2 | Love letter

2.7K 271 39
                                    


S u g a r b o o

'Once upon a time,
Our soul apart but our lips collide-'

🕊️


Side note: Ilee pronounce as Ai-lee



KAKI turut berlari kecil. Mengikut langkah Hasya yang berlari-lari anak menuju ke bawah tangga.

Sungguh, tak pernah seumur hidup aku lakukan benda macam ni hanya untuk seorang lelaki.

Tapi, demi kawan baik aku yang seorang ini. Aku rajinkan diri jadi peneman.

"Tunduklah Abel. Menyorok sikit," lenganku ditarik.

"Aku tahulah,"

Kini, kami berdua duduk mencangkung. Mengunci mulut dalam beberapa saat sebelum saling memandang dan tertawa kecil.

"Aku tak pernah buat kerja macam ni tau," selorohku.

"Ya, tahulah. Kau jangan nak berkira sangat," bahuku ditampar.

"Jengah-jengah sikit kepala tu. Tolong tengokkan abe Hanbin aku, kalau dah dekat kita terjah tau." Hasya meminta.

Dia sudah pun duduk bersila. Mata tak lepas dari telefon di tangan, earphone dipasang. Tak perlu menyoal. Aku tahu dia leka layan k-drama.

"Ei, hensemlah Chani ni." Hasya bergumam.

Aku hanya biarkan Hasya ber-fangirling dengan skrin di telefon. Aku masih fokus menjadi pemerhati.

"Tengok ni Abel. Antara 3 ni siapa kau rasa hensem,"

Malas-malas aku alihkan wajah pada skrin telefon milik Hasya. Sesaat sebelum aku hala jari telunjuk pada salah seorang lelaki.

"Kau pun rasa Cha eun woo handsome. Dia memang hensem sangat tapi Chani ni pun comel juga."

Mahu tak mahu sahaja aku mendengar.

"Chani ni idol tau, kejap aku search group dia."

Aku geleng perlahan. "Er, aku tak minatlah..."

"Alah sekejap je. Aku nak tunjuk member-member dia,"

Tak sampai berapa saat, Hasya hala skrin sekali lagi tepat di depan muka aku.

"Cuba tengok mana yang hensem."

Rela paksa sahaja aku kalih wajah dan memilih salah seorang ahli yang rautnya aku berkenan.

"Rowoon," Bibir Hasya memuncung.

"Kau punya taste ni tak main-main. Mesti Tengku Hans Ilee tu pun kau rasa handsome kan?"

Bertaut kening aku. Aku palingkan wajah memandang Hasya semula. "Siapa tu? idol juga ke?"

"Kau ni memang kan. Nama tak ada bunyi korea, tang mana idol pula."

S u g a r b o o: She's dating a badboyWhere stories live. Discover now