🌸 Kanda pendekar mmg mengasihi tuan puteri tapi dilayan layaknya spt Tuan Puteri, hanya membela lebih ditanggungjawabi. Tuan Puteri menerima dgn rela hati walau kisah lama bertebuk di hati naluri. Jambatan masih tidak disambungi berpisah puteri dibenua hilir negeri, kerana pantang dan sumpah dilanggari rakyat jelata menanggung lagi. Pertemuan Puteri dgn kekasih hati, ibarat melanggar prinsip diri, kesalahan besar disalah erti. Sejak kejadian puteri menyendiri, melarilan diri mengintai di sisi. Kekasih hati tidak sedar diri hidup gembira tanpa sesepi hati. Puteri sendiri dimurkai Sultan, disumpah laknat hidup menyepi sampai ke mati. Kerana pinangan puteri diracuni sakitnya sumpah tidaknya mati. Jasad dighaibi tidak dilihat, beramal hidup sepanjang hayat. Hanya Allah peneman diri, tiada manusia yg memahami. Sehingga puteri bertemu keturunan bersyarat wali, tauhidnya hati tidak terperi, tawaduknya iman teguh berdiri, barulah puteri dapat berkomunikasi sekadar menyelam hati yg suci. Pilihan bkn yg disukai, tapi diuji keimanan diri, Takut terpesong disangka sakti.... Cumanya puteri menumpang meluahkan hati. Allah itu kuasa paling ditakuti, tidak selemah apapun lagi. Al Baqarah sudah ditulis ilahi, dipesan pd seluruh manusiawi... Jgn diri tersalah erti, Dia izinkan ini terjadi. Sultan sudah lama pergi(mangkat) sumpah ditinggal dgn jin laknat. Puteri mangsa sultan berdaulat, disumpah kerana tidak taat. Kesalahan kerana kasih dan cinta, tidak direstui sultan berniat jahat. Walau puteri menolak sesusah syarat, sultan menilai mencabar hebat. Byk yg mati berdarah kudrat, nyawa melayang diri berulat.. Kejamnya syarat anak dara negeri di tawan Sultan. Diseksa mereka di siat siat, tangisan air mata menjadi syarat. Merangkak di dataran sebelum di siat, darah merah bersembur Tuhan melaknat. Puteri bersalah memberi syarat, ingatkan sultan bukanlah hebat. Kekasih hati sudah tahu di syarat, menggeleng kepala tanda sultan bknlah mulia. Puteri cukup kesalahannya, pd anak dara seluruh negeri, Allah telah menulis kifarahnya, kerana sumpah puteri dighaibi. Anak dara yg mati ditimbuni, atas dataran bukit yg tinggi,lalu dibakar sehingga mati tulangnya dikutip lalu sembunyi.Di mana ia, Puteri menyepi kerana kesalahan ditanggung hati. Syarat yg gila dituruti, rakyat jelata disakiti. Puteri bersedih kerana cinta hati, lalu hidup tidak diberkati. Kini peluang Allah beri, puteri cuba menebus kembali. Dgn ibadah zikir dan mengaji tanda puteri membetul diri. Tiada kehebatan dlm puteri, hanya hamba Allah yg disumpahi. Bukan pemberi kekayaan duniawi, tapi diri harus diteladani. Kesalahan dgn Allah, mudah diampuni, kesalahan dgn manusia menghukum diri. Hanya ilmu dan cerita hati, itulah kelebihan tuan puteri.Wajah juga bukan disanjungi, kuasa Allah ketentuan abadi. ❤
Tersenyum suka, Percaya jgn,
Sambung lain kali,
Tuan Puteri
#kopipes
🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹