Bab 29

223 11 12
                                    

Umar termenung sendiri pada pagar rumah lamanya yang dulu. Kelihatan sangat usang dari luar. Mata dibawa pandang ke rumah sebelah. Keluar keluhan berat dari bibir Umar apabila fikirannya mengimbas kembali akan memori yang sudah lama bersama Intan.

Mata Umar sudah berkaca. Tubir mata lelaki itu juga sudah panas. Tanpa dipinta, airmata lelakinya jatuh. Lemah serasa kakinya. Longlai untuk terus berdiri.

" Kau perlu lupakan dia Umar." gumam Umar perlahan.

Umar mengesat airmata lelakinya. Seraya itu, menggeleng keras kepala. Menghilangkan memori yang tidak perlu diingatkan.

Kaki perlahan-lahan dibawa masuk ke dalam rumah lamanya tetapi terhenti langkahnya apabila lengannya dipegang lembut oleh Maimunah.

" Ibu..." Seru Umar lembut.

Maimunah tersenyum nipis. Pedih hatinya apabila melihat anak lelakinya itu menangis. Dipeluk erat tubuh Umar. Tubuh Umar dirasakan bergetar terus digosok belakang tubuh itu.

" Kalau Umar nak menangis, nangis je. Luahkan semua. Ibu ada untuk Umar."

Untuk kesekian kalinya airmata lelaki itu jatuh. Mungkin sudah tidak tahan. Umar sedaya upaya mengawal airmatanya daripada jatuh tetapi Umar sendiri tidak mampu. Tidak mampu menipu hatinya yang terlalu terluka.

" Ibu... Umar sayang Intan ibu."

" Ye sayang, ibu tahu."

Maimunah menggosok belakang anak lelakinya lembut. Berharap agar anak lelakinya itu tidak menangis lagi. Sayu hati Maimunah apabila Umar menangis teruk sebegini. Benarlah Umar terlalu sayang pada Intan, andai tidak. Tangisan lelaki itu tidak akan sekuat ini.

" Kenapa Intan buat macam ni dekat Umar ibu? Silap Umar ke mempertahankan cinta Umar dari kecil? Atau memang Umar tak layak untuk Intan ibu?" tanya Umar bertalu-talu.

Terpalit keseribu kedukaan dari suara lelaki itu. Begitu sedih dengan apa yang terjadi pada dirinya. Cinta suci yang dihulurkan ditolak begitu saja. Ditolak seperti anjing kurap jalanan. Pantaskah?

" Umar, jangan menangis macam ni sayang. Umar kena kuat. Tak boleh macam ni. Nanti tak handsome dah anak ibu ni." pujuk Maimunah lembut.

Airmatanya turut mengalir disebabkan tak mampu melihat Umar sedih sebegini.

Umar mengangguk kecil. Dikesat airmatanya persis seperti budak kecil. Muka diceriakan sehabis mungkin walaupun hatinya masih rasa sakit dan terluka. Umar tak nak ibunya turut menangis disebabkan dia.

" Ibu... Umar tak menangislah. Mata Umar ni masuk habuk je. Cuba ibu tiup mata Umar ni. Habuk besar sangat." kata Umar cuba menafikan yang dia sedang menangis tika ini.

Maimunah tertawa kecil. Anak lelakinya itu dilihat sudah tenang macam biasa tapi benarkah akan imej yang dilihat saat ini atau Umar hanya mahu mengaburi matanya supaya dia tidak merisaukan lelaki itu?

" Meh ibu nak tiup."

Umar dengan pantas merendahkan badannya lalu membiarkan angin dari mulut ibunya menyapu lembut matanya. Cukuplah airmata, biarlah kali ini dia bahagia pula.

" Hebatlah ibu ni, ibu tiup terus mata Umar dah okay. Penangan cinta ibu memang macam ni. Terbaiklah!"

Kata-kata dari Umar buat Maimunah gelak sendiri. Raut wajah kacak anak lelakinya itu dilihat lama. Kuatnya Umar. Walaupun ada masalah dia akan tetap cuba lupakan masalah yang ada. Haih...

" Umar ni mengadalah."

Pak!

Bahu Umar dipukul kuat oleh Maimunah. Ketawa kedengaran kuat terhambur dari bibir Umar. Maimunah tersenyum. Gembira dirasai apabila Umar boleh ketawa. Tidaklah lelaki itu terus bersedih. Risau Maimunah kalau Umar terus bersedih.

" Umar mengada dengan cinta hati Umar je."

Umar menyendeng dekat dengan ibunya. Tudung yang dipakai Maimunah dibaiki sebelum tepi kepala ibunya dikucup sayang.

" Jom ibu kita masuk. Umar nak masak untuk ibu." ajak Umar sambil tangan itu dipimpin lembut masuk ke dalam rumah.

" Assalamualaikum." serentak Maimunah dan Umar mengucapkan salam sebelum masuk ke dalam rumah.

Umar masuk sambil mata memandang di segenap sudut. Terimbas kembali kenangan dulu bersama dengan ibunya. Kenangan ketika mereka semua tiada apa-apa harta. Walaupun tiada harta tetapi kebahagian diganti sebagai harta utama.

" Rindukan dengan semua benda yang terjadi dulu?" Suara ibu hanya mendatar. Tidak maksudkan apa-apa.

Umar mengangguk. Memang Umar rindukan semuanya. Termasuk...

Umar menggeleng keras. Mahu melupakan apa yang ada dalam fikirannya. Tak mahu asyik memikirkan Intan sedangkan dia dan Intan sudah bawa haluan masing-masing.

Umar tidak sanggup lepaskan Intan. Mungkin hatinya masih ada cinta dan sayang untuk Intan. Haih... Sukarnya bermain dengan hati dan perasaan ni!

" Umar..." Seruan ibunya membawa pergi semua lamunan Umar.

" Kenapa ibu? Ada apa-apa yang ibu nak ke? Ke nak air?" tanya Umar bertalu-talu.

Maimunah pandang lama anak lelakinya itu. Mata Umar tak pandai dalam menipu. Mata Umar berkaca. Maimunah tahu Umar masih rindukan Intan. Tadi pun pasti tengah fikirkan Intan.

" Boleh ibu nak minta satu permintaan dari Umar?"

Umar mengangguk jua walaupun Umar rasa permintaan kali ini begitu serius dan pelik. Mengapa muka ibu terlalu serius saat ini. Umar pulak rasa takut dengan ibu.

" Boleh Umar selalu kuat dengan semua dugaan ini? Boleh Umar lupakan Intan? Ibu tak nak anak lelaki kesayangan ibu ni sedih dan terluka lagi."

Maimunah mengambil nafas sebelum dihembus lembut.

"Hati ini."

Maimunah merapati anak lelakinya. Dada Umar dipegang seketika.

" Patut diberi pada perempuan yang berhak. Perempuan yang mencintai sepenuh hati Umar. Yang benar-benar ikhlas mencintai Umar bukan kerana harta." kata Maimunah dengan senyuman.

Umar tersenyum nipis. Kata-kata ibunya cuba dihadamkan walaupun Umar tahu apa yang diminta oleh ibu memang sukar sekali untuk Umar lakukan. Tapi Umar akan cuba.

Bagaimana harus kuat andai Umar tahu yang dia akan jumpa juga Intan. Bagaimana Umar mampu lupakan cintanya yang sudah tersimpan lama untuk Intan?

" Hati Umar... Hanya milik ibu. Tiada yang lain. Setiap anggota badan pinjaman dari Allah bagi dekat Umar ini akan Umar guna sampai Umar mati untuk berjasa dengan ibu selagi ibu ada dalam dunia ini. Umar sayang ibu." Tangan Maimunah dikucup sayang oleh Umar. Airmata Maimunah dikesat lembut oleh Umar.

" Mengapa Intan tidak nampak kebaikan Umar selama ini sayang? Untungnya siapa yang dapat anak ibu ni." sebak suara Maimunah mengungkapkan kata.

Umar menarik lembut hidung ibunya. Saja nak bergurau manja.

" Ibu mengada."

Maimunah menggosok lembut hidung yang ditarik oleh si anak. Tersenyum Maimunah akan sikap anak lelakinya yang suka bergurau manja dengannya. Comel je!

" Siapa yang dapat Umar tak untung pun ibu. Untung apa kalau tak dapat makan. Lainlah kalau boleh makan. Kenyang jugak perut. Untung-untung ibu makan Umar lepastu mengandung pulak Umar seorang lagi. Tu baru untung. Dapat adik sekali lagi." gurau Umar selamba. Umar mengerling sekilas ibunya.

Muka berona merah ibunya dipandang sebelum ketawa kuat terhambur dari bibir Umar apabila badannya dipukul kuat dengan tangan ibu.

" Ampun ibu... Umar gurau je." Umar memeluk ibunya sebelum kedua belah pipi merah Maimunah ditarik manja. 

" Jom kita makan."

Bukan Takdir Cinta Kita ( B T C )Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang