PART 26

13 4 6
                                    

Sementara itu, di dunia sebenar pula...

Mesin detak jantung berbunyi dengan seragam sambil tangan mulus seorang gadis yang semakin memucat digenggam erat oleh si abang.

"Aira, bilalah kau nak bangun? Aku dah lama rindukan kau Aira...aku rindu nak sakat kau, aku rindu dengar bunyi gelak kau Aira,"kata Baekhyun sambil meletakkan tangan Aira yang sejuk itu pada dahinya.

Sejak Aira hampir lemas pada hari itu, dia dimasukkan ke dalam hospital dan koma selepas itu. Sudah seminggu gadis itu terlantar di atas katil dengan bantuan mesin pernafasan dan cecair IV yang disuntik ke dalam nadinya.

Baekhyun mengeluh perlahan. Rasa sedih mula menyelubungi diri apabila mengenangkan kebodohan sendiri disebabkan tidak menghalang adiknya.

"Bodohnya aku...ya ampun,"gumam Baekhyun sendiri.

Pintu dibuka lalu menampakkan seorang doktor tinggi lampai yang membawa rekod perubatan milik Aira.

Baekhyun tersedar daripada lamunannya lalu berdiri dan menunduk hormat kepada doktor itu.

"Apa khabar doktor, maaf saya tertidur tadi,"kata Baekhyun.

"Tak apa. Saya faham keadaan kamu, Encik Baekhyun,"doktor yang memakai tag nama Park Chanyeol itu hanya tersenyum.

Park Chanyeol ialah Jeneral Chandaeyol di dunia sebenar. Lelaki ini sudah lama berkhidmat sebagai doktor yang merawat Aira sejak gadis itu dimasukkan ke dalam hospital tempoh hari.

Kaca mata yang dipakai dibetulkan lalu matanya tertumpu pada rekod kesihatan Aira itu.

"Berdasarkan pemerhatian saya, adik encik telah mengalami satu keadaan yang sangat pelik. Saya tengok tekanan darahnya okay saja, degupan jantung pun okay...tetapi ada sesuatu yang tidak kena pada otaknya,"kata Chanyeol.

"Apa yang jadi pada otak adik saya, doktor?"tanya Baekhyun.

"Adik encik mungkin akan mengalami amnesia dalam jangka masa yang singkat disebabkan tempoh koma yang lama,"kata Chanyeol.

"Sampai bila adik saya terus begini?"tanya Baekhyun lagi yang mula gusar.

Chanyeol meletakkan pen itu pada telinganya lalu memandang Baekhyun sambil memuncungkan bibirnya.

"Mengikut imbasan CT yang dilakukan, ada kemungkinan adik encik akan koma dalam masa sebulan."

Baekhyun tersentak.

"S-sebulan? Lamanya..."gumam Baekhyun.

"Tapi tidak mustahil jika adik encik akan cepat sembuh. Banyakkan berdoa ya?"Chanyeol menepuk bahu Baekhyun lalu keluar dari situ apabila Baekhyun membalas dengan anggukan kecil sahaja.

Belum sampai seminit Chanyeol keluar dari situ, pintu bilik tersebut dibuka semula oleh orang lain. Kali ini, seorang lelaki berkulit pucat masuk ke dalam sambil membawa buah tangan.

"Eh, Sehun?"tanya Baekhyun kepada Sehun yang datang bersama jambangan coklat.

Ini pula Sehun atau lebih dikenali sebagai Meehun di dunia Awangan. Sehun ini pula sepupu kepada Aira. Sepupu yang hanat lah dikatakan.

"Bro, Aira belum bangun lagi?"tanya Sehun.

Baekhyun menggeleng.

"Hm...sampai bila ya keadaan macam ni kau rasa? Aku rindulah nak buat prank dekat dia,"kata Sehun sambil meletakkan jambangan coklat di atas meja bersebelahan dengan katil Aira.

"Samalah...aku rindu nak sakat dia. Tak sangka semua ni boleh jadi macam ni. Huwaaaa!!!"

Baekhyun terus meraung kesedihan di situ sambil ditenangkan oleh Sehun yang menunduk sayu. Aira yang masih terlantar di atas katil itu dipandang dengan mata yang basah.

"Aira...aku rindukan kau..."kata Sehun sambil memeluk Baekhyun yang masih menangis itu.

~~~

Kembali ke dunia Awangan

Aira yang masih sibuk dengan kerja menyapunya terhenti apabila Kim Chen datang sambil membawa longgokan surat di atas tangannya.

"Eh, Kimchi?"tegur Aira sambil menjegilkan matanya.

Kim Chen memandang Aira dengan bibir yang dimuncungkan sambil mencebir sinis.

"Cantik-cantik nama aku Kim Chen, kau panggil aku Kimchi? Kau ingat aku ni makanan ke?"soal Kim Chen kepadaku.

"Alahai, nama tu kan comel. Macam orangnya kan?"Aira mencubit pipi Kim Chen.

"Ei, jangan cubit pipi aku! Aku ni berbini tau!"Kim Chen menepis tangan Aira sambil mendengus kecil.

"Iyeke? Mana bini kau?"tanya Aira.

"Ada di dunia sebenarlah. Kau ni,"desis Kim Chen.

"Oh, okaylah kalau begitu. Aku nak sambung kerja dulu! Bubyeeee~"dengan lenggok gaya catwalk mirip model antarabangsa itu, Aira terus melenggang sambil memegang penyapunya.

Kim Chen yang memerhatikan perbuatan gadis di hadapannya ini terus termuntah.

"Geli aku,"kata Kim Chen sambil memasang pili air pada singki itu.

~~~

Ketika pasukan tentera Awangan sedang sibuk berlatih di lapangan itu, Aira bersama beberapa orang dayang yang lain datang sambil membawa makanan yang dimasak dari istana.

Jongin yang sibuk melatih anak buahnya itu menoleh lalu mengangkat sebelah keningnya. Aroma lazat daripada makanan yang dimasak itu membuatkan perutnya berkeroncong.

"Aduhai, lapar pula aku,"gumam Jongin lalu memandang ke arah anak buahnya yang sudah penat melakukan latihan menembak tersebut.

"Tuanku! Kami lapar!"laung Meehun sambil memegang perutnya.

"Ya Tuanku! Perut patik sudah berbunyi dari tadi,"kata Kriseu.

Macam-macam aje dua ekor ni. Kalau dayang-dayang ni semua tak datang tadi, dah lama aku suruh korang semua pusing padang 18 kali pula lepasni.

"Yalah! Pergilah makan!"kata Jongin kepada Meehun, Kriseu dan tentera yang lain.

"Yay!"mereka terus menyerbu meja yang disusun di hadapan bangunan pejabat utama kem itu sehingga menyebabkan Jongin terjatuh ke tanah.

"Haish! Disuruh makan, cergas pula! Kalau aku suruh pusing padang, ada pula yang nak pengsan,"omel Jongin.

"Awak?"panggil Aira yang muncul di situ.

"Awak tak nak makan ke?"soal gadis itu lagi.

Jongin memandang Aira lalu menggelengkan kepalanya.

"Nantilah,"Jongin terus berdiri lalu menyapu debu yang menempel pada pakaiannya.

(C) Awangan Blues | KJI Where stories live. Discover now