j.y.u-s.a.n_13

104 21 35
                                    

homi's pov
.
.
.
"siot kau mihun" maki chae sambil mengusap punggungnya

renungan tajam juga tak lupa dihadiahkan pada aku yang tersengih tak bersalah. ala macam tak besye heh

sekotak susu berperisa melon kegemaran chae aku buka muncungnya lalu diserahkan pada kawan baik aku itu

chaeyoung aku dekati malu-malu macam dalam filem lama melayu. dalam kepala siap ada iringan lagu klasik nak kasi feel ~~

"atoto miannn, nah ha aku lanje syusyu hehe" bodek aku dengan sengihan

susu tu ada orang bagi sebenarnya tapi tak apalah, bukan aku suka pun susu perisa buah warna hijau tu.

huluran susu kotak disambut oleh chaeyoung dengan jelingan

ala dia marah tipu-tipu saja tu, nanti lepas punggungnya elok dia pun okay.. harapnya lah--

"tapi betul weh, patung tu memang bertukar jadi bentuk manusia tapi ada taring ! dia siap ada 6 orang abang, semua aku pernah kutip sebelum ni. ingat takk ?"

chaeyoung berhenti meneguk sarapannya untuk berfikir. ada ke eh ?

gadis itu menggelengkan kepalanya, tanda tak percaya dan tak ingat langsung yang sebelum ni memang aku ada kutip lagi 6 anak patung kecil dalam kawasan sekolah

" kau penat je kut sampai berangan benda bukan-bukan. kau jangan weh, kalau jadi betul nanti mapuh kau" ujar chae

macam sengaja je nak menakutkan aku pempuan ni

biasanya aku cakap apa pun minah ni percaya saja. kali ni macam... entahlah

mungkin aku memang cakap benda merepek tapi benda ni fakta ! betul -
betul terjadi nyah

ah lantak lah, aku pun pening juga memikirkan yang dalam bilik aku tu penuh dengan lelaki auch

roti dengan filling krim coklat aku sua ke mulut tanpa mengendahkan chae yang tak mahu percaya cerita aku tadi

ehh lantak laaa
.
.
.
no one's pov

"tak kira, korang semua kena balik juga dalam masa terdekat ni. puak vampire perlukan raja baru, seokjin. sebaik saja papa gordon meninggal dunia kau kena ambil alih tugas dia" desak minhee

gadis itu berdiri di hadapan seokjin yang masih dalam visual patungnya. adik beradik mereka.. cuma boleh bertukar menjadi normal pada waktu tengah malam saja

seokjin menghela nafas berat. tak nampak ke yang dia ni masih belum mampu nak berdiri megah macam putera lain yang sepatutnya ?

dia tak normal, sama macam adik-adik dia juga. mereka semua disumpah. macam mana kalau saat mereka kembali ke negara asal nanti rakyat puak vampire tak mahu seokjin selaku putera sulung jadi raja yang baru ?

mungkin ada juga diantara rakyat vampire yang akan panggil seokjin adik beradik sebagai sumpahan yang boleh membawa nasib malang. kuat lagikah hati mereka pada masa itu ?

"aku.. tak tahu minhee. macam mana aku nak lakukan tugas dengan tubuh patung ni ?" soal seokjin dengan dahi yang berkerut

pangkal hidung dipicitnya sehingga cermin mata tanpa kanta yang homi belikan terjatuh ke lantai sebab patung mana ada hidung mancung nak tahan benda tu.

sakit kepala otak dia nak fikir pasal hal yang satu itu. nak suruh dia ketuai perang waktu malam ke ? mereka vampire, bukannya kelawar. puak ini tak lemah pada waktu siang macam yang dalam kartun itu

rank mereka lebih tinggi, kulit mereka tidak alah pada cahaya matahari. boleh saja bekerja dan cari makan pada waktu siang dan tidur waktu malam

seokjin buntu. wajahnya tampak kelat. tanpa berkata apa-apa, lelaki itu turun dari katil homi yang didudukinya sejak tadi sebelum keluar dari bilik melalui tingkap

"eh eh Alex ! Alex ! woi aku tak habis cakap lagi lah hanatt erghhh"

dia tak peduli akan jeritan minhee, yang seokjin tahu sekarang dia perlukan masa untuk bersendirian.
.
.
.
"ibuuu anakmu yang solehah ni dah balik !" jerit homi lantang dari muka pintu

kasut sekolah dicabut lalu diletakkan di atas rak. kelibat ibunya dicari

dekat dapur tak ada, dekat dalam bilik tak ada. hm tak apalah lagipun tujuan dia mencari maknya itu sebab nak... tak ada sebab heheh

bilik tidurnya sendiri dituju. ehem harapnya waktu dia buka saja pintu bilik nanti dah ada namjoon ke hoseok datang bawa air hohoho

dengan senyuman nakal, pintu bilik dia buka.

kreekk

sengihannya memudar sebaik sahaja terpandang akan kelibat minhee

"awwh.. tak ada penyambut lah 'anak raja' ni pft" ejek minhee yang sedang bersantai ni atas katil homi

mesti dia dah terdengar apa yang homi fikir dalam hati, eh dasar amik kesempatan !

homi menjeling saja si minhee dengan bibir tercebik. beg sekolah dia buka sebelum diletakkan di atas kerusi belajar

kelibat yoongi dan jungkook yang tertidur di atas mejanya dia kerling. comel hshshajshsh

patung jungkook diangkat, sekaligus meleraikan pelukan dua beradik itu. dia tak tahan, nak je dia gomol patung ni kalau tak teringatkan yang mereka tu sebenarnya lelaki hidup

"ehek, comel nya.." pipi lembut jungkook dicubit

minhee perhati tingkah homi sebelum memilih untuk mendekati gadis itu

"oi" homi mendongak memandang tajam minhee yang tak ada akhlak itu

husnuzon eh mungkin minah tu lupa nama sebenar homi sebab tu dia panggil oi oi saja

"apa" tangan patung jungkook dinaikkan menyentuh pipinya

deep sleeper rupanya mamat ni, orang kacau pun tak bangun juga. yoon homi tersengih lagi

secara tiba-tiba minhee melingkarkan lengannya ke pinggang homi. wajah homi memaparkan riak wajah terkezutt

dalam kepala otak dia dah terbayang kalau dia kentut lalu buat muka aegyo macam tak rasa bersalah langsung. terkejut punya pasal ahshas

"kau comel lah, kawen dengan aku jom" ujar minhee dengan segaris senyuman yang orang panggil smirk

pipi homi dielusnya menggoda

keletakk !

dan secawan air oren yang hoseok bawakan untuk homi terjatuh menyembah lantai...
.
.
.
tbc..

saba woi aku tak sokong lgbt++

so currently ni ah profile pic yang aku letak untuk google classroom/gmeet

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

so currently ni ah profile pic yang aku letak untuk google classroom/gmeet

SAJA BAGITAU SEBAB JUNGKOOK COMEL shshshsh

oso, sekolah dah nak bukak siot :'3

homework datang pakai rambut palsu sebab nak takutkan aku be like : 👻









doll _ [bts ff♡] Where stories live. Discover now