Intan menepis akan rasa itu. Dia tidak mahu terbuai dengan rasa sayang pada lelaki itu. Dia bencikan Umar. Tapi benarkah Intan bencikan Umar?

" Akhirnya impian abang dah tercapai... Impian abang dari dulu nak memperisterikan sayang sebagai isteri abang. Alhamdulilah..."

Mata hijau zamrud itu kelihatan sudah berkaca membuatkan Intan hilang kata. Hanya telinga sendiri yang berfungsi mendengar luahan sang suami.

" Abang tak percaya akan takdir ini sebab sayang sendiri bencikan abang."

Umar tertawa kecil. Terpalit kelukaan dari ketawa yang keluar dari bibir itu. Umar menarik nafas lembut dan dihembus kembali.

" Insya Allah abang akan cuba jadi suami yang terbaik untuk sayang. Sayang... Jujur abang cakap, bukan abang yang merancang akan apa yang terjadi antara kita berdua. Maaf andai abang buat sayang terpaksa menerima perkahwinan ini tapi percayalah... Sayang abang pada Intan tak pernah pudar dari dulu sampai sekarang." sambung Umar lagi.

Kali ini dengan airmata yang tumpah pada pipi lelaki itu. Umar tersenyum sebelum bibir itu singgah pada pipi kanan dan pipi kiri Intan.

" I love you Intan..."

Seusai menghabiskan kata itu, terus saja mata itu ditutup rapat. Dalam beberapa minit, bunyi dengkuran halus keluar dari bibir sang suami menandakan lelaki itu sudah hanyut dengan mimpi. Adakah Intan kenal Umar?

" Saya kenal ke awak, Umar?" tanya Intan sendiri.

Bukan Takdir Cinta Kita ( B T C )Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang