Chapter 45 : Little SeokJin ?

453 54 10
                                    

"Tak boleh ??" Tanya Mina sambil kelip kelip mata
"Tak faham kan?" Kata Tzuyu dan Mina mengangguk kepalanya diikuti oleh member Twice yang lain
"Aku yang cakap dengan dia tadi lagilah tak faham jadi aku tak tahu nak terangkan macam mana kat unnies" kata Tzuyu lalu dia mengusutkan rambutnya

"Ada yang tak kena ni.." kata Dahyun sambil jari telunjuknya mengetuk meja. Nayeon menjeling tajam. Dia menarik nafas dan menghelakannya
"Kau tak cakap pun kitorang tahu yang memang ada benda tak kena !" Kata Nayeon lalu dia memicit kepalanya

"Sejak kes OMG tu, korang perasan tak yang blackpink macam lain ? Diorang macam... Dia asyik mengelak dari lepak ngan kita.. Jauhkan diri dia dari kita kan ??" Kata Jihyo
"Tapi kenapa ?" Persoalan Sana dibiarkan diam sepi
"Diorang dah tak nak kawan dengan kita ke ?" Tanya Chaeyoung yang hampir menangis

"Diorang bukan macam tu.. blackpink kita bukan macam tu !" Bantah Momo lalu mereka semua mengangguk tanda setuju
"Jadi, ada benda lain diorang simpan" gumam Jeongyeon. Mina yang berada disebelahnya hanya diam
"Dia kata dia tak boleh dah nak sayang BTS. Diorang kata diorang tak larat" Kata Tzuyu dengan perlahan, seperti nak mencari makna yang tersembunyi disebalik perkataan Lisa itu

"Kenapa pulak ? Sebab OMG yang gedik tak cukup kain tu ke ?? Perempuan aci rebut peluang dan ambik kesempatan dalam kesempitan tu aku rasa tak patut kut blackpink pergi sampai tahap macam yang tu. BTS terang lagi bersuluh cintakan diorang" kata Jihyo dengan yakin
"Eh memang pun BTS takkan terima perempuan tu !" Kata Nayeon yang menyokong Jihyo

"Ya, takkan sebab BTS suka gila kut kat blackpink. Seumur hidup aku, aku tak pernah lagi tengok perempuan yang boleh ubah BTS ni. Blackpink jelah satu satunya perempuan yang boleh ubah perangai batu BTS ni. Lagipun Got7 kata yang sejak blackpink jauhkan diri dari BTS ni diorang dah macam orang gila sebab terpaksa dijauhkan diri dari blackpink" kata Sana yang masih chat dengan Yugyeom

"Tapi kenapa blackpink buat macam tu kalau ianya hanya sakitkan hati diorang ? Kenapa diorang tak boleh sayang BTS ?? Ada benda yang kita tak boleh tahu ke... Atau diorang ada simpan rahsia dari kita ?" Kata Chaeyoung

..................

Blackpink menepuk tangan mereka. Mereka yang berpakaian biru muda itu tersenyum apabila melihat kanak kanak di rumah anak yatim Krystal menyanyikan lagu

"Unnies... Saranghae !!" Kata mereka lalu blackpink terus memeluk mereka dengan air mata yang mengalir
"Jangan lah nangis Unnie nanti tak cantik" kata seorang budak lelaki lalu dia mengelap mata Jisoo

"What's your name ?" Tanya Jisoo
"My name is Kim Seok Jin" kata budak itu. Jisoo tergamam
"S-seok Jin ??" Tanya Jisoo untuk memastikan perkara itu
"Yes Unnie !" Kata SeokJin lalu dia membuat muka pelik

"Sape buat Unnie menangis ?" Tanya SeokJin
"Takde sape pun lah" jawab Jisoo
"Cikgu kata tak baik menipu" kata SeokJin dengan muka innocent
"Kalau kamu nak tahu, Unnie ada boyfriend.. Nama dia Jin. Sama macam kamu. Kim Seok Jin" kata Jisoo sambil menarik tangan budak itu untuk duduk ditepinya

"Lepastu ?" Tanya SeokJin
"Unnie sayang dia. Unnie sabarkan hati Unnie tapi.. dia ? Mungkin Unnie tak sesuai untuk dia. Patut ke Unnie putus dengan dia ??" Kata Jisoo sambil tersenyum tipis
"Mula mula, SeokJin sendiri pun tak tahu maksud perkataan boyfriend tapi bagi SeokJin.. mungkin Unnie patut cuba lagi ? Unnie jangan cepat putus asa ok ?" Kata SeokJin sambil mengeluarkan sesuatu dari poketnya

"Ni milik adik SeokJin yang mati tahun lepas. Cikgu kata dia ada sakit teruk. Eomma appa SeokJin dah takde. Cikgu pun kata yang adik SeokJin dah bahagia dengan eomma appa" kata SeokJin lalu dia memegang tangan Jisoo

Dia meletakkan pin rambut yang bercorak bunga di tangan Jisoo. Bunga tersebut berwarna peach dan soft pink

"SeokJin sayang sangat benda ni tapi SeokJin bagi pin ni kat Unnie sebab SeokJin percayakan Unnie.. Perkara baik akan datang kalau Unnie sabar" kata SeokJin seperti orang dewasa
"SeokJin pergi dulu ! Saranghae, Unnie" kata SeokJin lalu dia pergi bermain dengan rakannya

Jisoo memandang pin rambut itu. Dia teringat kepada eomma appanya. Dia rindu sangat kepada mereka. Dia harap yang dia akan jumpa dengan mereka dan selalu dengan mereka. Dia menutup matanya dan air matanya menitis

Dia merasakan seseorang mengelap airmatanya. Dia membuka mata dan melihat Jin sedang mengelap dan dia menggunakan sapu tangan yang diberikan Jisoo masa Jin tak sengaja tertempuh seorang junior semasa mereka masih sekolah menengah

"Found you, my love" kata Jin dengan lembut. Dia memerhatikan tingkah laku Jin. Perlu ke dia percaya dengan apa yang dia lihat ? Dia berbelah bahagi dengan hatinya sekarang. Separuh hatinya menyuruh untuk menerima Jin manakala separuh hatinya lagi untuk membuang Jin dari hidupnya

"Jisoo ?" Jin melambai tangannya di hadapan wajah Jisoo. Jisoo tersentak sekaligus mati dari lamunannya
"Ahh Jin, saya lupa yang saya ada kerja kat rumah.. nanti kita jumpa ok ?" Kata Jisoo dengan cepat tetapi Jin sempat memegang tangannya

"Kenapa awak jauhkan diri awak dari saya ?" Tanya Jin
"Saya cuma nak belajar macam mana rasanya rindu kepada orang yang kita cinta" kata Jisoo dengan lembut lalu dia menepis tangan Jin dari lengannya

"Saya pergi dulu" kata Jisoo lalu dia berlalu pergi dari situ

New chapter unlock 🔐!!


Happy birthday to our sweet kookie maknae ❤️❤️❤️❤️ !! Thanks for make us happy 💗 You are the best 😉

REVENGE SEASON 2.Where stories live. Discover now