part 19

16.8K 268 34
                                    

Selepas Nia berkata begitu Nia terus beredar dari situ secepat mungkin sebelum dia lemah

Selepas Nia beredar dari situ Zaqry terus melutut dan menangis

"maafkan aku Nia. Aku tak tahu nak percaya siapa sekarang ni tetapi aku sakit Nia... Aku sakit sangat... " kata Zaqry dengan suara seraknya

Flashback

Ting! Ting!

Bunyi notifikasi telefon bimbit Zaqry berbunyi membuatkan Zaqry terbangun dari tidurnya

Zaqry bangun dari tidurnya dan memandang di sebelahnya. Zaqry tersenyum melihat wajah seri Nia sedang nyenyak tidur di sebelahnya

Zaqry mencapai telefon bimbitnya dan terkejut melihat mesej yang dia dapat

Adie:
[photo]

Kau Zaqry kan? Aku nak bagitahu supaya kau berhati-hati dengan Nia. Aku kesian tengok budak baik macam kau dapat perempuan murah macam ni

Zaqry:
Bila punya gambar ni?

Adie:
2 hari lepas

Zaqry terkaku. Dia merenung gambar Nia dan lelaki lain melakukan seks bersama. Zaqry tahu Nia pernah berbuat begitu tetapi dia fikir selepas Nia berkawan dengannya Nia akan berubah tetapi tidak...

"kau cakap dekat aku kau dah tak buat benda tu Nia... Tetapi kenapa kau buat lagi Nia... " kata Zaqry sambil memandang Nia di sebelahnya dengan mata berair

Zaqry sangat kecewa dengan Nia membuatkan dia mahu beredar dari rumah Nia secepat mungkin

Zaqry berlari turun ke bawah dan bertembung dengan Adie

"nak balik dah ke? " tanya Adie dengan selamba. Zaqry memandang Adie dengan wajah dingin

"macam mana kau boleh dapat nombor aku? " tanya Zaqry dengan bengang. Adie ketawa kecil

"Nia bagi tetapi kau fikir-fikirkan lah apa yang aku kata tu sebab aku tengok kau budak baik dan aku tak nak kau tersangkut dengan perempuan macam Nia" kata Adie sambil menghirup air kopinya

Zaqry tidak berkata apa-apa dan hanya beredar dari situ

End of the flashback

"kau tikam belakang aku Nia... Kau pergunakan aku!" kata Zaqry dengan bengang

xxx

Nia berlari ke kelas kosong dan menangis sekuat hati di situ

"kenapa kau buat aku macam ni Zaqry... Apa salah aku? Aku sanggup buang sikap buruk aku demi kau tetapi pengorbanan aku sia-sia je Zaqry... " kata Nia sambil memegang dadanya yang terlalu sakit

xxx

"okay murid-murid harini cikgu nak bagitahu yang cuti sekolah ini kita ada buat 'Kem Percutian Bersama Cikgu-Cikgu Kesayangan' korang sempena Hari Guru ini. Cikgu harap ramai orang melibatkan diri dalam kem ini. Sekian terima kasih" kata Cikgu di dalam kelas membuatkan semua budak-budak menyorak gembira

"kau nak join tak Nia? " tanya Adie. Nia tidak menjawab pertanyaan Adie malah Nia hanya termenung sahaja di luar tingkap

Tiba-tiba Adie menepuk tangannya di hadapan muka Nia membuatkan Nia terkejut dan kembali ke realiti

"kau nak join ke tak percutian tu?" tanya Adie sekali lagi. Nia berfikir seketika lalu Nia setuju membuatkan Adie tersenyum

"kau pergi tak Min? " tanya Adie kepada Min yang sedang mengorat perempuan di sebelahnya

"pergi kot" kata Min. Adie hanya angguk kepala sahaja

xxx

RING! RING!

Bunyi loceng sekolah sudah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah habis

Min berjalan bersama Nia dan Adie untuk pulang ke rumah tiba-tiba langkah Nia terhenti

Nia ternampak Zaqry sedang berbual mesra dengan Laila. Zaqry sempat bertentang mata dengan Nia tetapi dia paling ke Laila semula

"patutla kau buang aku... Kau ada perempuan lain" kata Nia dengan nada perlahan. Adie dengar kata Nia tetapi dia diam sahaja

Adie memandang Laila dan Zaqry dengan wajah tanpa perasaan lalu mereka bertiga beredar sahaja dari situ

xxx

Pada hari percutian tersebut

"okay murid-murid saya sudah tetapkan pasangan anda yang akan bersama dengan anda di dalam bilik hotel sehingga hari terakhir percutian ini. Saya harap saya tak dengar apa-apa bantahan dari awak semua" kata cikgu membuatkan semua murid mengeluh kerana mereka tidak suka kalau cikgu tetapkan pasangan mereka

"aku harap aku sama dengan kau" bisik Adie di telinga Nia. Nia menjelingkan matanya

"bilik 107 ialah Zaqry dan... "

















































"Nia... "





HI GUYS! jangan lupa comment dan Vote tau!

Kalau typo tegur ye🙏

Love you! 💜

PENGAWAS SEKOLAH ✔️Where stories live. Discover now