+1

503 12 17
                                    

" FAKOF SEKOLAH ! NOW I AM FREE ! YAHAHAHAHAHA G MAMPOS AKU TAKKAN DATANG BALIK SINI- dan fak, kenapa aku ada kat sini lagi huwahuhuhu."

hwawa mengeluh dari tepi balapan. dia masih ingat 6 tahun yang lalu dia bersumpah takkan menjejak kaki ke sekolah yang dianggap bagai neraka itu.

dan lihatlah harini.

" rilek la waa, kita bukan datang bodo bodo je. semua ada upah maa." umji di sebelahnya cuba meredakan rasa bengkek dalam diri rakannya itu.

bukan dia taktau perangai hwawa, kalau tak bagi ayat-ayat manis.. kemungkinan minah ni akan berlari keluar dari sini.

" aku pikir terdesak nak duit je tau. kalau tak aku takdanya sanggup mencemar duli datang sini. eii malunya bila pikir ! kalau pengetua kim nampak nanti camna siot ?!"

hwawa mula menggelabah. macammana dia boleh tak fikir pasal pengetua kim ? dahlah seusai ucapannya 6 tahun lalu tu, pengetua kim la orang paling beremosi sampaikan malam tu jugak dia kena unfriend kat laman sns.

kalau pengetua kim nampak dia kat sini, agak-agak dia kena angkut keluar dengan pak guard tak ?

" itu kau jangan risau. pengetua kim dah pencen setahun selepas kita graduate. sekarang ni pengetua baru. dia taktau pun yang kau pernah mencarut hahah. rilek ok kawan."

hwawa pandang umji dengan rasa percaya tak percaya, tapi sepanjang menjadi kawan umji.. hwawa yakin umji orangnya sangat teliti. dia takkan buat sesuatu tanpa sebarang perancangan.

dan sebut pasal tu, hwawa nak tau apa sebab sebenarnya umji sanggup mendesak dia datang ke sekolah harini.

sebab duit ? pftt.. umji anak ceo pakcik jual air coway kot. duit tu macam petik daun je.

ini mesti ada udang di sebalik batu bata ni.

" cik lim umji ?"

tiba-tiba muncul seorang jejaka memanggil nama umji. terus umji yang bercangkung sebelah hwawa bingkas membangunkan diri seraya bersuara ceria.

" YE SAYA LA TU !"

hwawa pandang umji hwawa pandang jejaka yang memunculkan diri itu.

oh inilah sebabnya..

ANAK IKAN MAK | SOOBIN TXTWhere stories live. Discover now