Saktimula menyusur menemui puteri, wasiat dtg berjati diri. Puteri ditinggal di hilir negeri kerana janji wahai sang duli. Ibarat benua terpisah kini, jambatan negeri kan punah kerana janji. Nilam mungkin tidak memahami sekadar bayangan seakan mimpi. Pasti digertak kacau naluri, puteri risaukan Sang Nilam Sari. Cinta hati berdiam diri tandanya kasih punah bersegi.Seakan cermin retak menanti, tinggallah cindai menabur hati. Puteri tidak keruan diri, solat mengaji tidaklah henti, zikir dan taubat sudah berkali, Allah masih menguji diri. Datang bertamu Sunan Gunung Jati, membawa khabar masjid mewangi. Mandilah puteri di sana nnti sumpah yg lama terhapus pasti. Puteri berkhabar sang Nilam Sari, tunduk bersembah bersedih hati. Perlunya emas permata diri, barulah dapat ke Masjid Mewangi. Hakikat Nilam Sari tidak layak sbg puteri, duduk bersimpuh tercela diri. Hamba biasa dalam negeri, tawakal bersama luhurnya budi. Mencari rezeki sesuap roti, alasnya perut berganti ganti. Mimpikah Nilam Sari ke Masjid Mewangi, kemampuan bukan spt seorang puteri. Darah sang duli tidak bermakna lagi, hamba Allah itulah diri. Darjat dan pangkat berlalu pergi, tersimpan kejap di Gunung Jati. Kekayaan lama bknlah emas permata sakti, tapi luhurnya budi ilmu diwarisi. Tersimpan dalam sudut hati, adakala Nilam Sari dapat mencari. Cepat belajar senang di warisi, Nilam Sari bukan perempuan sakti. Darah keturunan si tuan puteri, melerai sumpah dari sang duli. Mayang Berduri betawaf kini. Memcari salah pantang Puteri. Tersilap langkah lakunya puteri, darah keturunan puteri di sakiti. Bermandi darah ajal nya nanti, Allah sahaja maha mengetahui. Nilam Sari kurang mempercayai, puteri berhubung si cinta hati. Seminggu laknat sumpah sang duli, mayang berduri menyembur darah keluarga Nilam sari. Ajal dan maut Allah tentukan, izinNya ia kerana Tuhan(Allah).Perginya keluarga Nilam sari, puteri menyesal berdiam diri. Berasa hiba tidak terperi, asyik menyalahkan diri sendiri. Terima hakikat putusnya janji, lupakan terus si cinta hati. Jangan ada terkorban lagi, keluarga puteri atau si cinta hati. Jalan terbaik, Terus begini, mereda nyanyian gupita Mayang Berduri. Sumpah Daulat wahai sang duli, duduk mengawal menjaga puteri. Kemana mana diekori, beratus tahun setianya janji. Serindit terbang memesan puteri, zikirlah setiap hari. Dapat membuka hijap telinga hati memdengar nasihat kalam ilahi. Walau membaca dgn bismillahi, tembusnya ia merakam hati. Biar bersih suci dan murni, mengenal Allah tauhidnya diri. Puteri masih dirundung sepi, saktimula tidak berganjak pergi. Banyak kesusah rakyat hadapi andai benua terpisah kini. Berkhabar ia pada Puteri, Nagasari ingin menjemput puteri. Membawa terus ke masjid mewangi tanpa emas permata diri. Tunggangan diberi Nagasari, dalam lautanenyembunyi diri. Jika diseru oleh puteri, terbang bersama sumpitan api. Puteri cuba mengawal hati, jgn menurut itu semua lagi. Berbalah nagasari di dalam hati, puteri menolak pelawaan murni. Dengan ilmu Allah beri, zikir ketenangan di alun puteri, Nagasari berhenti mengocak diri takut tenggelam utara negeri. Hanya zikir penenang nagasari, mampu membuat terlena sepi. Sudah lena jgn dikejuti, puteri berpesan pada saktimula lagi. Jangan kerana cinta hilangnya negeri, terkorbam rakyat yamg puteri kasihi.Pengorbanan ini tandanya puteri, keturunan yg datang dari Gunung jati. Walau jasad tidak dimiliki, Nilam sari penghibur hati. Perkenan titah Tuan Puteri, disemadi dalam diri Nilam sari, "Wa zunubihi" ampuni aku, "Wa Qulubihi" dengan hatiku, "Wa Uyun" dengan mata airku (Air dari Gunungnya puteri menyepi diri).
Tersenyum suka, Percaya jgn,
Sambung lain kali,
Tuan Puteri
#kopipes