Aiman memandang airis dengan pandangan yang bercampur baur.
"Saya izinkan kalau awak nak kahwin lain."setelah lama dia berdiam diri akhirnya dia bersuara.
"Baguslah kalau airis dah setuju,bulan depan juga abang akan kahwin dengan hasha."Balas Aiman.
Airis hanya menggangguk.
"Kalau itu yang awak rasa terbaik,saya ikutkan saja."balas airis.
"Saya naik dulu."pinta airis.
"Maafkan abang,semuanya salah abang...kalaulah abang tak ikutkan sangat kata hati mesti semua ni tak akan terjadi dan sayang pun tak akan terluka."Aiman mengusutkan rambutnya.
. . .
"Aku dah gagal untuk buat dia bahagia,aku harap sangat kau mampu buat dia bahagia.Kalau dengan pengunduran aku ini dapat membahagiakan kedua-dua pihak aku rela tarik diri dari awal."ujar airis.
"Kenapa kau perlu tarik diri sedangkan kau boleh berjuang?"soal hasha.
"Buat apa aku nak berjuang?suami aku bakal berkahwin dengan kawan baik aku sendiri itupun dah buktikan bahawa suami aku akan bahagia tanpa aku sebab kau kawan yang baik."balas airis.
"Lagipun hati dia bukan untuk aku,tapi untuk kau hasha."luah Airis dalam hati.
"Maafkan aku airis."bisik hati hasha.
"Tak semua yang kita impikan akan jadi kenyataan,belajar terima dengan hati yang terbuka jika itu tidak berpihak kepada kita lagi🌸"

ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Aku Sweet Talker! (SLOW UPDATE)
Roman d'amourAIRIS IRDINA,sebut sahaja nama itu pasti semua orang tahu bahawa dia adalah pelajar yang terkenal dengan sikap nakal,suka membuli dan juga suka buat masalah.Dia juga seorang gadis yang sweet talker!Misi dia adalah untuk tambat hati si crush yang di...