Puteri Memilih Nilam Sari, permata biru kehijauan cahayanya. Hadiah untuk jasad keturunannya paling sabar tinggi ilmunya.Dipilih kerana teraniaya hidupnya namun tawakal kehendak hatinya. Pertemuan Puteri dan kekasih hati, dalam jurus darah yg dilalui, bkn rupa pilihan hati... Tapi dikunci rahsia darah penuh berahi. Saktimula tidak mahu pergi masih menanti daulatnya janji. Puteri terpilih bkn duniawi tapi dialam mimpi azali. Tidak bersatu bersama lagi, cinta sejati dilepas kini. Hadiahnya doa pengiring diri agar bahagia dgn pilihan hati. Nilam Sari masih perlu diuji tidak melawan takdir dan mementingkan diri... Demi wasiat janji sang duli. Sumpahan Sultan tiada lagi, tapi kelihatan Mayang Berduri. Masih memerhati menjaga puteri cuba memahami apa terjadi. Makhluk tuhan puteri akui, berbagai bentuk cantik dan ngeri.. Sama hidupnya memcari redha ilahi namun dosa tetap tidak di sedari. Itulah Al Quran kalam ilahi supaya makhluk diperingati. Puteri mendengar Si cinta Hati, mengajak bertemu di kemudian hari. Alasan ingin mempamer kebolehan diri, emas permata taruhan diri. Puteri masih teringat janji, pantang yg lama menyiksa diri. Andai diturut rasa hati terkorban nyawa tiada ganti. Kasihnya puteri di dalam hati, tiada manusia yg mengerti, kekasih hati tidak memahami, tanda dia tak punya hati. Puteri tidak menyalah diri, juga si cinta hati, kerana pertemuan itulah janji yg Allah rancang dlm hidup ini. Nilam Sari menolak lagi, cinta hati tidak mengerti. Dalam lembut tidak disedari sehingga dia berlalu pergi. Langkah nya Nilam langkahnya puteri, seiring jalan tidak diketahui. Persoalan daulat bknnya misteri, melepas gangguan sumpahan diri. Terbiar puteri bersama Nilam Sari, di jaga Zamrud Sunan Gunung Jati, aliran darah keturunan Duli, terbuang ia satu negeri. Dalam tulisan kisah Puteri mencari kebenaran kerajaan negeri, rahsia disebalik kejadian ngeri. Salah manusia pd diri sendiri juga manusia lain khalifah bumi.Puteri masih dirundung sepi, kuatnya hati mengikat janji, tidak kan ditemui si cinta hati. Itu keputusan lumat puteri. Lalu Nilam sari menuruti. ❤
Tersenyum suka, Percaya jgn,
Sambung lain kali,
Tuan Puteri
#kopipes
🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹