Chapter 23 : Breaking up with you ?

502 60 5
                                    

RV berjalan menuju ke sebuah van hitam lalu mereka memberikan sebuah beg hitam. Mereka berbincang sesuatu sebelum smirk. Mereke mengangguk kepala mereka sekilas lalu terus pergi dari situ sebelum ada orang nampak mereka

*SKIP KEESOKAN HARINYA*

Hot news !!

CEO kepada 7 syarikat terkenal dikatakan sedang bercinta dengan pembantu peribadi mereka. Gambar gambar yang diupload di Instagram itu menjadi viral baru baru ni.. Minhee, ibu kepada CEO tersebut mengatakan bahawa dirinya meminta maaf kepada pihak media. Keadaan menjadi lebih kecoh apabila pekerja disitu memberi kenyataan

"Kami sendiri yang dengar bahawa sajangim kami sudah ada girlfriend sebelum ini. Puan Minhee dan Tuan Sung Jae sendiri yang mengesahkan bahawa sajangim sudah ada calon isteri sebelum pembantu peribadi sajangim kerja disini"

Brukk

BIGBANG terus menutup TV apabila melihat blackpink jatuh ke lantai sambil menangis. BIGBANG cuba menenangkan blackpink tetapi blackpink berlari keluar dari rumah mereka dan terus ke rumah BTS

........

PLAKK

Minhee menampar anak anaknya sambil menjerit
"Korang gila ke ???!!! Tak cukup dengan satu perempuan ? Eomma dah suruh kamu stop jadi playboy tapi kamu tak nak ! Ni lah akibatnya !! Kamu tu dah nak bertunang dengan blackpink !" Jerit Minhee ke arah BTS yang sudah pasrah
"Eomma tak boleh tahan semua ni.. eomma taknak blackpink sakit hati lagi lepas ni. Putus dengan blackpink" kata Minhee dengan serius. BTS terus mengangkat wajah mereka. Ditatapnya wajah Minhee yang sedang menangis

"Eomma !!! Tolong jangan ! Kami sayangkan blackpink, tolong lah kami" BTS merayu di kaki Minhee sambil berlutut

Ting tong ting tong

Sung Jae terus membuka pintu. Ditangannya pula masih mengendong Suzy. Mereka terus masuk tanpa dipelawa oleh Sung Jae

"E-EXO ??" tanya BTS. Satu penumbuk khas diberikan kepada BTS oleh EXO
"I've told you right ? Hurt blackpink's feeling, you will deal with us" Kata Sehun. BTS cuma berasa panas hati dengan kata kata EXO
"Korang ni sape ? Boyfriend blackpink ? Cinta hati blackpink ? Abang blackpink ?? Jadi apa hak korang untuk kata yang kami akan berurusan dengan korang ?" Kata Jungkook dengan sinis. Suho mendengar itu terus memukul Jungkook. Habis ditumbuk muka handsome Jungkook

"Tak cukup lagi ke dengan apa yang korang buat ???!!! Tak malu ke ? Aku tak tahu kenapa kami kenal dengan korang !! Aku sebagai lelaki, malu dengan perangai korang. Nak tahu kenapa ? Korang tu tak cukup dengan seorang. Memalukan kaum lelaki. Spesis lelaki bangs*t macam kau ni lah yang buat perempuan kata lelaki ni sampah" Kata Kai lalu mereka berpaling ke belakang. Mereka melihat blackpink dengan muka yang sembab, mata merah, muka merah, rambut tidak terurus. BTS terus menuju laju ke arah blackpink. Sebelum sempat sentuh tangan mereka, mereka dihadiahkan dengan penampar oleh blackpink

"Puas ? Sakitkan hati kami ?? Seronok ? Kelakar ? Dapat faedah ? 3 tahun... Hiks.. 3 TAHUN KAMI TUNGGU KORANG WALAUPUN BANYAK DUGAAN. KAMI SABARKAN KAN HATI KAMI DENGAN HARAPAN BAWA IJAZAH DAN HAPPY DENGAN KORANG.. Tapi korang ? Sampah. Tak guna. Jangan sentuh aku lah !! Aku jijik dengan lelaki yang mengemis dengan perasaan wanita. Korang bahagia dapat tipu kami ? Kenapa tak buat pesta ? Kenapa nangis ? Bukan ke dah berlambak perempuan korang gunakan kat luar sana ?? Tapi korang tak nangis pun.. kenapa ? Mesti happy kan dapat sakitkan hati kecil kami nih. Hati kami ni dah terlalu banyak luka. Dalam. Sangat perit sampai korang takkan boleh tahu sakit tu macam mana. Perempuan mana pulak korang nak gunakan lepas ni--" kata Jisoo terpotong apabila Jin menamparnya membuatkan semua orang terkejut

Jisoo memegang pipinya yang merah. Terasa perit kat pipi dia tapi yang dia pasti, rasa perit tu tak sama dengan rasa perit kat hati
"Kenapa ? Korang nak jadi dayus ?? Jadilah !! Apa kami kisah ! Nak berubah ? Hah, janji palsu dan manis korang tu, kami sepatutnya tanam dalam dalam kat kubur. Macam tu jugak dengan cinta kami.. kami sepatutnya kuburkan cinta kami untuk korang tapi.. kami tak boleh buat macam tu. Sebab kami terlalu sayangkan korang" kata Jisoo lalu dia mengesat air mata. Blackpink menuju ke arah Minhee lalu memeluk wanita itu. Mereka tersenyum manis lalu keluar dari rumah itu dengan tangisan yang masih belum reda

Tak lama kemudian, datanglah Twice membawa pisau, kuali, senduk dan banyak lagilah.. mereka pandang BTS dengan marah. Mereka menuju ke arah BTS dan terus memukul badan BTS
"YAH PABO !! KORANG KENAPA SAKITKAN HATI KAWAN KAMI HAH ? WOI JAWABLAH " jerit Tzuyu. EXO cuba sedaya upaya untuk meleraikan mereka tapi hampeh. Perempuan kalau marah boleh jadi singa. Bahaya auu. Sebelum sempat BTS lari, Got7 yang datang entah dari mana terus memukul BTS berkali kali

"Kalau korang tak sayang, lepaskan ! Diorang bukan binatang untuk korang kurung dalam sangkar ! Diorang cuma perempuan yang ada hati lembut ! Banyak sangat kesakitan yang diorang alami !! Kenapa kau nak tambah kesakitan dia tu ? Kenapa tak jawab ? Tengah fikir tentang nak lepak dengan perempuan mana esok ke ?" Sindir Jackson
"Hei, diorang ni sebenarnya tengah fikir nak cari perempuan baru lepas ni kan ? Korang ni handsome, takkan lah tak boleh jumpa perempuan yang cantik cantik kan. Tapi sayang sebab korang lepaskan berlian, dan korang kutip kaca. Korang lepaskan blackpink dan ambik perempuan lain. Wow. Keputusan paling PABO sekali dalam hidup aku" kata Bambam

"Mana BTS ?" Tanya TOP dengan muka yang menyeramkan. Die punye aura tu lain macam sampai Got7 pun diam. BIGBANG masuk ke dalam rumah itu dan nampak muka BTS yang dah mula lebam
"Dah lebam ? Sape buat luka ni ? Diorang semua ? Mana perempuan yang korang nak gantikan adik aku ?? Ke dah larikan diri pergi club ? Bagi aku lah kan, luka kau ni tak parah jadi aku tolong tambahkan luka kau sebab kau dah pijak maruah blackpink" kata GD lalu member BIGBANG menumbuk, menampar dan menyepak BTS

"Kau nak tahu tak kenapa aku bagi kepercayaan kat korang ? Sebab first time aku tengok dalam mata adik adik aku bersinar tengok lelaki. Aku dapat rasa yang diorang cintakan korang. Tapi aku menyesal sebab bagi permission. Oh, satu lagi aku nak kata kat kau.. benda kami PALING BENCI dalam dunia ni ialah, orang yang pijak maruah blackpink dan mainkan perasaan diorang" kata Seungri lalu mereka berlalu pergi dari situ. Taeyang berhenti di tempatnya. Dia memalingkan wajahnya ke belakang namun dia masih menghadap ke hadapan

"Aku nak blackpink bahagia. Aku tahu korang pun nak blackpink bahagia. Aku straight to the point jelah. Putus dengan blackpink" kata Taeyang. BTS mengelipkan mata mereka berkali kali sebelum bangun dengan badan yang penuh luka. Mereka dengan susah payahnya naik ke dalam kereta dan menuju ke rumah blackpink

New chapter unlock 🔐!!

New chapter unlock 🔐!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
REVENGE SEASON 2.Where stories live. Discover now