PART 10

26 4 3
                                    

Sedang mataku ralit memerhatikan suasana di sekeliling, tiba-tiba sahaja pandanganku tertancap pada seorang lelaki yang berambut pendek berwarna hitam dan memakai tunik.

Jika dilihat dari penampilannya, lelaki ini bukan seperti typical lelaki yang hidup di alam ini.

Lelaki itu memandang aku lalu tersenyum. Aku pula hanya membalas dengan senyuman yang janggal sahaja.

"Mari masuk,"kata Jongin kepadaku.

Aku hanya menurut sahaja sambil membiarkan tanganku ditarik olehnya masuk ke dalam rumah Chandaeyol.

Majlis tersebut berjalan dengan lancar sehingga ke waktu malam. Aku pula sudah menukar pakaian kepada tunik labuh ringkas dan seluar panjang. But kulit lama milik Chandaeyol disarungkan dengan kemas menutupi kaki.

"Kamu dah makan?"tanya Jisosweet yang masih memakai gaun pengantinnya kepadaku.

Aku mengangguk dengan mempamerkan senyuman kecil pada bibir. Pinggan yang sudah licin itu dicuci di singki sehingga bersih.

Aku mengatur langkah menuju ke ruang tamu rumah yang bersaiz sederhana itu untuk mencari Putera Jongin. Harap sahaja dia masih ada di sini.

"Tuan Putera?"panggilku kepada Jongin yang kelihatan berteduh di bawah pokok maple yang ditanam di kawasan taman belakang rumah itu.

Jongin bangkit dari tempat duduknya lalu berjalan ke arahku dengan kedua tangan yang diselak ke dalam poket seluar. Ekspresi wajahnya juga datar.

"Kenapa kau datang ke sini?"tanya Jongin kepadaku.

Aku meneguk liur sendiri sambil menyelitkan anak rambut ke belakang telinga.

"Saja nak cari Tuan Putera. Ingatkan awak dah jalan tadi,"kataku sambil menundukkan kepala.

"Ouh,"Jongin melopong sedikit.

Suasana di antara kami berdua bertukar sunyi diiringi dengan bunyi cengkerik yang bersahutan mengikut rentak irama pada malam itu.

"Panglima Jengkuk, sudah lama kami berpusing di merata tempat di sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Panglima Jengkuk, sudah lama kami berpusing di merata tempat di sini. Nampaknya kelibat Tuan Putera dan bakal gundik Maharaja masih belum ditemui!"rintih salah seorang pengawal istana itu.

Jengkuk merengus kasar sambil mengusutkan rambutnya. Topi perisai yang dibuka itu digenggam erat sambil matanya melilau di sekeliling tasik tersebut.

"Sudah dua hari kita di sini, takkanlah kelibat mereka berdua kita masih belum jumpa? Haish, ini yang buatkan aku marah ni!"gerutu Jengkuk.

Sementara itu, Panglima Meehun pula sedang membuat rondaan di kawasan perkampungan Dasha bersama kudanya.

Ketika Meehun membawa kuda itu masuk ke dalam laluan kecil kampung itu, matanya tertancap pada kelibat seseorang yang dikenalinya.

"Weh, Chandaeyol!"laung Meehun sambil mengangkat tangannya ke udara.

Akibat perbuatannya yang sengaja melepaskan sebelah tangan pada tali itu tadi, hampir lagi Meehun terjatuh apabila kuda itu menjerit sambil mengangkat tubuhnya ke atas kerana rimas.

Chandaeyol berpaling lalu memerhatikan Meehun yang berpaut pada bahagian withers dan leher kuda itu.

"Meehun...Meehun..."desis Chandaeyol sambil melihat Meehun yang cuba menyeimbangkan diri akibat kelalaiannya sendiri.

"Hei, teman seperjuangan! Selamat pengantin baru!"ucap Meehun kepada Chandaeyol.

"Hm, makaseh,"balas Chandaeyol lalu meletakkan penyapu lidinya pada dinding tembok rumahnya itu.

"Apa khabar isteri kau si dayang Jisosweet tu?"tanya Meehun.

"Okay. Kenapa? Kau nak jumpa dia?"kata Chandaeyol dengan pandangan mautnya.

Meehun pula mengawal dirinya daripda gelabah.

"B-bukanlah. Aku cuma tanya je. Lagipun, dia kan bini kau. Gilalah kalau aku nak rampas dia daripada kau. Percayalah cakap aku...aku kan kawan kau,"ujar Meehun.

"Walaupun kau kawan aku, tapi aku tak percaya. Zaman sekarang ramai manusia fake tau. Luaran je baik tapi dalaman hm,"kata Chandaeyol dengan ayat sentapnya.

Meehun hanya terdiam di situ sambil mengorek hidungnya.

Ei, tak sopan betul mamat ni.

"Baik,"kata Meehun. "Tapi percayalah kata aku. Aku ni baik. Kau je yang cepat nak judge orang heh."

Chandaeyol menggulingkan bebola matanya. Malas mahu memanjangkan perdebatan yang tidak seberapa penting ini.

"Apa tujuan kau datang ke sini?"tanya lelaki bertelinga capang itu.

"Aku datang ke sini sebab Maharaja yang suruh."

"Sampaikan ucapan tahniah sempena perkahwinan aku dan Jisosweet?"

"Ha'ah. Pada masa yang sama mencari Putera Keempat dan bakal gundik dia,"kata Meehun.

Chandaeyol terdiam.

"Putera Jongin dan Cik Byun Aerana?"tanya Chandaeyol.

Meehun mengangguk.

"Maharaja mengamuk sebab diorang dua tiba-tiba hilang malam tu. Sebab tulah kenapa aku dengan panglima perang yang lain datang ke sini,"kata Meehun.

"Panglima Jengkuk ikut tak?"

"Ikut."

"Panglima Kriseu GalaxyFan?"

"Ikut juga."

Chandaeyol mengeluh. Kedua tangan diletakkan pada pinggang sambil matanya merenung ke langit yang membiru ketika itu.

"Dah masuk dua hari kami keluar dari istana,"kata Meehun.

"Omo! Korang tak lapar ke?"tanya Chandaeyol dengan risau.

Kriukk~

Perut Meehun berbunyi.

"Laparlah..."rengek Meehun. "Aku nak nasi kari boleh tak? Dah dua hari aku asyik makan ubi manis yang tukang masak istana tu sediakan aje."

"Aku ingatkan kau suka makan mihun,"chandaeyol tersenyum sinis.

"Hari-hari makan mihun, bosanlah,"rungut Meehun.

"Yalah. Yalah. Masuklah. Eh, bawa geng-geng kau yang lain! Ajak diorang makan sekali,"pelawa chandaeyol kepada Meehun.

"Horay!"Meehun menjerit keriangan sambil membawa kudanya pergi dari situ.

Pada masa yang sama, Jongin yang bersembunyi di celah semak-samun rumah itu terus berlari masuk ke dalam untuk mencari kelibat Aira.

"Aira, kita kena keluar dari sini!"kata Jongin dengan cemas.

(C) Awangan Blues | KJI Where stories live. Discover now